Monday, June 25, 2012

Muhyidin si lipan yang berani

Ahmad Tarmizi adalah seorang penternak lipan yang berjaya. Setiap tahun pendapatan kasarnya sekitar enam belas juta ringgit, bahagi enam belas. Lipan yang diternak terdiri dari lipan tenusu, lipan daging dan lipan jantan yang diperkotak katikkan sebagai pembiak.

Ahmad Tarmizi mempunya satu kelebihan iaitu boleh faham dan bercakap dalam bahasa lipan. Setiap hari isnin, semua lipan-lipan dihimpunkan di dewan utama Persatuan Lipan-lipan Bersepadu Tarmizi, untuk mendengar sebarang luahan atau rungutan dari lipan-lipan Ahmad Tarmizi.


Salah seekor lipan jantan ternakan Ahmad Tarmizi bernama Muhyidin.  Dia berkata pada Ahmad Tarmizi, "Saya minat pada Si Timah, si Siput Babi yang comel tu. Boleh tak tuan tolong pinangkan dia untuk saya?" 

Ahmad Tarmizi serta sekalian lipan-lipan yang lain ketawa selepas mendengar luahan hati Muhyidin ini. Muhyidin kecewa. Kepalanya tunduk malu. Rakan-rakannya masih tidak berhenti ketawa. Bekas crush beliau, Sofea senyum sinis. Dalam kepalanya ligat memerli, " Ai, dah tak dapat mengorat aku, dah putus asa, nak try siput babi pulak? Kih kih kih."

Keesokan harinya Muhyidin bangun awal pagi. Lebih awal dari kebiasaan, beliau bangun pukul 4 pagi. Bukan untuk qiamullalail, bukan untuk bersahur dan bukan juga sebab nak tengok bola. Namun beliau bertekad mahu curi-curi keluar dari ladang ternakan itu.

Muhyidin bersiap sedia. Packing segala barang yang ada. Headphone dan chewing gum tak dilupakan. Item penting tu bila berjalan jauh. Beliau keluar senyap-senyap. Kaki-kakinya ada lapan belas, namun empat belas kaki disorok, guna empat kaki saja bagi mengelakkan sebarang bunyi bising.

Pintu terowong rahsia dibuka perlahan-lahan. Terowong ini dah lama dikorek sejak Muhyidin berusia enam hari lagi. Masih ingat ketika itu, terowong itu asalnya adalah lubang cacing. Setelah cacing tersebut meninggal dibaham ayam serama Pak Megat, terowong tersebut disambung kerja penyelenggaraannya dan di renovate oleh Muhyidin.


Satu cahaya dari jauh kelihatan dari dalam terowong rahsia itu.




To be continued....


    

3 comments:

Dua Qurun said...

haha...lubang tuh konfem lobang hidung pak megat....

Unknown said...

I like it..:)
postingan yang bagus..

semutsengal said...

haaa,


takda smbungan gua remove terus blog ni. hihihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...