Thursday, February 16, 2012

Budak Umur 6 Tahun

Budak-budak, buat apa pun orang tak marah. Korek hidung time tengah makan pun orang kata tomey..tomeyy.. tomeyyyy nye. Ye dak? Rasa nak lempang.

Jadi budak kecik best doe.

Kalau tiba-tiba terpegang tempat larangan perempuan dewasa yang dah akil baligh pun tak de nye kena chop sebagai jantan keparat lagi miang. Padahal memang budak tu berniat nak pegang. Ni spesis budak gatal macam Shin Chan la ni. Jangan tanya aku siapa Shin Chan. Tak mencabar betul aku nak jawab.

Cuba kalau kau bukan budak-budak, tapi bapak budak. Tengah berebut-rebut dalam bas. Lepas tu driver cam haram bawak laju-laju brek sekuat hati. Tangan kau yang tengah pegang penyangkut bas tu, tersalah landing kat ehem-ehem awek depan. Haruslah kau di cop sebagai jantan miang bertahun-tahun lamanya. Silap-silap merasa kau makan kasut tumit tinggi saiz 6.

Budak kecik kalau nyanyi dengan lirik tunggang langgang pitching entah ke mana dengan berjoget macam penari bogel pun orang tetap cakap comel. Ada tu siap cakap budak tu cerdik. Celah mana cerdik nya aku pun konpius. Lirik pun salah.

  Ada lembu nak jaga.
(I got the moves like jagger)

Cuba kalau kau yang dah akil baligh ni tiba-tiba buat perangai macam yang aku sebut tadi, harus diorang cakap kau buang tebiat. Lagi sadis kalau diorang siap tempah keranda untuk kau. Lepas tu siap ukur badan kau lagi nak sebab senang nak beli kain kapan. Malam-malam time kau tengah tidur diorang pakat duduk keliling kau baca yassin. Gila lah!

Aku rasa time aku umur 6 tahun, kalau apa-apa benda yang aku buat salah mesti aku kena fix balik. Macam tumpah air ke, otomatik mak aku cubit tangan lepas tu marah suruh aku lap balik. Tapi apahal anak buah aku bukan takat tumpah air je, tapi siap main ludah-ludah lagi mak aku boleh rilek lagi lap kan.

Apahal ha?
Aku ni anak angkat ke ape?

4 comments:

El said...

haha. rilek2. kau bukan tak tahu zaman sekarang. cikgu lempang anak pun esok cikgu tu kena lempang balik

cik ungu said...

masa aku 5 tahun setengah, aku terlanggar mama aku yang tengah bawak nasik goreng dlm tupperware.
nasik goreng tu tumpah, dan peha aku merah kena pukul.

lambat mandi pun kena pukul.

tak adil.
tak adil budak comel cam kite masih kena pukul.

sungguh tak adil.

El said...

itu tak cukup extreme.


masa aku 6 tahun, asal aku buat masalah abah aku heret aku keluar rumah malam-malam and kunci pintu. dekat sejam baru leh masuk.

ipa faiza~ said...

huhu.. beza budak dulu n skrg,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...