Showing posts with label ugutan cik ungu. Show all posts
Showing posts with label ugutan cik ungu. Show all posts
Sunday, August 26, 2012
Datang Membawa Ketupat
Bismillah
Maaf.
Belum berselera nak tulis entri.
Selera masih pada ketupat-rendang-sila-nikmati-kawan.
Namun begitu, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada author2 blog ni.
Yang masih muda macam aku,
dan yang tua-tua macam author2 yang lain.
Taknak mintak maaf.
*lari
Thursday, April 19, 2012
Tahik Tak Selalu Berwarna Coklat Muda
Bismillah
16 tahun tak buat entri kat sini.
Ahh.. Baru 16 tahun. Banyak masa lagi. Umur aku pun baru 15 tahun.
Eh..?
* * * * * *
Sebulan dua ni dah banyak match Man.U yang aku dah terlepas. Al-maklum duduk hostel kan.
Mana ada tv kat bilik. Nak tengok live streaming pun buat sakit jiwa je asek tersekat-sekat.
Tolong jangan bagi idea suruh tengok bola guna radio kalau taknak mati tercekik radio.
Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal bola.
Sebenarnya aku tak ada benda nak dicakap pun. So, apa kata kita buat bahasa isyarat.
Macam permainan regu tu. Dan kau teka apa aku cuba katakan.
Baik aku start buat bahasa isyarat sekarang ok!
. . . . .
. . . . .
Nampak tak..?
Aku buat sekali lagi. Teka tau!
. . . . .
Dapat teka tak??
. . . . .
Huh..?
Ahh... Buang masa je buat aktiviti berskala genius macamni dengan korang.
IQ korang tak mencapai tahap normal sekalipun.
Dah la. Malas nak layan,
Dan..oh ya. Abaikan tajuk entri ni. Aku tau ia terlalu extreme untuk korang.
Babai.
*** owh hai MALIN (NAH KAUU..NAK SANGAT CAPSLOCK KANN),
hai Sudin. (Saya double. Double cheese burger.)
Percayalah.. Korang akan menyesal join kami. Ahahahahahaahhahahah!!!!!!
Sunday, February 12, 2012
Anggapan Bodoh Yang Normal
Bismillah
Kulit di tangan aku tengah mengelupas.
Aku tak pasti aku ni katak ke apa sebenarnya.
Kalau ikut sport class dulu, ini simptom kekurangan enzim-enzim.
Kalau begini, aku haruslah berkahwin dengan lelaki yang bernama Azim.
Ya, takde kena mengena pun.
Saje je nak try test tahap kebodohan.
Buat masa ni tahap kebodohan berada pada skala 10.
Hmm..
Boleh tahan.
Bercakap tentang kebodohan.
Kita selalu memberikan skala bodoh tertinggi pada orang lain bila orang tu tak sependapat dengan kita.
Contoh.
Kalau soalan kuiz tanya binatang apa keris di kaki.
Untuk kita yang dah memang tahu jawapannya ayam, bila dengar orang lain bagi jawapan 'kuda laut', mesti kita akan berkata dengan kuat 'Booooddooohh!!'
Kenapa? Sebab kita dah tau jawapan sebenar sebelum orang tu. Dan mungkin ini kali pertama orang tu dengar soalan kuiz camtu. Alahh.. Time korang first time dengar soalan ni masa darjah 4 Anggur dulu, korang pun kompem tatau jawapan dia ayam. Dan sampai sekarang aku masih tak faham apa kena mengena kaki ayam tu dengan keris. Aku tak rasa pun kaki ayam dan keris ada pertalian darah. Bentuk pun tak sama.
Jangan assume orang tu bodoh disebabkan 2,3 perkara yang kita kebetulan tahu dulu dari dia. Ada keadaan yang kita akan berpengalaman dulu, dan ada waktunya orang lain lalui dulu.
