Monday, May 28, 2012

Karangan SPM- Bincangkan tentang gejala rasuah

Nama: Mohamad Tajuluddin Bin Ayob  (panggil tajul saja)
Kelas: 5 B 8
Tajuk: Gejala Rasuah



Dewasa kini banyak benda buruk berlaku zaman sekarang. Perangai manusia sekarang pun semakin lama semakin buruk, macam muka cikgu BM saya juga. Dengan arus modenisasi yang bergerak pantas, kita semakin lupa dan alpa tentang perihal kemanusiaan dan tatasusila.

Saya juga sudah lupa apa nak tulis tadi.


Zaman sekarang, keuntungan dan wang ringgit serta duit syiling baru selalu menjadi keutamaan pada manusia. Sehinggakan gejala rasuah berleluasa dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan, dan kadang-kadang atas sikit dari itu.

Kita tidak sedar sebenarnya gejala rasuah sudah lama bertapak di Malaysia. Bukan hanya di Setapak sahaja, malah di sekolah lagi, amalan rasuah sudah dilakukan. Sebagai contoh, baru semalam saya rasuah pengawas yang jaga pintu pagar tu sebab saya tak pakai tali leher. Saya bagi seringgit, sekali dengan air tebu yang saya baru beli di kedai Mak Timah tepi traffic light tu, dan sebagai balasan dia lepas kan saya. Nama yang dicatat  dalam buku dipadam semula.

Lihatlah betapa mudah rasuah boleh berlaku. Gejala rasuah boleh mengundang kebinasaan umat manusia itu sendiri. Peribahasa Urdhu ada menyebut, "Ney sap piyar betha ho doste hai karengge" yang bermaksud, "celakalah kamu syaitan!"

 Lebih menyedihkan, para pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat juga mengamalkan rasuah. Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan rasuah. Jika pagar itu tidak makan rasuah, nescaya para pemimpin juga tak memakan rasuah. Jadi diharapkan agar para-para pemimpin tidak membina pagar rumah supaya gejala rasuah dapat dikurangkan.

Akhir kata, gejala rasuah adalah amalan mulia  syaitan. justin Bieber yang tidak baik. Jangan lakukan rasuah. Dan majulah Misbun Sidek untuk negara.




p/s: Disini saya lampirkan wang RM50 untuk cikgu buat belanja makan anak-anak disamping memberikan saya markah penuh untuk karangan ini. Sekian terima kasih


     
   
 

Saturday, May 26, 2012

apa masalah hang?!

Cuti semester sudah bermula. Atan berasa sangat gembira. Dengan segera dia pulang ke rumah sewanya dan terus memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg dan kemudiannya terus ke lapangan terbang untuk melihat kapal terbang berlepas. Cuti semester kali ini, Atan berhasrat untuk pulang ke kampung hanya dengan berjalan kaki sahaja. Exercise katanya.

Nak dijadikan cerita, akhirnya Atan berjaya juga sampai ke kampung halamannya setelah penat berjalan kaki dalam masa seminggu. Sampai di kampung beliau, Atan bertemu dengan Pak Abu. Lalu Atan menegur Pak Abu, "hai pak abu! long time no see! apa kabor?". Pak Abu merenung Atan dan kemudian menjawab, "apa masalah hang?!". Atan terkejut lalu meneruskan perjalanannya.

Atan berjalan lagi. Kemudian tekaknya terasa haus. Lalu dia berhenti di kedai makan Mak Leha. Atan memesan segelas air, "mak leha, bagi saya tongkat ali ais satuuuu!". Mak Leha kemudiannya datang kepada Atan dan merenung Atan dan berkata, "apa masalah hang?!". Atan terkejut lagi. Lalu Atan terus blah dari kedai tersebut.

Atan meneruskan perjalannya. Kemudian dia terlihat sekumpulan budak sedang bemain bola di padang. Atan menegur mereka, "oi budak-budak! aku nak main boleh tak?". Kesemua budak yang sedang bermain bola itu kemudiannya merenung Atan dan serentak berkata, "apa masalah hang?!". Kali ini Atan mula berang. Dia meneruskan perjalanannya.

