Showing posts with label Kisah si Tompok. Show all posts
Showing posts with label Kisah si Tompok. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Si Tompok dan Hasan Nawawi bercuti di Sunway

 


Setelah menghabiskan hujung minggunya dirumah Siti, Tompok memulakan perjalanan baru. Hari ini beliau berhajat nak pergi Sunway Piramid, dengar kata kawan dia, Sunway Piramid tu berbentuk nenek moyang diorang yang dulunya pejuang keadilan dizaman Paleolitik. Dia anggarkan kalau berjalan kaki, mungkin malam tu baru sampai. Memandangkan dia seekor kucing jalanan, memang berjalan kaki je lah yang dia mampu. Kalau dia ada duit and boleh bercakap dah lama ambik bas 85, turun kat Kelana Jaya, lepas tu naik bas 102 ke subang, then turun kat Sunway.

Tompok memulakan perjalanan selepas breakfast dibelakang kedai mamak, dimana tulang ikan dan lauk ayam pattaya bertimbun dalam plastik hitam. Tompok tahu perjalanan masih jauh, so dia siap-siap bawak bekal ayam KFC yang dijumpai dalam plastik tadi. Memandangkan dia berjalan kaki, so dia tak perlu check minyak hitam, check tayar atau isi minyak. Cuma perutnya saja yang perlu diisi.

Pada masa yang sama, Hasan Nawawi dalam perjalanan ke Sunway Lagoon dalam rombongan lawatan sambil belajar anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Ye, langsung tak ada apa-apa kaitan yang jelas antara Sunway Lagoon dengan mechanical engineering. Tapi sebenarnya lecturer mereka, Encik Musalman Taiyob yang nak mandi di Sunway Lagoon. Siap bawa goggle dan pelampung lagi. Pelampung berbentuk itik pula tu. Katanya dia nak mengajar Boyle's Law dan Archimedes' Law, iaitu prinsip tentang pengapungan and ketumpatan air. Student-student semua mengiyakan saje.

Hasan Nawawi duduk seat belakang, betul-betul atas tayar. Setiap kali bas melalui bumper, punggungnya melayang lapan sentimeter keudara. Hampir terpelanting dibuatnya. Nasib baik gadis comel Nur Nadia Kamaruddin berada di seat depannya. Selama lapan jam lapan saat dia cuba control macho didalam bas walaupun sesaat pun Nur Nadia Kamaruddin tak memandangnya.

Hasan Nawawi mula mengorek hidung.





Ah, tak ada idea pulak.

   


Cuba lagi next time...

Friday, February 17, 2012

Tompok si kucing gangster: part 4





Bangun tido.



Kejar tikus.



Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kejar lipas.




Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kejar kucing betina.




Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kena kejar tauke restoren.




Makan.




Tido.





"Ah bosannya hidup jadi kucing." keluh Si Tompok sambil menyimpul tali gantung.


   

Thursday, February 9, 2012

Tompok si kucing gangster: part 3



Enjin kereta BMW edaran Tan Chong Motor itu berhenti. Kedengaran bunyi pintu dibuka dan ditutup semula. Dah tentu semua benda dalam dunia ni ditutup balik lepas dibuka. Zip seluar yang terbuka pun perlu ditutup. Kalau lupa nak tutup sampai pergi kuliah atau pergi shopping itu yang mengundang bala.

Siti sudah pun berlari sambil terlompat-lompat. "Yea yea Papa dah balik!!" Eksaited betul dia. Tompok menjeling kearah buku mewarna Siti yang ditinggalkan dilantai. "Ini Princess ke mambang tanah? Apahal rambut dia warna warni?" cemuh hati Tompok. Dia mengalih pandangan pada Siti yang menyambut ayahnya. Ayahnya berkot kemas, kemeja biru bertali leher belang. Tompok rasa mungkin ayahnya baru balik dari kerja. Mustahil kalau kata ayahnya baru balik dari kebun dengan berpakaian sebegitu, melainkan dia dah kena rasuk iblis.