Kalau tanya budak darjah 5 sekarang tentang Ipad, aku rasa dia lebih tau dari aku yang dah tua ni. Maklum, bebudak zaman sekarang canggih tahap jahanam. Kecik-kecik dah dimewahkan dengan gadget. Dah besar kang rosak la tu.
Padat sungguh entri aku kali ni.
Moral:
Ada waktu kita bodoh.
Maka jangan nak mem-bodoh-kan orang lain.
Saturday, January 28, 2012
Ini Bukan Sebarang Offer
Bismillah
Ya..Ya..
Penulis blog ini masih lagi 5 orang.
Siapa yang ingat aku dah mati tu, memang biadap tahap tertinggi.
Aku agak sibuk. Dan aktiviti menghapdet blog memerlukan daya istiqamah yang tinggi dan lama.
Sebab tu aku lama tak hapdet.
Sebenarnya,
entri ini tak ada motif.
Aku saje taip-taip dengan tujuan agar aku tak nampak pemalas sangat.
Sambil-sambil mengaburi mata El, Aqiim, Niki dan Peah bahawasanya aku tak hapdet sebab sibuk.
Dan juga mengaburi mata korang semua bahawa aku betul-betul banyak masalah negara nak diselesaikan.
Menjadi tak.?
Ya..Aku tau lakonan aku selalunya menjadi.
Kalau tak, takkanlah orang panggil aku Mulan Jameelah.
Eh, Mulan tu penyanyi kan? Bukan pelakon,kan?
Ehhh kesah pulak akuuu.
Ok. Itu introduction. Jahanam punya panjang.
Aku ingin meng-support kata-kata El sebelum ni yang menuntut penulis-penulis blog baru untuk join blog ni. Blog ni memang bangang dan tak bertujuan yang lurus. Tapi penulisnya tak bangang sangat. Eh?
Untuk yang asek nak hapdet tiap hari atau selang 2 hari sekali tu, haaa.. elok sangatlah nak join. Daripada membazir space di blog sendiri, baik membazir di sini. Ye dak?
Tak perlu hebat pun nak join blog ni. Malah makin tak hebat, makin kami suka. Hatta jika keyboard kau cuma ade huruf A,B dan C saja pun kau masih boleh join. Dan kau hapdet entri yang cuma letak titik noktah saja pun kami okay saja. Sebab penulis masing-masing duduk jauh. Kalau dekat, boleh juga kami nak terajang perangai kau yang buat begitu. Tapi kami tak mampu. Maka ambillah kesempatan ini.
Owh, janganlah gundah tentang gaji atau elaun sebagai penulis blog ni. Kepada jejaka yang berminat nak join, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan no fon Niki atau Peah untuk korang. Kepada perempuan yang berminat pula, aku akan cuba segigih dan segagahnya untuk set date appointment korang dengan El dan Aqiim.
Setuju?
Kalau setuju, tarik bulu hidung sekarang sampai licin.
Tata..!~
Wednesday, January 11, 2012
Bukan Aku Sengaja Berubah
Bismillah
Aku dalam kewarasan nyata bahawa aku perlu menjalankan tanggungjawab kepada blog ni.
Cuma masalahnya aku tak ada masa nak mencari idea di kala-kala final macamni.
Hidup aku sebulan ni cuma ada buku dan Twitter.
Eh?
Kenapa Twitter tersangkut jugak?
Kesimpulannya, aku tak ada idea nak tulis blog.
Maka, kau expect apa?
Entri tentang formula akaun?
Terlalu neraka itu..
Rela aku kahwin dengan El dari buat entri neraka seperti itu.
Buat masa ni, aku bukanlah seorang insan cool seperti cik ungu yang selalu.
Sebab bulan ni aku dah berubah menjadi terlalu skema untuk seorang manusia.
Jangan tanya aku apa-apa.
Kerana saat-saat macamni, aku sangat garang.
