Wednesday, June 20, 2012

Poseur Bola sepak

Poseur adalah orang yang berpura-pura atau pretending atau cuba sedaya upaya jadi someone yang bukan diri dia. For example, budak skima kata konon-kononnya dia peminat Heavy Metal. Padahal band paling rock pernah dia dengar pun Spider je. Yang lain dia dengar tak habis-habis lagu Justin Bieber.

Sikap poseur dalam kalangan fan atau penonton bolasepak ni banyak jadi sekarang ni. Poseur bolasepak means orang yang tak tahu apa-apa pun pasal bolasepak, atau tahu sikit je pasal ilmu bolasepak, dunia football, and history. Tapi bercakap and lagaknya semangat kemain, mengalahkan Ultra Malaya.




Ini tak semestinya poseur. Tapi semestinya poser.



 Frankly, terus terang, mostly poseur ni biasanya perempuan. Bukan nak jadi sexist, tapi itulah hakikatnya. Tapi lelaki yang baru nak up pun ada. Tak kira umur berapa, budak sekolah, budak matrik, budak MRSM, budak unibersiti ataupun mak budak sekalipun. Sentiasa ada sikap-sikap poseur yang melampau dalam bola sepak, sampai mengundang kebencian dan kenyampahan orang ramai dan secara tidak langsung peminat sebenar bola sepak akan end up sepak objek lain selain bola.

Ciri-ciri objek tersebut adalah:



1) Tak tahu rule bola sepak.


Jemah: WOI! KENAPA DIA TAK SEPAK BOLA TU!! BODOH BETUL LA!! DAH TAKDE ORANG DAH TU!!

Samsudin: Berapa kali saya nak bagitau? Dia tengah offside! Saya lempang juga oesophagus awak ni kang.



2) Tengok bola menjerit-jerit terpekik-pekik walaupun tak ada apa-apa yang menarik.



Kassim:  WOOOOO!!!!!!! Sikit lagi tu!!!! Sipi-sipi je!!! Lapan meter je lagi nak masuk gol!!!!



3)  Sokong team yang femes, dan satu-satunya team yang dia kenal.



Udin: Dalam liga EPL kau sokong team mana Pejah?

Pejah: Aku sokong BARCELONA!!




4) Sokong team mana yang ada player kacak.

Jamilah: Malam ni ai nak tengok Portugal lawan Spain..auww kacaknya abam Ronaldo GO PORTUGAL GO!

Jamilah: Eh....abam Fernando Torres pun boleh tahan. GO SPAIN GO!!!

Jamilah: Eh...abam referee ni pun kacak. GO REFEREE GO!!!

Jamilah: Eh...comelnya abam yang kutip bola tepi padang ni. GO ABANG KUTIP BOLA GO!!



5) Sokong team ikut boyfriend.


Najihah: Sayang, awak sokong team apa?

Mokhtar: Saya sokong Arsenal.

Najihah: Arsenal tu apa sayang? Bunyi nama macam bodoh je.

Mokhtar: Kelab bola sepak lah.

 (5 minit kemudian...)

Post status kat facebook:


Najihah Comey ARSENAL IS THE BEST!! I LOVE YOU ARSENAL!!!




6) Selalu fikir Brazil kelab terbaik dunia. Sehinggakan piala EURO pun dia sapu juga.


Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah memenangi EURO!.

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala AFC!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Champions League!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Liga M!



7) Claim diri peminat no 1 kelab tu. Tapi disuruh bagitahu nama player dia tak tahu.


Nini: AKU FAN NO.1 MAN UTD!!! GLORY GLORY GLORY!

Habibudin: Try senaraikan tiga orang player MU.

Nini: Err...Rooney, Alex Ferguson, erm...yang negro negro tu sape tah nama dia.



8) Minat team yang selalu menang.

Khalsom : Kau tau tak Jubir, aku minat Spain sebab dua tahun lepas Spain menang World Cup. Aku minat Real Madrid sebab dia baru menang piala apa entah. Lepas tu aku minat Mancester Siti. Kalau bukan sebab bekas laki aku tu orang Kelantan dah lama aku sokong Kelantan FA kau tau?

Zubir: Pergi mati boleh?





Aku sokong Liverpool walaupun dah seabad tak menang Liga. Aku sokong England even main macam celaka. And aku sokong MP Muar walaupun penonton dia tak bakar kerusi stadium.


Keh keh.




BAKAR WEH BAKAR! TIM KITO KALOH!
PUNOH MASO DEPE KAWE!!


     
           

6 comments:

nurshamila said...

haha ada ja yg mengaku tgk bola, mati matian komen itu ini. padahal sipi2 ja yg dy taw.

dari no sampai no 8, dah penah jumpa manusia camni

Chikova_Airashii said...

perghh mmg sokong habehh!!!
serabut perukk betul poseur2 camni..
lg2 part ikut boipren..
menyampsss betuii..

El said...

nurshamila: yep. tahu sipi-sipi. tapi ulas bola guna cerita sendiri

El said...

chikova: serabut perut tengok org mcm ni. rasa nak berak je. eh

semutsengal said...

haaa,

maaf gua tak sefanatik El

Fallen Zero said...

LIVERPOOL YOU'LL NEVER WALK ALONE!!!!

#YNWA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...