"Papa belikan Siti mainan tak?" tanya Siti dengan penuh ketidaksabaran. "Tak ada. Papa tak sempat la. Jem tadi" jawab ayahnya tenang, sambil mencabut stokin yang dari jauh nampak basah berpeluh. Sempat juga sesekali dia membau stokinnya sebelum cepat-cepat menyumbat kedalam kasut kulitnya kerana khuatir akan mati mengejut. "Papa belikan choki-choki tak?" Siti masih mengharap. "Tak sempat la Siti. Kan jem tadi"

Siti senyap seketika. Ayahnya mengusap kepala Siti tanda bagus kerana faham.


"Papa belikan Siti patung Princess tak?"

Ayahnya hampir jatuh tergolek mendengarnya. Nak dilempang tak sampai hati. Dia memandang Siti dengan wajah kesal seolah olah berkata dalam dirinya, "Menyesal aku kawin dengan mak kau. Habis semua bodoh dia turun kat kau." 


Ayahnya membongkok sambil tersenyum paksa pada Siti. "Kan jem tadi. Papa tak sempat singgah mana-mana. So tak dapat beli apa-apa untuk Siti. Faham setan?" jelas ayahnya dengan nada menahan marah.

"Oh.....jalan jem. Kalau papa pergi kedai nanti sampai lambat. Nanti cian kat Siti kan?" jawab Siti dengan penuh pemahaman tentang situasi ayahnya.

"Haaa pandai pun anak papa ni. Kalau jalan jem nak keluar kereta pun susah. Tak dapat papa belikan Princess untuk Siti." terang ayahnya lagi.


"Ohh...." Siti menyambung.


"Kalau macam tu papa belikan Siti choki-choki tak?"


  


Sejurus selepas itu, Tompok yang sedang khusyuk menonton Buletin Utama tiba-tiba terdengar bunyi objek besar dicampak keluar tingkap. "Nasib kau lah budak...."  bisik hati Tompok sambil terus menonton tv dan mengunyah biskut merri.

  


To be continued...




Monday, February 6, 2012

Tompok si kucing gangster: part 2



Setelah ikan pengsan, Tompok jadi panik dan gelabah. Diiringi dengan perasaan cuak, nervous, tertekan, tak tentu arah dan hilang punca. Dua minit kemudian, Siti datang membawa sekotak susu UHL Dutch Lady dan sekeping sandwich tuna. Jenama tuna itu Tompok kurang pasti, tapi yang pasti bukan jenama sebarangan seperti Tuna cap Lima Tapir. Tompok terus menuju kearah Siti, terus lupa tentang ikan yang pengsan itu. Siti still tak mahu letak makanan tu kebawah. Tapi disuruhnya Tompok duduk dan baring berulang-kali. 'Kau ingat aku apa? Anjing laut sarkas?' Keluh Tompok, sambil buat juga apa yang disuruh.

'Pandainya kamu...' kata Siti dengan penuh eksaited. Beliau menyambung, 'Ok sekarang berdiri pulak!'

Tompok berdiri.

'Sekarang buat chicken dance, buat chicken dance!' Siti semakin eksaited seolah-olah Dr Rozmey yang selesai mempromosi filem 2 Alam dan menunggu 40 juta masuk kedalam akaun bank beliau.

Tompok diam.


'Chicken dance!' Siti masih mengarah.

Tompok diam.

'Buat la!' Pekik Siti.

Tompok hilang sabar.


'Cepat-cepat!' Siti memprovoke dengan menghayun-hayunkan sandwich tuna tadi.


Tompok tak dapat menahan kemarahan.

Kesabarannya dicabar oleh seorang budak 5 tahun.

Dimana mahu diletakkan maruahnya sebagai kucing gangster yang terkenal di sekitar Jalan Yap Ah Loi dan Jalan Tun Sambanthan?

Tompok mengambil lajak. Bersedia.

Bersedia.

Menunggu masa yang tepat.

Mula!







Dengan pantas Tompok menguak-nguak tangannya membuat chicken dance diiringi muzik latar belakang Dora The Explorer.