Semasa dia sedang berjalan sambil marah, Atan terjumpa dengan Siti, gadis ayu yang menjadi pujaan hati Atan. Belum sempat Atan menegur, Siti berkata, "apa masalah hang?!". Serentak dengan itu Atan terus berlari tanpa henti dan akhirnya dia sampai ke rumah. Sampai di halaman rumah, jiran Atan menegurnya, "hai Atan, baru balik ke?". Atan berasa sangat gembira lalu menjawab, "hai makcik, ye saya baru sampai ni. hehe. makcik apa kabor?". Makcik itu kemudiannya merenung Atan dan berkata,

"apa masalah hang?!"

Wednesday, May 23, 2012

Roti perisa oren dan keburukannya

Tadi petang aku singgah si sebuah kedai bakery atau dalam bahasa Melayunya, kedai roti. Setelah fikir empat lima kali, aku bersepakat dengan perut aku untuk beli roti potong yang banyak tu so that boleh dibuat breakfast and makanan emergency.

Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.

So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.



  1. Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
  2. Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
  3. Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
  4. Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
  5. Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
  6. Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
  7. Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
  8. Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
  9. Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
  10.  Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
  11. Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
  12. Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
  13. Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
  14. Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
  15. Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
  16. Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.



Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,





Senjata merbahaya.




   

Sunday, May 20, 2012

Perbualan mangkuk di restoren bersama Hamdan Kasimin

Waiter Alexander Alioto (C) serves lunch customers at Alioto's Seafood Restaurant December 3, 2008 in San Francisco, California. A report by The Institute for Supply Management says that its services sector index dropped in November to 37.3, down from 44.4 in October as the service industry struggles through the weak economy.




Waiter: Encik nak makan apa?
Hamdan Kasimin: Apa makanan yang paling mahal kat sini?
Waiter: Siakap tiga rasa, chicken chop, steak. Setiap satu harganya RM30
Hamdan Kasimin: Mahal sangat. Kalau macam tu bagi saya air kosong jelah.


Waiter: Maaf encik, saya tak sengaja tumpahkan kari ke baju encik.
Hamdan Kasimin: Kari yang awak tumpahkan ni saya kena bayar tak?
Waiter: Tak perlu. Biar kami yang tanggung.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu, lepas ni awak tolong tumpahkan sup gearbox, daging masak merah, sambal belacan, sekali dengan nasi putih sekali ke baju saya ok? Saya nak bawa balik.


Waiter: Encik nak set makanan untuk berapa orang?
Hamdan Kasimin: Saya, dua orang anak saya, isteri saya. 
Waiter: Set untuk empat orang ye?
Hamdan Kasimin: Tak. Set untuk seorang makan. Tapi bahagi empat.


Waiter: Semua harga RM10. Encik nak bayar guna kad kredit atau tunai?
Hamdan Kasimin: Saya nak basuh pinggan.


Waiter: Encik nak makan atau bawa balik?
Hamdan Kasimin: Mana lebih murah?
Waiter: Harga sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih banyak?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih cepat?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu saya pergi tempat lain lah.



    

Friday, May 18, 2012

Baharom Alien Puaka








Baharom berasal dari Planet Atanius.Planet tuh tak terkenal.Jadik,tak payah bersengkang mater sepanjang malam nak search kat Google tentang Planet ajaib tu.Korang takkan jumpa.Okey,biar aku teruskan.Baharom merupakan alien yang paling terkenal di Planet beliau.Beliau sangat hensem,kuat,kaya dan rajin.Oleh kerana beliau mempunyai sifat-sifat demikian,jadi haruslah beliau amat terkenal dan digilai alien-alien betina.




Namun,suatu hari Planet Atanius diserang.Diserang puak ape entah aku pun tak tau.Sebab aku bukan alien.






Planet Atanius kerugian berbilion-bilion biskut Marie.Biskut Marie adelah makanan asasi alien di planet Baharom.Kini,Planet Baharom kehilangan sumber makanan utama.Dia harus melakukan sesuatu.Ketua Planetnya mengarahkan Baharom mencari stok biskut Marie yang baru.Tapi sayangnya takde satu Planet pun yang menjual biskut Marie kecuali bumi.Jarak bumi dengan Planet Baharom sangat jauh.Dia perlu menaiki pesawat untuk ke bumi.Biasanya,kalau Baharom ke Planet-planet lain untuk membeli karipap,dia akan berjalan kaki sahaja.Sebab dekat.