Lebih-lebih lagi kepada orang yang dah habis exam..
*pandang El dengan renungan bengis...
Jangan berani nak tanya 'makan apa tadi?'
Aku akan jawab ' Cash conversion cycle.'
Jangan cuba-cuba nak tau 'dah basuh baju belum?'
Aku akan jawab 'Bonds and redeemable common stocks.'
Dan andai semua tu terjadi,
tolong jangan buat muka macam ada bencana alam.
Dan kalau ada yang nak mengorat aku dalam masa sebulan ni,
dan nak mintak nombor telefon,
atau suruh aku save nombor telefon dia,
sila jangan buat muka ungka kalau aku keluarkan kalkulator.
Aku tak nampak beza handphone dan kalkulator sekarang.
Heyyyy..
Tapi ini bukan alasan untuk kau tak mengorat aku ok!
Hmm..
Shetonn pulak statement ni.
p/s :
Wish me luck!~
Sunday, December 25, 2011
Apa Maksud Sebenar Perempuan Bila Reply SMS?
Bismillah
Dari entri Yang Telus Tentang Perempuan haritu, ada blogger request satu masalah untuk aku kupas.
Sengaja aku guna perkataan 'kupas' untuk menimbulkan feeling penceramah motivasi yang buat kerja part-time sebagai hos rancangan pendidikan.
Tapi tolong ya.
Apa yang aku kupas-lah-sangatt ni adalah pendapat personal aku dan dari pemerhatian. Aku selalu jadi tempat member bercerita, menangis, tak kira lelaki atau perempuan.
Ikutkan hati aku memang nak mintak bayaran sebab kadang-kadang telinga aku ni bernanah bila dengar cerita-cerita jual-diri-bajet-kau-hot-sangat tu. Tapi takpelah,kan. Ikhlas konon.
Jadi kupasan-lah-sangatt aku ni mungkin tepat dan mungkin tak.
Aku dengan rakusnya telah menerima soalan duniawi oleh inchek Sepul, iaitu ...
Dan aku telah berjanji pula, iaitu ...
Sekarang padan muka aku sebab kena jawab soalan duniawi camni.
Tapi aku memang suka benda duniawi pun kan?
Astaghfirullah...
Ok. Anggaplah ini satu ilmu di kala perlu ya. Aku cuba terangkan secara detail.
Aku umpamakan perempuan yang nak dimengorat sebagai Senah, dan lelaki sebagai Sidek.
Pertama-tamanya, Sidek kena tau diri Senah tu macamana.
Direct? Fun? Malu-malu-tahik-tenuk? Islamik? Sempoi? Sempoi tapi islamik? Berkias-kias?
Sebab lain perempuan, lain terjemahannya. Kalau Sidek ajak kuar dating dan dapat jawapan;
a) emm tak dapat la. Aku ade hal.
Perhatikan struktur ayat. Besar kemungkinan Senah nak kuar tapi dia memang ada hal. Selalunya perkataan 'emm..' tu menunjukkan macam dia nak tapi tak boleh. Macam tengah berfikir. Tapi harus diingat, ini kalau Sidek baik dengan Senah.
Andai kata Sidek tak rapat mana dengan Senah. Kawan biasa je. Sila anggap jawapan itu sebagai alasan sebab dia memang taknak keluar dengan kau, Sidek.
Dan kalau Senah tu dah ada Roslan (boyfriend kononnya~), jawapan tu adalah untuk menjaga hubungan dengan Roslan dan dalam masa yang sama nak menjaga hati kawan (Sidek). Nak cakap 'tanak ah!gi mampus la kau!' tu macam kasar sangat kan, so Senah cenderung untuk berkias supaya Sidek tak terasa hati sangat. Senah yang macamni jenis asyik fikir nak jaga hati orang je.
Ok? Clear dengan jawapan a?
