Monday, February 6, 2012

Tompok si kucing gangster: part 2



Setelah ikan pengsan, Tompok jadi panik dan gelabah. Diiringi dengan perasaan cuak, nervous, tertekan, tak tentu arah dan hilang punca. Dua minit kemudian, Siti datang membawa sekotak susu UHL Dutch Lady dan sekeping sandwich tuna. Jenama tuna itu Tompok kurang pasti, tapi yang pasti bukan jenama sebarangan seperti Tuna cap Lima Tapir. Tompok terus menuju kearah Siti, terus lupa tentang ikan yang pengsan itu. Siti still tak mahu letak makanan tu kebawah. Tapi disuruhnya Tompok duduk dan baring berulang-kali. 'Kau ingat aku apa? Anjing laut sarkas?' Keluh Tompok, sambil buat juga apa yang disuruh.

'Pandainya kamu...' kata Siti dengan penuh eksaited. Beliau menyambung, 'Ok sekarang berdiri pulak!'

Tompok berdiri.

'Sekarang buat chicken dance, buat chicken dance!' Siti semakin eksaited seolah-olah Dr Rozmey yang selesai mempromosi filem 2 Alam dan menunggu 40 juta masuk kedalam akaun bank beliau.

Tompok diam.


'Chicken dance!' Siti masih mengarah.

Tompok diam.

'Buat la!' Pekik Siti.

Tompok hilang sabar.


'Cepat-cepat!' Siti memprovoke dengan menghayun-hayunkan sandwich tuna tadi.


Tompok tak dapat menahan kemarahan.

Kesabarannya dicabar oleh seorang budak 5 tahun.

Dimana mahu diletakkan maruahnya sebagai kucing gangster yang terkenal di sekitar Jalan Yap Ah Loi dan Jalan Tun Sambanthan?

Tompok mengambil lajak. Bersedia.

Bersedia.

Menunggu masa yang tepat.

Mula!







Dengan pantas Tompok menguak-nguak tangannya membuat chicken dance diiringi muzik latar belakang Dora The Explorer.





5 jam kemudian...


Tompok baring kekenyangan. Belum pernah selama hidupnya makan sandwich Tuna Ayam Brand dengan susu Dutch Lady. Boleh diibaratkan seperti bulan jatuh keriba. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Bagai menatang minyak yang penuh. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kecil-kecil taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang. Itulah yang dialami perut Tompok ketika ini.

Dia menjeling kearah Siti yang sibuk mewarna buku mewarna Princess. Sambil mewarna mulut-nya terkumat kamit bercerita sorang-sorang. Tompok menjeling kearah hasil pewarnaan Siti. 'Tak ada seni langsung. Kejadah apa kuda warna hijau? Cikgu disiplin mana ajar?' ujar Tompok didalam hati.

Dari sayup-sayup, terdengar bunyi kereta semakin hampir masuk halaman rumah Siti. Kereta siapa, Tompok tak pasti. Yang beliau pasti itu bunyi kereta BMW 525i enjin 6 silinder 2497cc dan bertransisi Automatik edaran Tan Chong Motor Enterprise.
 


    To be continued....



          

9 comments:

Aqiim said...

kahkahkahkah aku tak dapat byangkan muka tompok masa tengah buat chicken dance.. kahkah
arghhh macam haremmm!~
haha

El said...

aku yang tulis pun tak dapat nak bayangkan. haha

Peah Glemer said...

hahahha nak sambungan lagi!!!!!


kuda hijau? ahhahahahahahhaa

El said...

lom hilang lenguh jari aku menaip dah mintak lagi? hamboih...ahah

eszyamin said...

tak sabar nk mnuggu aksi seterusnya..

El said...

aksi seterusnya 18sx. kah kah

littledolphin said...

ada sambungan lagi takkkkk??

nak lagi!

El said...

rilek2. bawak bertendang

El-Janna said...

erkk cepat habesknla.. ini cerita^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...