Tapi oleh kerana beliau patuh dengan arahan ketua,beliau pun pergi ke bumi dengan pesawat peribadi.Pesawat itu dibeli menggunakan duitnya sendiri.Itu semua hasil titik peluhnya menjual petai.






Setibanya dibumi setelah 9 tahun perjalanan,dia singgah dikedai mamak untuk makan mee goreng.Mee goreng yang dia bantai tuh memang sedap.Aku tak tipu.Selesai saja makan,dia terus menuju ke kedai runcit Pak Bakar untuk mencari stok biskut Marie.Tapi sayangnya hanya tinggal 2 paket sahaja.Begitu juga di kedai-kedai runcit lain,semuanya habis.Baharom semakin buntu.Dia ingin menghubungi ketua Planetnya tapi kreditnya habis.Betri hensetnyer pulak dah nak menemui ajal.






Baharom semakin buntu.Pernah juga dia cuba terjun atas tilam sebab nak bunuh diri.Tapi tak mati.Toreh tangan guna kapak pun tak berkesan.Liat jugak nyawa dia.Dia berfikir,dan terus berfikir.






Setelah 15 tahun berfikir,akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal dibumi.Penduduk Planetnya sumer dah mati kelaparan.Setelah mengetahui berita tentang kematian penduduk Planetnya,dia buntu & bingung.




Akhirnya dibumi…..








Baharom jadi playboy.



Thursday, May 17, 2012

Isu basi yang busuk lagi berbuih-buih dan menyakitkan hidung.

Sebagai manusia normal, kita akan cepat merasa meluat dengan sesetengah perkara yang betul-betul menggeletek sanubari kita ini.

Sebagai contoh,

Siti Musliha Melati Yudhono begitu meluat melihat telatah Hasan Nawawi yang update status pesbuk selang seminit. Dan status pesbuk tersebut semuanya macam status bajet good-good pak ostad baru balik mesir sedangkan semua orang tahu Hasan nawawi lebih kurang setan aje perangainya.

Sebagai contoh lagi,

Rafidah Cikaboom Cikaboom pula selalu mengadu di akaun burung beliau bahawa ada berpuluh mamat gatal keladi duk stalker dia. Dia merasakan keselamatan nya terancam dan kebebasan nya tergugat. Oh, profile picture akaun burung beliau boleh mengklimaks kan sesiapa yang tengok. Tak percaya pergi search Rafidah Cikaboom Somel Sangat punya akaun burung.

Dan contoh terakhir,

Ismail Taripin selalu habaq kat member dia, dia belum studi satu apa lagi untuk test yang bakal menjelang beberapa minit dari sekarang. Tetapi apabila keputusan diumumkan dia boleh pula skor 99.9%. Lagi 0.1 % tu dia tersilap tulih nama lecturer.

Tak studi ye? Kepala bana kau la. Dah khatam 18 kali tapi cakap tak habis studi lagi.


Untuk ketiga-tiga kes ni, kita boleh klasifikasikan bahawa mereka ini antara mahkluk yang menyakitkan jiwa raga. Setiap kali perkara ini terjadi, boleh lah kita komen kat diorang BASI AH SIYAL.

Nak lagi dramatik taip banyak kali. Menggunakan font yang paling besor.

Selamat mencuba.

Wednesday, May 16, 2012

CerpenMangkuk : Pahlawan Boroi Malu Besar

Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu yakni zaman sebelum kesultanan Melaka bermula. Pada zaman itu, negeri Melaka masih belum wujud. Namun begitu, terdapat sebuah kota yang dipanggil Kota Babylon. Masyarakat di situ hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa peperangan. Mereka hidup berbilang kaum. Tidak pernah langsung berlaku kegiatan rasuah di dalam kalangan pemimpin mereka apatah lagi bantahan-bantahan dari rakyat jelata.

Di kota tersebut, tinggal seorang pemuda yang misteri. Tiada siapa yang tahu dari mana asal-usul pemuda tersebut. Namun, penduduk kota tersebut memanggilnya Pahlawan Boroi. Hal ini adalah kerana dia boroi. Pada suatu hari, ketika Pahlawan Boroi sedang berjalan ke kedai untuk membeli kicap, beliau telah diserang oleh sekumpulan perompak. Pahlawan Boroi dengan segera membuka langkah untuk menentang para perompak tersebut.

