Wednesday, August 1, 2012
Harian Mangkuktrolls: Komen terhadap logo Merdeka 2012
Friday, May 18, 2012
Baharom Alien Puaka

Baharom berasal dari Planet Atanius.Planet tuh tak terkenal.Jadik,tak payah bersengkang mater sepanjang malam nak search kat Google tentang Planet ajaib tu.Korang takkan jumpa.Okey,biar aku teruskan.Baharom merupakan alien yang paling terkenal di Planet beliau.Beliau sangat hensem,kuat,kaya dan rajin.Oleh kerana beliau mempunyai sifat-sifat demikian,jadi haruslah beliau amat terkenal dan digilai alien-alien betina.
Namun,suatu hari Planet Atanius diserang.Diserang puak ape entah aku pun tak tau.Sebab aku bukan alien.
Planet Atanius kerugian berbilion-bilion biskut Marie.Biskut Marie adelah makanan asasi alien di planet Baharom.Kini,Planet Baharom kehilangan sumber makanan utama.Dia harus melakukan sesuatu.Ketua Planetnya mengarahkan Baharom mencari stok biskut Marie yang baru.Tapi sayangnya takde satu Planet pun yang menjual biskut Marie kecuali bumi.Jarak bumi dengan Planet Baharom sangat jauh.Dia perlu menaiki pesawat untuk ke bumi.Biasanya,kalau Baharom ke Planet-planet lain untuk membeli karipap,dia akan berjalan kaki sahaja.Sebab dekat.
Tapi oleh kerana beliau patuh dengan arahan ketua,beliau pun pergi ke bumi dengan pesawat peribadi.Pesawat itu dibeli menggunakan duitnya sendiri.Itu semua hasil titik peluhnya menjual petai.
Setibanya dibumi setelah 9 tahun perjalanan,dia singgah dikedai mamak untuk makan mee goreng.Mee goreng yang dia bantai tuh memang sedap.Aku tak tipu.Selesai saja makan,dia terus menuju ke kedai runcit Pak Bakar untuk mencari stok biskut Marie.Tapi sayangnya hanya tinggal 2 paket sahaja.Begitu juga di kedai-kedai runcit lain,semuanya habis.Baharom semakin buntu.Dia ingin menghubungi ketua Planetnya tapi kreditnya habis.Betri hensetnyer pulak dah nak menemui ajal.
Baharom semakin buntu.Pernah juga dia cuba terjun atas tilam sebab nak bunuh diri.Tapi tak mati.Toreh tangan guna kapak pun tak berkesan.Liat jugak nyawa dia.Dia berfikir,dan terus berfikir.
Setelah 15 tahun berfikir,akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal dibumi.Penduduk Planetnya sumer dah mati kelaparan.Setelah mengetahui berita tentang kematian penduduk Planetnya,dia buntu & bingung.
Akhirnya dibumi…..
Baharom jadi playboy.
Monday, April 30, 2012
10 perbuatan harus dielakkan ketika jalan jam
- Membunyikan hon secara berterusan sepanjang perjalanan untuk minta laluan.
- Turun dari kereta anda dan masuk dalam kereta sebelah kerana kereta anda tak ada aircond.
- Bawa bantal, baring di tengah jalan dan tidur.
- Angkat kereta anda dan bawa jalan melalui celah kereta-kereta dihadapan.
- Parking kereta ditengah jalan dan pergi shopping sementara menunggu jalan clear.
- Buat konsert amal ditengah highway.
- Pergi ke kereta sebelah dan korek hidung pemandunya
- Basuh kereta.
- Buka meja diatas jalan dan jual minyak lintah.
- Menyondol kereta hadapan supaya kereta hadapan tersondol kereta hadapan dan yang paling hadapan dan seterusnya melancarkan trafik.
Sunday, April 29, 2012
Mangkuk minggu ini: Mari terbalikkan kereta
Eh? Kenapa orang tu tak check dulu ada orang ke tak bawah kereta tu sebelum bersusah payah terbalikkan kereta? Atau secara konsepnya, adakah mereka rasa angkat kereta tu lebih senang dari menjenguk bawah kereta?
Maksudnya....macam ni?