5 jam kemudian...


Tompok baring kekenyangan. Belum pernah selama hidupnya makan sandwich Tuna Ayam Brand dengan susu Dutch Lady. Boleh diibaratkan seperti bulan jatuh keriba. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Bagai menatang minyak yang penuh. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kecil-kecil taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang. Itulah yang dialami perut Tompok ketika ini.

Dia menjeling kearah Siti yang sibuk mewarna buku mewarna Princess. Sambil mewarna mulut-nya terkumat kamit bercerita sorang-sorang. Tompok menjeling kearah hasil pewarnaan Siti. 'Tak ada seni langsung. Kejadah apa kuda warna hijau? Cikgu disiplin mana ajar?' ujar Tompok didalam hati.

Dari sayup-sayup, terdengar bunyi kereta semakin hampir masuk halaman rumah Siti. Kereta siapa, Tompok tak pasti. Yang beliau pasti itu bunyi kereta BMW 525i enjin 6 silinder 2497cc dan bertransisi Automatik edaran Tan Chong Motor Enterprise.
 


    To be continued....



          

Saturday, February 4, 2012

Tompok si kucing gangster



Tompok ialah seekor kucing yang hidup gelandangan tanpa tuan. Boleh dikatakan kucing freelance atau 'kerja sendiri'. Beliau tidak terikat pada mana-mana kontrak. Beliau akan pergi kerumah atau kedai-kedai makan untuk menyara hidup. Kedai favouritenya adalah kedai Pak Haron. Malangnya hari ini hari ahad. Kedai seafood Pak Haron tutup pada setiap hari Ahad. "Jadah apa tutup hari ahad, Pak Haron ni bukak kedai makan ke pejabat pos?" Keluh Tompok sambil lepak ditepi longkang tepi jalan. Dia menjilat-jilat bulu kakinya. " Tak dapat kaki ayam, jilat kaki sendiri pun jadi lah" 


Tidak lama kemudian, seorang kanak-kanak perempuan berbasikal roda tiga lalu melintasi Tompok. Dia menjeling kearah Tompok sambil basikalnya masih meluncur meninggalkan Tompok. Dia brake basikalnya dengan menyeret kakinya ketanah. Diundurkan basikalnya sambil membuat bunyi beep beep beep seperti bunyi kereta Myvi bila reverse. Dia datang pada Tompok. Disapu-sapunya kepala Tompok. Tompok mengiau. "Kamu sunyi ye?" ujar budak perempuan itu sambil tersenyum, tanpa mengetahui bahawa Tompok sebenarnya berkata, "Kuangajak, mak kau tak ajar ke jangan main kepala orang?"


Dipendekkan cerita, nama budak perempuan ini Siti. Tompok dibawa balik dan diletakkan didalam bakul basikal roda tiga itu. Menggeletar juga Tompok bila basikal itu bergerak. Nak lompat keluar takut digilis tayar. Mengingatkan bagimana Si Belang koma lima tahun selepas digilis tayar bajak korek, beliau tahan ketakutan itu sebab baginya tayar basikal itu lebih menakutkan dari tayar bajak. Sampai dirumah, Siti mengangkat Tompok dan dikepitkan ke ketiak seolah-olah membawa handbag. Rumahnya besar. Lampu besar berkilau-kilau. Tv 45inci. Pakai Astro Beyond. Ada Sport Channel pula tu. Tapi entah kenapa dalam banyak-banyak channel, cerita Dora The Explorer juga yang dibuka. Tompok diletakkan diatas sofa. Siti suruh tunggu sekejap sementara dia mengambil makanan. Tompok tak duduk diam. Dia melompat kearah sofa berdekatan dengan Akuarium. Semua ikan terkejut beruk, hampir berubah kepada spesis beruk kerana terkejut. 

Tompok sengih. 
Ikan tergamam.
Tompok sengih lagi. 
Ikan masih tergamam.
Tompok ketawa besar.
Ikan pengsan.


To be continued....




Dah takde idea ea?

    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...