Sekarang, kalau Senah bagi jawapan;
b) Eh! yeke? Bila? Tapi kite tak kompom lagi. Sekarang byk keje. Nanti kite kompomkan.
Peratusan tinggi adalah jawapan ini memang seperti yang ditulis. Senah memang nak pergi tapi tak confirm.
Kalau Senah ni tak ada Roslan tapi dia nak kuar ngan Sidek, die memang akan jawab macamni. Tapi kalau Senah ada Roslan, kena tengok pula Senah tu macamana.
Kalau Senah jenis friendly tapi setia, jawapan macamni menuntut Sidek untuk tak keluar berdua. Kena ramai-ramai. Kalau Senah jenis friendly dan sosial walaupun ada Roslan, besar kemungkinan jawapan ini juga jujur.
Faham?
Kalau tak faham sila angkat tangan ya.
Dan kalau Senah bagi jawapan;
c) TANAK!
99% jujur. Perempuan akan cenderung bagi jawapan seketul bulat-bulat macamni antara tiga sebab;
1- Senah dan Sidek kawan rapat, dua-dua sempoi, dua-dua suka gurau. Maka jawapan macamni tak payah nak ambil hati sangatlah.
2- Senah dan Sidek tak rapat mana. Sidek je syok lebih-lebih. Tapi Senah tetap akan bagi jawapan macamni sebab Sidek itu kawan. So consider jawapan macamni sebagai gurau-gurau jugak, tapi memang betul-betul taknak.
3- Senah benci Sidek. Berambus kauuu!
Kesimpulannya, lain orang ada lain karektor. Dan karektor pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej korang lelaki-lelaki. Karektor lelaki dan hubungan antara dua-dua pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej. Termasuklah persekitaran perempuan tu waktu reply komen tu.
Bila dah ambil kira semua aspek, baru boleh nak fikir 'kenapa dia reply macamni' atau 'apa maksud dia cakap macamtu'. Contohnya. Twitter aku sekarang aku describe diri aku sebagai 'janda anak tujuh'. Kalau korang tak kenal aku, korang memang akan ingat aku janda anak tujuh. Tapi sebenarnya aku Mulan Jameelah.
Faham?
Apsal buat muka macam batu nesan tu?
Shetooonnnnnnnnn!!
Monday, December 19, 2011
Yang Telus Tentang Perempuan
Bismillah
Aku sebenarnya tak berupaya nak buat entri. Tapi rasa bersalah pulak kalau lama sangat tak hapdet kat sini.
Tadi balik dari dinner, aku muntah-muntah. Bila dah termuntah tu, aku terus teringatkan Badang. Aku pun nak jadi kuat juga.Teringin gak nak peluk pokok balak sampai tercabut. Tapi untuk telan balik muntah sendiri... Aku rasa aku lebih rela mati.
Ok. Cukup dengan najis mutawasittah ni.
Untuk para-para jejaka di luar sana. Serta para-para sakura yang ada.
Ada sesuatu yang telus perlu korang tau tentang perempuan.
1. Kalau perempuan tu reply mesej korang berbunyi ala-ala begini;
"haha ye ke." atau
"haha ye la tu." atau
"a'ah ye kot."
Perhatian! 'hahaha' itu bukan bermaksud dia gembira atau cuba bermesra atau sedang digeletek jiran waktu balas mesej. Tolong jangan salah faham.
Dengan kesimpulan mudah, jika kau mesej dia sama panjang dengan jarak Bumi ke Matahari, tapi dia reply dalam 5 perkataan aje. Hentikanlah niat nak mengorat dia. Itu tanda dia memang tak berminat dan nak kau cepat-cepat berambus. Kredit satu sen tu tak berbaloi nak dilaburkan untuk kau. Baik lagi masuk tabung anak yatim kat kaunter Mc'D tu.
