Monday, February 13, 2012

CerpenMangkuk : Ali Bobo & Seha

Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung yang bernama Kampung Kicap, terdapat sepasang suami isteri yang bernama Ali Bobo & Seha Haha. Mereka ini telah berkahwin selama 35 tahun tetapi masih belum mepunyai cahaya mata. Setiap hari si suami, Ali Bobo berdoa agar dikurniakan seorang anak. Setelah lama menunggu, akhirnya si isteri, Seha Haha mengandung juga.

Akan tetapi, Ali Bobo berasa sangat hairan kerana usia kandungan mereka itu adalah 2 bulan, sedangkan dia dan isterinya telah hampir setahun tidak bersama kerana masing-masing sibuk dengan hal kerja. Lalu Ali Bobo bertanya pada isterinya, "ehh nie anak siapa yang you kandungkan nie? Kita dah lama tak bersama, tapi macam mana you boleh mengandung?". Dengan nada sedih, Seha menjawab, "abang.. sobbss sobss, maafkan sayang abang...". Belum pun sempat Seha meneruskan kata-katanya, si Ali Bobo telah bertempik dengan kuat. "arghhh! aku tak sangka kau nie perempuan murahan!". Dengan nada yang semakin sedih, si Seha membalas, "abang, apa abang cakap nie? sampai hati abang cakap macam tu.. sobbs sobbss..". Lalu si Ali Bobo berkata lagi, "habis tu yang kau mintak maaf tadi kenapa? ha?!". Dan si Seha menjawab, "sayang mintak maaf sebab sayang dah tak tahan nie, sayang sakit perut lah, boleh sayang pergi berak jap tak? Kejap lagi kita sembang ye..kbaii". Dan serentak dengan itu, Seha berlari menuju ke tandas meninggalkan si Ali Bobo terpinga keseorangan.

Tidak lama selepas itu, lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel dan diberi nama, Mustapha Kamelia. Ali Bobo dan isterinya berasa sangat gembira kerana akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang comel. Lalu bayi itu pun dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Ditatang bagai minyak motor yang penuh. Segala kemahuannya dituruti. Di sekolah, Mustapha Kamelia merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Beliau sering mendapat A dalam semua subjek. Disebabkan kepandaiannya itu, akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Oksfed, di Zimbabwe. Di sana, beliau mengambil jurusan Diploma Teknologi Sistem Perparitan.





-TAMAT-

6 comments:

El said...

apa nih apa nih apa nih?

Aqiim said...

what? -,-

Niki Razali said...

el: pergi cek result ko la..

aqiim: ko patut tambah jadi mcm ni, tapa (mustapa) akhirnya terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya dalam aktiviti men-dadah. kegiatan nya dihidu oleh pihak unibersiti lalu dia dibuang. lepas tu terjebak pulak dgn aktiviti pelacuran. akhir sekali bertemu cinta dgn usop kemudian berkahwin di gereja.. so suweeett!

Aqiim said...

awww so gay okayyy~
ewwww!~
hahaha

El said...

aku dah check la niki. cuma xde kredit nak sms kau. haha

Aqiim said...

korang berdua nie mesra semacam je?
jeng3!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...