Tuesday, January 31, 2012

Nota untuk model murahan facebook

Korang ada facebook? Orang kata 60% orang dalam dunia ni ada facebook. Ok cukup sekadar itu sebagai pendahuluan.


Seriously aku tak boleh tahan kesabaran kalau ada budak-budak perempuan kat facebook, yang umurnya belum lepas untuk beli rokok kat 7/11 ambik gambar posing-posing perasan model. You know, muka control masam, mata pandang tajam kat kamera, badan diliuk-liukkan, tangan kiri pegang kepala sebelah tangan lagi cekak pinggang, baju ketat, and then badan kasi nampak apa yang dia boleh tunjuk walaupun pada umur tu belum ada apa sangat yang boleh ditunjuk. And then ambik gambar banyak-banyak kasi full hardrive and then upload setiap hari kat facebook and post. Sekali dengan gambar dia mandi kat swimming pool pun dia nak post jugak. Yang tak boleh blah, dalam swimming pool pun nak posing badan liuk-liuk lagi. Alangkah bagusnya kalau dalam swimming pool tu ada ikan jaws yang tak suka budak yang post gambar seksi kat facebook. Eh spesifik sangat tu. Asal ada ikan jaws cukuplah.


Ok girls, atau adik-adik, abang El bukan tak suka kalau korang post gambar bajet supermodel tu, bukan tak suka ok. Bukan. Abang El cuma benci je. Benci dengan tak suka tu jauh bezanya ok. Kalau tak suka, abang nampak gambar tu berkeliaran kat news feed abang, abang just unfriend je adik. Tapi kalau benci, abang rasa nak pergi rumah adik, and then bakar laptop adik sampai hangus and then abang kumpul abu laptop adik tu dalam balang and then abang hanyutkan kat laut.


Tak salah sebenarnya nak ambik gambar macam mana pun. Adik nak ambik gambar pakai bikini ke, mulut itik ke mulut tempayan ke, itu bukan satu kesalahan. Tapi tak perlulah post kat public bagi semua orang tengok. Bila orang tengok and muntah atas laptop tak ke aniaya orang tu? Atau lebih parah sakit jantung and mati, tak ke adik dikira penjenayah tu? Tolong lah adik, yang komen adik comel atau nice pic kat gambar adik berpusing abdomen tu abang rasa bukan manusia tu. Itu maybe setan atau tenuk. Tak ada yang lain.


Kalau adik rasa-rasa berminat sangat jadi model, rasa adik tu comel and cantik and lebih mengancam dari Fasha Sandha, cepat-cepatlah mintak pergi audition kat Mangga. Diorang banyak nak pakai model yang ada bakat posing dalam koram renang. Ataupun kalau rasa Mangga tu terlalu dewasa sangat, abang cadangkan pergilah audition Bintang Kecil. Adik joinlah kawan-kawan adik melaram atas pentas ok.

Ok chow.










  
  

11 comments:

Wawa.Wafiyyah said...

haha...naisssss giler...baru bab gambar..ni belom bab budak2 skolah bercinta update status lg..anoying giler..

El said...

bab tu serah kat Aqiim. dia pakar. haha

Niki Razali said...

aku termasuk dlm golongan 40% yg tarak fb.. kekeke

Peah Glemer said...

el, aku rasa macam tau la kat siapa kau tuju ni, kat budak 19 tahun tu ke? HAHAHAHAHAHAAAAA

El said...

wah kau friends gak ke? confirm lah dia tu reader blog ni kot. hambekkkk

Niki Razali said...

wei.. spe wei? aku nk tau gak!

cik ungu said...

dem.


nyesal x buat fb.

nak gak stalk.

Peah Glemer said...

bukan bukan, kau komen kat gambar dia, keluar dekat wall aku, aku x kenal pon budak tu, friends pon x. kihkih

Niki : adalah budak bajet comel sangat tuh, haha tanya el.

El said...

sorry semua. aku dah unfriend dia. xdapat nak tunjuk. gmbar dia terlalu annoying untuk aku nampak setiap hari

El said...

sorry semua. aku dah unfriend dia. xdapat nak tunjuk. gmbar dia terlalu annoying untuk aku nampak setiap hari

..cik hana.. said...

nasihat yang sangat cool...cayalah...haha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...