Tuesday, January 17, 2012

Untuk Brader Aqiim

Kalau tak silap aku, dulu Aqiim ada masalah berkaitan cinta. Dia ada minat sorang gadis. Tapi gadis tu tak tahu. Alah, macam cinta senyap-senyap. Kalau tak silap aku lah kan. Aqiim, kalau salah sila ampunkan aku.

Kira kisah cinta Aqiim ni complicated la jugak. Kalau nak bandingkan dengan El, Aqiim punya lagi hardcore kot.  Jangan tanya cerita cinta Cik Ungu dengan Peah, tapi aku rasa diorang bahagia hepi-hepi loving kapel gitu dengan pasangan masing-masing. Ekekeke. Kalau tak pun, buat-buat je la hepi.

Aku tak tahu lah apa pasal Aqiim bermasalah sangat nak bagitahu kat si perempuan yang dia ada hati dekat beliau. Cakap je. Bukan susah pun. Cakap I Love U. Susah ke? Aku rasa senang je. Tang mana yang susah? Kalau kena reject, buat derk je la. Cinta tak boleh dipaksa. Dunia takkan kiamat sebab si perempuan tolak cinta kau wahai Aqiim. Kalau dia terima, tu kira luck kau.

Tapi kalau diam tak buat apa-apa, apa yang kau harapkan? Lagi susah aku rasa. Macam tahan berak. Lagi tahan lagi sakit. Lagi tak selesa. Kalau dah berak rasa lega. Busuk ke tak, itu lain kira. Yang penting berak dulu.


Jadi sempena memberi sokong kepada Aqiim untuk melepaskan berak beliau, aku dedicate kan lagu ni untuk kau Aqiim. Aku pun tak tahu apa relevannya lagu ni dengan masalah kau. Tapi, semoga berjaya la hendaknya.

Awak-awak yang membaca entry ni, mari kita support Aqiim untuk berani berterus-terang.

Hidup Aqiim!

3 comments:

El said...

cerita aku lagi hardcore oke?

Peah Glemer said...

aku lagiii hardcore, sampai tak ada cinta langsung. hahaa

Aqiim said...

peah dgan el, ye ye korang punya lagi hardcore.. hambekk! hambekkk! -.-



oh niki, thanks sudi buat entri semangat utk aku.. terharu T__T



aku bukan tak berani berak..
aku takut kalau aku berak, tapi cirit..
aku tak snggup nak tengok tahi aku mengalir deras menuju ke lubang sasaran..


ah sudahlah apahal smbang pasal tahi pulak nie -.-


thanks niki thanks! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...