Saturday, February 25, 2012

Aku benci ada akaun Burung

Aku tak paham apa yang best sangat benda alah ni. Sampai orang boleh twit banyak benda dalam satu masa. Aku yang nak twit satu benda je pun dah luruh habis semua rambut-rambut. Pening dok mengagau.

Kalau bukan sebab lecturer aku suruh buat akaun burung ni, jangan harap aku nak buat. Tengok pun aku tak nak. Bagi kamu-kamu yang masih belum tahu, aku sebenarnya mendokong prinsip melawan arus pembangunan. Apa yang orang gigih nak buat, tu yang aku gigih tak nak buat.

Lecturer aku main kasar doe. Dia cakap sapa nak dapat A subjek yang dia ajar, wajib polo dia dekat twiter dengan add pesbuk dia. Jadah apa? Gila glemer betol beliau ni.

Yang burung ni pun satu hal. Belum apa-apa lagi dah bagi kemaluan aku besar. Ape citer?!


Ni description aku. 

Lepas dah polo lecturer aku, dengan selamba badak aku buat description macam tu. Aku da merapu meraban dengan member aku yang sama blur macam aku. Yang turut mengagau nak guna benda ni. Bajet hebat lah boleh twit dekat member aku. Sampai nama lecturer paper ni pun aku twit tanya member aku. Macam kredit henpon takde pulak kan nak mencarut bagai. Kutuk-kutuk lecturer lagi. Dah habis kutuk tu bukan tau nak delete. Ni aku tengah marah diri sendiri ni. 

Mana aku expect dia nak polo aku balik. Tau tak? Aku tak expect dia polo aku balik!


Ni yang first sekali dia twit aku. Terbaik. Member aku polo dia sekali sama time je dengan aku polo dia, boleh pulak dia mention nama aku sorang je. Nak suruh aku menghadap falsafah hari-hari ke?

Nak bagi lagi dramatik, dia twit aku lagi.


Hah! Kau tengok. Tak ke besar kemaluan aku macam ni. Dah siap kutuk kaw-kaw, tiba-tiba dapat twit macam ni pulak. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Esok dah lah aku ada kelas dengan dia. 

Ni description lecturer aku. Nampak falsafah dan etika kat situ. Menggeleng dia tengok perangai anak murid yang tak semenggah macam aku ni. 

Lepas ni sapa-sapa nak twit aku, sila twit benda yang berhemah sikit. Aku ni student falsafah tau. 

8 comments:

Aqiim said...

aku konfius lahh.
lecturer kau nie melayu ke tamil?

Niki Razali said...

lecturer aku org indon..

cik ketam said...

aku nak follow burung kau la.

cik ungu said...

aku jugak kena cipta akaun pesbuk sbb lecturer aku main biadap.


katanya kene polo pesbuk sbb assignment kene jwb thru pesbuk.


kadang2 teknologi ni setan.


teruskan usaha. aku juga ambik masa 8 bulan untuk paham ttg cuma satu button kat tuiter. aku bangga.

Niki Razali said...

cik ketam: Jangan polo burung aku.

burung aku ni pemalu.


cik ungu: lepas aku habis sem ni,

burung, pesbuk ngn ape jadah laman

sosiyal ni aku delete. hahah

alif haris said...

hahaha patut la takut orang RT twit dia yg merepek tu hahaha

Juno said...

Aku tak yakin kau akan lulus subjek dia.

hmm.

Niki Razali said...

Alif: kadang-kadang hipokrit tu

perlu..


Juno: choi sgt ko ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...