Tiba-tiba salah seorang dari perompak-perompak tersebut bersuara, "wahai tuan hamba, siapakah gerangan tuan hamba?". Pahlawan Boroi menjawab, "hamba lah pahlawan boroi, pahlawan terhebat di dalam kota ini". Sejurus selepas itu, para perompak tersebut ketawa berdekah-dekah. Pahlawan Boroi yang kehairanan lantas bertanya, "wahai tuan hamba sekalian, mengapakah kalian ketawa sehingga keluar air mata?". Perompak tersebut menjawab, "kami ketawa kerana zip zeluar tuan hamba terbuka! kahkahkah!". Pahlawan Boroi segera melihat zip seluarnya. Memang benar, zipnya terbuka. Lebih mengejutkan, beliau terlupa untuk memakai seluar dalam. Pahlawan Boroi yang malu dengan peristiwa itu lantas terus lari meninggalkan perompak-perompak tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Sambil berlari, dia sempat mendengar salah seorang perompak menjerit kepadanya, "kecik! kahkahkah!". Semenjak itu, tiada siapa tahu di mana Pahlawan Boroi berada.


Monday, May 14, 2012

Abang Sudin Hensem. (ulang lapan kali)

Jantung dan hati adalah dua organ yang berbeza.

Jantung pisang dan hati ayam lagilah jauh bezanya.

Tak perlu disebut lagi perbezaan antara Pusat Jantung Negara dengan Hati-hati Dijalan Raya.

Jadi kesimpulannya jantung dan hati sangat berbeza dari segala bidang.



Bosannya tajuk ni. Jom tukar topik.


Nak cerita pasal kebahagiaan rumahtangga Siti Nurhaliza dan Datuk K?

Atau cerita pasal ex Abang Sudin, Fasha Sandha yang katanya dah mengandung?

Atau cerita Abang Sudin dengan awek baru?



Mesti nak tahu cerita yang ketiga tu kan? Auww you ni gedik tau...




Perkenalkan awek baru abang Sudin, Hanis Zalikha.
 Comel kan? Macam Abang Sudin juga.

 
  
   

  
 

Friday, May 11, 2012

Gajah tu comel Sebenarnya

Waktu tu pukul 9.30 pagi. Serius tahi kalau pukul 9.30 tu kalau fakulti aku tak sesak tu maknanya Siti Nurhaliza nak beranak la tu. Sesak dia tu boleh korang ibarat kan macam cari sebutir pasir dalam tepung. Tak pun macam sardin yang disumbat-sumbat dalam tin. Atau nak lagi hardcore, kereta kancil tu sumbat 30 orang. Sesak tak sesak la kan.


Nak dijadikan ceritanya, time aku tengah bersesak-sesak nak masuk kelas dengan sorang member aku ni, adalah sorang mamat foreigner ni. Mamat indon. Boleh pulak dia cakap dengan member dia 

"Underwear ku nggak kering!"

Time tu muka aku dah berkerut tahan gelak. Jauh sikit aku jalan, aku tanya member aku.

"Ko dengar tak indon tu cakap apa tadi?"

"Tak. Dia cakap apa?"

"Dia cakap, underwear ku nggak kering."

Automatik aku dengan member aku

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!!


Orang indon kat Malaysia ni tak tahu ke yang rakyat malaysia sekarang expert bahasa diorang. Satu hari tu, dalam otak aku terpikir macam mana dia boleh tahan pakai underwear yang basah macam tu? tak sejuk ke?
Mushkil kejap.



# gajah tu comel kan. 

Thursday, May 10, 2012

Hasan Nawawi dan mangkuk tingkat ajaib





Syeikh Hasan Nawawi, moyang kepada Hasan Nawawi, adalah seorang musafir. Kalau dah nama musafir sudah tentulah kerjanya mengembara, takkan kerja ternak ikan haruan pula. Dipendekkan cerita, Hasan Nawawi berjalan merentas padang pasir yang luas tahap dajal, kerana gaban itu tak cukup luas untuk digunakan sebagai kata penguat.

Oleh kerana lapan hari lapan malam berjalan merentas padang pasir, Syeikh Hasan Nawawi keletihan. Tubuh badannya kering dek kerana hidrasi. Dia kehabisan air minuman. Usahkan air minuman, RO water, air sirap, cendol bungkus juga dah lama habis.

