Sunday, January 15, 2012

Milo Tabur Vs Koko Tabur

Hari tu aku pergi sarapan dengan family. Aku biasalah pesan mee sizzling dengan air milo tabur dekat kopitiam berdekatan rumah aku jugakk. Aku ni pagi-pagi kena makan banyak, sebab nanti aku pengsan, siapa susah? Diri sendiri jugak susah (bohong je nih, dah keturunan makan banyak, buat-buat tak mengaku pulak)

Lepas 5 sampai 10 minit, sampai la air milo tabur aku. Aku terus terjah milo serbuk tuh sebab aku kan gelojoh. Masuk mulut aku, aku tersembur dekat tudung adik aku, dia menjerit-jerit marahkan aku. Aku dah gelak terbahak sebab gigi aku penuh dengan KOKO serbuk.

Ciss penipu punya Uncle. Dahlah cas harga milo. Mahal wohh RM2.50. Sumpah tak sedap. Aku order lain, aku cakap kat abang buat air tuh, "Kau dosa bang sebab menipu orang, kau jangan buat lagi macam ni," Abang tuh terpinga-pinga. Aku tak tahu sama ada dia paham apa aku cakap ke tak paham.

Peduli hapa aku? Dia nak cakap aku cerewet ke, apa ke, CUSTOMER'S ALWAYS RIGHT. Itu yang aku belajar dalam Entrepreneurship semester 6. HAHA

p/s : Korang suka ke kena tipu lepas tuh kena bayar mahal? Tak jugak kannnnn

4 comments:

Tasha said...

kalau koko tak ke pahit?huk2

Aqiim said...

aku suka je.. :P

hahahaha

Peah Glemer said...

tu sebab kau mudah......tetttt hahahahha

El said...

tasha said:
kalau koko tak ke pahit?huk2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...