Friday, June 29, 2012

CerpenMangkuk : Kisah Pemuda Misteri


Tersebutlah kisah, seorang anak muda yang tinggal di sebuah kampung. Tubuhnya besar. Badannya tegap. Paras rupanya kacak. Dia menjadi kegilaan hampir semua wanita di kampung tersebut dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat rumah kata pergi kubur kata mari. Tua. Kemana sahaja anak muda itu pergi, dia pasti akan cuba digoda oleh para wanita yang begitu menggilai dirinya.

Pada suatu hari, anak muda tersebut disuruh oleh ibunya untuk pergi ke kedai untuk membeli kicap. Ibunya sangat menggemari kicap. Boleh dikatakan semua masakan ibunya ada berunsurkan kicap. Kicap goreng, kicap masak tiga rasa, kicap masak merah, kari kicap, burger kicap, bubur ayam kicap dan kicap masak kicap. Aneh.

Setelah berjalan selama 10 minit, akhirnya anak muda tersebut sampai di kedai runcit. Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai tersebut, dia dengan segera menuju ke rak dimana terletaknya kicap. Jumpa. Tanpa berlengah, anak muda tersebut mengambil sebotol kicap dan segera ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah selesai membayar, anak muda tersebut pulang ke rumahnya. Setelah hampir 10 minit berjalan, akhirnya dia sampai di rumah dan menyerahkan kicap tersebut kepada ibunya. Akhirnya penggunaan kicap kembali aktif di rumah mereka dan mereka hidup aman bahagia.






3 comments:

Dua Qurun said...

kacip fatimah...

El said...

habis pointless punya cerita...haha

semutsengal said...

gila, blum klimaks dah penutup.

apa ni. apa ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...