Sedang dia terkapai-kapai kelemahan ditengah padang pasir yang panas terik tu, dia ternampak sebuah mangkuk tingkat, jauh 50meter dihadapan. Teringatkan acara lumba lari 50 meter yang dimenanginya masa tadika dulu, Syeikh Hasan Nawawi berlari dengan pantas untuk mencapai mangkuk tingkat tadi.

Dia mengamati mangkuk tingkat itu. Membelek-belek dengan penuh tanda tanya. Dibuka tudung mangkuk tu tak ada apa-apa. Tak ada nasi ke, ketupat ke, ataupun char kuey teow. Kosong. Hasan Nawawi membaca label di bawah mangkuk tingkat tu. Disebelah pelekat Sirim, ada tertera satu instruction.

"Sila hayun sebelum guna"

Dengan IQ secetek kuda laut, Syeikh Hasan Nawawi mengambil masa lima minit setengah untuk memahami arahan itu. Setelah memahami kehendak soalan, Syekh Hasan Nawawi mula menghayun mangkuk tersebut sekuat hati. Dia menghayun. Masih menghayun. Dan tetap tak berhenti menghayun.

Secara tiba-tiba keluar satu cahaya mangkuk tingkat itu. Syeikh Hasan Nawawi mencampak mangkuk tu ke tanah kerana terkejut beruk. Nasib baik beruk tak ada disitu. Kalau tak entah apa mereka akan kata. Setelah tamat pertunjukan cahaya yang terang dan asap berkepul-kepul sebagai gimik entrance,  seekor makhluk berwarna biru metallic dan bertocang dengan sideburn panjang keluar dengan gaya angkuh. Syeikh Hasan Nawawi tahu itu adalah jin, berdasarkan jenis seluar yang dipakai makhluk tadi. Seluar jeans Levi's 501. Limited edition punya.




"Hai manusia!!!! Ada sihat ka? Sudah makan ka belum?"

"Belum" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil terketar-ketar.

"Jom aku belanja makan KFC" pelawa Jin tadi.

"Boleh. Jom. Saya dah siap dah ni" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil tengok cermin dan membetulkan rambut.

"Sebelum tu, aku perlu tanya kau tiga soalan. Kalau kau jawab betul salah satu soalan ni, aku bawa kau keluar dari padang pasir ini, dan belanja kau makan KFC. Tapi kalau kau tak dapat jawab ketiga-tiga soalan ni, aku akan tinggalkan kau disini." balas Jin.

"Ok.  Saya dah ready" jawab Hasan Nawawi ringkas.

"Soalan pertama, apakah nama pelakon lelaki utama Iron Man.....punya sepupu punya jiran yang banyak jerawat tu?"

"Pass. Soalan lain!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Soalan kedua, cari lapan puluh persamaan, antara chromosome untuk anak down syndrome dengan stereng kereta Honda Civic 2.0?"


"Cikgu saya tak ajar dulu. Pass!!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Baiklah. Ternyata anggapan saya yang kamu bodoh macam lembu laut Afrika ini betul. Soalan terakhir.......



Siapa lebih kacak, kau atau aku?"


Syeikh Hasan Nawawi tergamam.









Satu jam kemudian,





Syeikh Hasan Nawawi masih meneruskan perjalanan di padang pasir yang panas terik tanpa bekalan air.






Sape lebih hensem, lu ke gua?
Mesti gua kan? Kan?


 
      

teruk betullah

saya ke kedai henfon. di mana saya bercadang nak melihat harga blekberi bold 3, harganya mencecah seribu lebih.

adalah kawan abah saya, kenal saya, dia offer 900++ untuk blekberi itu. saya sukaa sangat sebab dia sudi offer harga yang saya rasa tak berapa ada dekat Kedah ni.

bila saya suka sangat tuh, saya baru teringat....

saya mana ada duit sebanyak tu, saya balik dengan hampanya.



janji update.


Monday, May 7, 2012

Puisi Kehidupan

Ada orang gila dihujung kampung.

Orang gila dihujung kampung.

Dihujung kampung.


Ada bangkai ditepi jalan.

Bangkai ditepi jalan.

Ditepi jalan.


Ada lembu dibelakang rumah.

Lembu dibelakang rumah.

Belakang rumah.


