Monday, January 9, 2012

Imaginasi yang brutal

Mungkin disebabkan pengaruh videogame yang terlampau aku selalu imagine yang one day dunia ni ditakluk sekumpulan makhluk asing yang berniat mutlak nak menjadikan bumi ni tempat tinggal kekal diorang and buat bumi ni macam abah diorang punya. Mungkin diorang akan bekerjasama dengan government US, and US akan jadi talibarut diorang. Akhirnya manusia dijadikan orang gaji, tukang lap lantai dan pekerja tak berbayar. Tiada lagi engineer, lawyer serta CEO, mahupun usahawan MLM. Semua manusia jadi hamba abdi.



Adapun imaginasi aku berkata, sejenis nyamuk hasil dari experiment Shieldtox atau Ridsect yang gagal terlepas dari makmal kajian and menggigit umat manusia dengan rakus dan tanpa belas kasihan lalu menjadikan manusia itu zombie yang ganas dan tak berperikemanusiaan. Ramau orang dipindah ke negara lain termasuk Zimbabwe, Uganda dan jugak Mauritius. Tapi disebabkan kapalterbang tak banyak, Air Asia pun dah habis booking, kapal Cruise mahal tahap gaban dan penggunaan bot nelayan serta ferri ke negara lain tidak dibenarkan oleh TLDM, 1/10 dari rakyat malaysia terperangkap di Malaysia bersama-sama dengan 3 juta makhluk zombie yang dahagakan daging manusia, bukan dahagakan kasih sayang. Aku pula sama-sama terperangkap kerana lewat bangun tido then sedar-sedar semua orang dah pindah Zimbabwe. Survivor yang lain adalah Aqiim, Niki Razali dan Peah. Mulan Jameelah ada private jet, apa de hal.



Mampukah kami bertahan dalam apocalypse ini? Apakah zombie itu ada tarikh luputnya? Dan adakah senjata seperti mortar, Ak47 dan M16 diberikan kerajaan secara subsidi  bagi menentang kaum zombie dengan penuh bergaya seperti dalam game Left 4 Dead? Adakah JPJ akan saman kami jika kami memecut laju kereta untuk elak dikejar zombie?


Nate gappo?






Pasal dinosour hidup semula tu nanti aku cerita lain kali.

4 comments:

~pP_guSi~ said...

mulan jameelah kan artis terkenal.. mesti maa.... hihi

El said...

dia kaya raya

Peah Glemer said...

aku zombie kerja MLM. hahahaha!

El said...

zombie MLM tu paling ngeri tuh. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...