2. Korang mintak pinjam buku teks dia sebab buku kau hilang kena makan dek hanjeng. Dan perempuan tu kata buku teks dia ada kawan lain tengah pinjam padahal sah-sah buku teks tu dia tengah pegang. Betapa dia sanggup kantoi bodoh macamtu. Itu bermakna korang kena bersedia untuk cari kedai fotostat paling murah sebab dia memang taknak kasi kau pinjam.
Bhai..Taktik mengorat basi,bhai.
3. Kalau kau bercadang nak belikan dia teddy bear atau cincin, sedangkan dia dah kata taknak terima. Maka ada baiknya kau gadaikan je lah hadiah-hadiah tu terus. Tak payah nak cakap 'eh, ambiklah.. saya ikhlas nak hadiahkan untuk awak.'
Berdarah telinga aku kalau dengar ayat macamtu,tahu?
Ikhlas pejadah. Orang yang ikhlas takkan sebut dia ikhlas.
Tengok.
Tazkirah automatik di situ.
Tapi perempuan tu takkan nak judge kau ikhlas ke tak, so dia pun terima je la.
Tapi percaya cakap aku, cincin kau tu akan bertemu ajal di bawah katil. Mungkin lebih hina kalau dia buat jadi mainan anak kucing dia. Dan lagi 100 tahun, para pengkaji bumi akan anggap cincin tu sebagai fosil tulang dinasour aje.
4. Kalau kau dah pernah direject dengan rasminya, tolonglah jangan nak cari peluang untuk duduk dekat-dekat. Kalau perempuan tu dah taknak, secara automatik kau dah terkeluar dari petala elektron tengah ke petala elektron paling luar. Dan kalau kau masih ada hati nak duduk dekat-dekat atau cari peluang nak bercakap-cakap, kau akan tercampak terus ke zon lingkaran api Pasifik.
Percayalah.
Lagi korang duk nak menyempit depan mata dia, makin meninggilah kadar keserabutan korang di mata dia. Pastu takyah nak berharap sangatlah dapat borak dengan dia lagi. Sebab nampak muka kau dari jauh je, perempuan tu rela jalan menonggeng dari nak pegi datang borak dengan kau.
5. Kalau dah dia block YM kau, block Twitter kau, sorok nombor telefon dari kau..tak reti-reti lagi.?
Fakta ini tidak merangkumi perempuan-perempuan materialistik dan hipokrit.
Sekian.
Ok. Nak gi sambung muntah.
Aggghhh!
Haa tengok.. transformasi nak jadi Badang la ni.
Friday, December 16, 2011
Mulan Jameelah Kecik Hati
Bismillah
Harini mood aku tak baik.
Teringin jugak nak buat entri caci-maki-carut-terajang-ketuk-kepala-ludah-pelempang.
Tapi entah.
Tak boleh nak tulis.
Aku tercari-cari jugak lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur di atas.
Boleh la aku nyanyi kuat-kuat sampai roomate junior aku ni bunuh diri.
Atau at least, telinga berdarah.
Tapi..
Ah tak mungkinlah jadi macamtu.
Sebab aku kan Mulan Jameelah.
Gila apa suara aku boleh bikin telinga orang berdarah?
Tak ada logika langsung.
Aku jadi teringat kisah haritu.
Saudara aku datang rumah.
Tingkat bawah tu penuh dengan orang.
Lelaki, perempuan, budak-budak, bayi.
Bising sampai ke atas.
Nasib baik bayi tu tak menangis.
Aku kurang suka dengan suasana yang terlalu bising.
Jadi aku lebih suka duduk dalam bilik.
Dalam bilik, aku buat kerja sendiri.
Buat assignment. Main internet.
Aku menyanyi sorang-sorang.
Dan lepas je aku menyanyi,
aku dengar suara bayi menangis.
Anak siapa yang dah lama sangat hidup tu..?
Sunday, December 11, 2011
Kalau Dah Perempuan Tu, Perempuan Jugaklahh
Bismillah
Sepatutnya hari ni aku kena masak. Tapi tadi turun dapur, tengok dalam fridge, tak ada ayam.