Ada tahi didalam mangkuk tandas.

Tahi didalam mangkuk tandas.

Mangkuk tandas.


Itulah yang dinamakan kehidupan.

Dinamakan kehidupan.

Kehidupan.






Aku sedang ketandusan idea.


Legenda Sahrom Umar





Telah munculnya seorang pemain piano yang hebat yang menggegarkan industri tanahair.Kehebatannya bermain piano memang tak dapat ditandingi dengan sesiapa pun termaksuklah Lin Dan,Lim Tat (tokey kedai stokin),Pak Bakar,Rahim Maarof,Zubir (entah.aku tak kenal),Abang Supir dan lain-lainnya.


Sahrom Umar,satu nama yang indah.Satu nama yang indah bagi sesiapa yang buta seni.Mukanya sangat kacak.Kalau nak dibandingkan dengan Justin Timberlake,komfem Justin Timberlake menang.Sahrom Umar nih biase-biase jer bagi aku.Tapi kehebatannya bermain piano tak mampu ditandingi oleh sesiapa pun.Dia telah mencipta berjuta-juta lagu.Tapi sumer tak sedap.Cuma satu lagu jer yang hot,lagu winter sonata.



Mendengar cerita masyarakat tempatan,Sahrom Umar merupakan seorang yang genius.Walaupun Matematik dia dapat “D” disekolah rendah,tapi masyarakat setempat menganggap Sahrom Ali genius.Aku pun taktau apsal.Mungkin sebab kepala dia besar kut?.Entahlah…



Sahrom Umar jugak dikatakan sering menerima jemputan untuk bermain piano untuk konsert-konsert besar.Dari situlah populariti namanya mula meningkat naik.Satu masa dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi pemain piano.


Namun pada suatu hari,Sahrom Umar menerima jemputan khas.Dia diberi peluang berkolaborasi untuk konsert okestra.Sahrom Umar sangat terkejut dengan jemputan itu.Bukan mudah untuknya menerimanya.Dan bukan mudah juga untuk dia menolak.




Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menerimanya.Tapi itu untuk kali terakhir.Itu janjinya.




Untuk konsert okestra itu,dia berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi memberikan yang terbaik.Setiap hari dia berlatih tanpa henti untuk memastikan konsert terakhirnya itu berjalan lancar.Dari airmukanya Nampak dia bersungguh-sungguh,tapi sehari sebelum konsert bersama okestra berlangsung,tangannya…..



Putus!

Ya putus,bukan patah.Putus disebabkan main piano tanpa henti.




Sahrom Umar amat buntu.Esok dia harus perfom,tapi tangan dia putus pulak!.Puas dia mencari idea yang boleh membantunya,tapi takde.Akhirnya dia menemui blog ini.Dia mintak pendapat El melalui fesbuk,tapi El malu.Aku tak tau apsal El malu.Nak suh Aqim bagi pendapat,dia tak online pulak.Malin pulak,tengah takde idea.Ungu pun samer.


Niki?
Niki gi kedai beli betik.Aku tak suka betik(tetibe).

Ubi ngan Abang Sudin pun sangat bizi mencukur hidung.


Akhirnya dia mintak pendapat aku,dan aku kongsi idea bernas yang keluar dari otak aku.Katanya dia akan menerima apa sahaja pendapat aku.Sebab aku orang yang terakhir yang dia percaya.Jadik,aku gunakan kepercayaan dia pada aku dengan sebaik-baiknya.Aku takkan mengkhianati kepercayaan orang lain terhadap aku....





-the end-

Saturday, May 5, 2012

Si penjahat yang berjiwa penyanyang

Loki adalah penjahat yang terlalu jahat. Beliau mempunyai superpower yang sangat power iaitu mengawal minda orang. Nama sebenar beliau adalah Lokman Bakar bin Jamal. Nak dipendek dan diglamorkan lagi, dia dipanggil Loki. Ada juga yang memanggil Luki. Ada juga lahabau yang menggantikan huruf 'L' itu dengan 'P'.

Jangan sebut kuat-kuat.


Loki berniat mahu menakluki dunia. Beliau mahu membunuh semua umat manusia, termasuk Justin Bieber. Semua superhero Avengers sudah dipanggil untuk bergocoh dengan Loki, namun tak ada seorang pun berjaya. Sehinggakan pemain gantian seperti Keluangman, Cempiang, Boboboi dan Usop Sontorian juga terpaksa dpanggil bertarung. Namun semua tewas dan gugur di medan perang seperti buah durian yang gugur di dusun Pak Kasim. Dan anak perempuan Pak Kassim pula cantik bukan main. Single pula tu.

Sebagai seorang lelaki harapan umat manusia, seorang pakar motivasi dari Sungai Petani Kedah, Encik Fadzillon Kamson tampil berhadapan dengan Loki. Dia hanya tersenyum. Loki kehairanan.


Encik Fadzillion Kamson: "Awak orang jahat kan?"

Loki: "Ye aku memang jahat. Jahat gila tau tak? Aku nak hapuskan kamu semua!! " Jawab Loki sambil menumbuk-numbuk dada."

Encik Fadzillion Kamson: "Awak nak bunuh semua orang? Macam mana dengan mak ayah awak?"

Loki: "Aku nak bunuh semua orang KECUALI mak dengan ayah aku!!"

Encik Fadzillon Kamson: "Macam mana dengan abang kakak awak?"

Loki: " Ye. Selain mak ayah aku, selain abang kakak aku."

Encik Fadzillion Kamson: "Lagi? Takkan itu je orang yang kau sayang. "

Loki: "Selain anah buah aku. Selain member baik aku, Rosman. Oh selain Karim juga. Dia selalu belanja aku makan. Sally yang comel tu pun terkecuali. Lagi...lagi....kecuali sepupu aku. Selain adik sepupu aku, sedara ayah aku, jiran aku, ketua kampung aku, wakil daerah, Neelofa, mak cik yang jual nasi kandar tepi simpang tu, selain Hamdan anak abang repair kereta bla bla bla....................akak jual ABC, Liyana Jasmay, Jessica Alba, sepupu Jessica Alba, cikgu geografi aku....................George Lucas, anak Eminem bla bla bla...................anak taukey kedai makan bla bla bla.......................Ben Ashaari.....bla bla bla....."





10 tahun kemudian......



Loki masih menyebut nama orang yang dia tak mahu bunuh. Dan Encik Fadzillon Kamson semakin berjaya dengan kerjaya sebagai pakar motivasi dan juga dalam bisnes MLM nya.



 
Nama yang tinggal sekarang ni adalah......Justin Bieber.




          

Thursday, May 3, 2012

Bancian blog. Siapa jawab dia comel

Sebelum bermula, mari sedekahkan fatihah pada Bob Kuman yang dah meninggal dunia 4.38 petang tadi. Terima kasih pada sumbangan beliau dalam industri seni and arena komedi.

So, aku tak ada apa-apa benda sangat nak tulis. Cuma nak bagitahu pada sesiapa yang rasa ada bran dan rasa dirinya hebat membuat entry yang kelakar, lawak, best, sedih, shahdu, romantik atau apa-apa artikel yang best nak diterbitkan kat blog sini, sila email kat elspitz@yahoo.com. Artikel yang terpilih bakal memenangi mangkuk tingkat cap lima beruang yang kelaparan, tajaan Atan Marketing Sdn Bhd.

Oh ye, sebelum mengundurkan diri dari katil ditempat saya menaip entry ini, saya nak buat undian, pollls, bancian, questionnaire atau segala perkataan yang sama erti dengannya. Siapa jawab dengan penuh komitment dan jujur, akan dapat flying kiss dari Aqiim sorang satu. Itu untuk perempuan lah. Untuk lelaki tak ada fying kiss dari sesiapa. Tapi siapa yang tak jawab, mungkin dapat flying kick dari Ubi. So, bersiap sedialah...


Siapa author yang paling macho?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling jelita?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa.

Siapa author paling kamu suka?
  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder
  6. Peah
  7. Cik Ungu
  8. MALIN
  9. Niki Razali

Siapa author paling sesuai berlakon menjadi Sarip Dol, samseng kampung sebelah?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling sesuai jadi berlakon jadi  Mak Midah, mak bidan terunggul?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa

Siapa author perempuan yang sesuai jadi girlfriend El?
  1. Neelofa
  2. Neelofa
  3. Neelofa
  4. Neelofa
  5. Neelofa


Hai Abang El....



Terima kasih. Sila reply di komen.

  
    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...