Sedangkan hati sekarang bernafsu pada ayam.
Ikan banyak.
Tapi aku kurang minat masak ikan.
Aku risau kalau waktu tengah masak, ikan tu hidup kembali dalam kuali.
Yelah.
Dalam kuali tu kan basah.
Ada minyak. Kadang-kadang letak air. Kadang-kadang letak santan.
Kadang-kadang letak cili giling. Kadang-kadang letak air asam.
Bila semuanya bersatupadu, kan jadi berkuah dalam kuali.
Dan kuah itu kan cecair.
Dan cecair itu kan air.
Dan bukankah ikan hidup di dalam air?
Maka bila ikan ada dalam kuali berkuah, ikan tu mungkin hidup balik,kan..?
Jangan biadap sangat nak kata ayam pun boleh berenang dalam air.
Kau sampai hati ke tengok ikan tu berenang dalam kuah pedas..?
Mesti pedih mata dia.
Sebab tu aku fikir,
lebih elok aku tak masak harini.
Bukan.
Ini bukan alasan malas masak.
Moral:
Eh..
Mana pulak nombor telefon Mc'Dogol ni.?
Friday, November 25, 2011
Kepada Peminat Bola Sepak Yang Mempunyai Awek
Bismillah
Aku tau ramai antara korang yang dah ada baju jersi Malaysia sejak setahun ni,kan..? Semenjak-dua menjak-tiga menjak Malaysia start jadi juara Suzuki Cup tahun lepas, mencanak-canak supporter Malaysia bagi sokongan. Walhal sebelum ni, warna bendera Malaysia pun macam tak berapa nak yakin macamana gaya rupanya. Kalau korang rasa bendera Malaysia ada gambar kuda laut, sila siap-siap beli tali guni sekarang. Pastu boleh start ikat kat kipas,dan ikat pulak hujungnya pada tengkuk masing-masing.
Bodoh melampau namanya tu.
Pasal bola ni, aku tau tak ramai perempuan yang minat. Kalau tengok pun sebab remote Astro tu ayah korang dah sorok bawah punggung. Maka korang lebih rela tengok bola berbanding berisiko memegang najis mutawasittah. Terpaksa. Tak rela. Ya, aku faham.
Kadang-kadang terpaksa buat-buat suka sebab dah pakwe sendiri dengan bola memang bagaikan taik kuku dengan kuku. Takleh nak pisah. Asal ada bola, mesti nak ajak tengok. Well, jejaka-jejaka semua, anda tahu awek anda tak berminat dengan bola sepak walaupun dia berjimba atas meja bila gol, bila..:
1. Bila reff tiup wisel sebab bola offside, awek anda akan kata..
"Reff tiup wisel sebab player tu tendang bola guna kaki kiri. Mana boleh. Foul tu!"
2. Bila reff tiup wisel sebab bola terkena tangan player (hand), awek anda akan kata pula..
"Bodoh la striker tu. Tangkap la bola tu kemas-kemas! Kan dah foul!"
Nampak sangat awek anda kuat main bola jaring.
3. Bila reff dah keluarkan kad kuning dan kad merah, awek anda tanya..
"Kenapa tak keluarkan kad hijau? Lepas merah kan hijau?"
Mungkin awek anda tengah dalam proses amik ujian memandu.
4. Bila player nak ambil sepakan penalti, awek anda mengamuk tak puas hati...
"Lahhh! Apsal takde orang defend nie??"
Kalau awek anda pernah berfikiran seperti di atas, maka cukuplah..
Jangan dipaksa-paksa.
Malahan berilah kredit kepada awek anda yang masih berpura-pura menyukai bola sepak hanya kerana anda menyukainya. Tak ke sweet tuhh..??
Ok, cukup dengan mata bercahaya cinta tu.
Geli.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

