Sunday, June 17, 2012

Pemain Bola Yang Diminati

Empat Pemain Bola Sepak Dunia Yang Paling Diminati:






(1)

Maidin Ghafar Ali




Umur:25 tahun.


Kebolehan diatas padang:





-Berlari keliling padang sambil pakai selipar jepun saiz 7 selama 8 tahun tanpa henti.
-Merembat bola menggunakan tumit kaki kiri.
-Alihkan tiang gol pihak lawan tanpa disedari.
-Hanya memakai ‘boot’ kain ketika beraksi dipadang.
-Pernah menukar wisel pengadil dengan trompet ketika pengadil sedang membancuh kopi diatas padang.
-Kerap kali menggigit,meludah,menyepak tengkuk & halkum pengadil tatkala pengadil mahu meniup wisel tamat permainan.




Pencapaian:



-Pernah Menjuarai acara tarik tali berirama.
-Naib johan dalam pertandingan berbalas pantun peringkat negeri.
-Pernah menjual kain batik didepan kedai berger milik abangnya,Hamdan Ali.
-Walaupun suara tak sedap,dia juga pernah menyertai audition Akedemi Fantasia demi meng-usha Maya Karin.




Kelemahan:



-Pusat





(2)

Zubir bin Fairus Hashim






Mewakili Negara:Perancis.

Umur: Belum cukup.


Kebolehan diatas padang:




-Buat muka bangang ketika mengejar bola bagi memastikan pihak lawan muntah setelah melihat wajahnya yang ayu itu.
-Menyamar jadi rumput,kucing,paku dan plastik jajan super ring pada waktu rehat dan waktu maghrib.
-Sering menjaringkan gol setelah permainan tamat.
-Juga pernah menjaringkan gol menggunakan lidah.



Pencapaian:

-Pengerusi kelab dangdut di Afrika.



Kelemahan:

-Merajuk kalau tak dapat ambik freekick.
-Suka makan pisang goreng cecah air pepsi.
-Mempunyai citarasa yang amat bangang.




(3)

Amir Mubin




Umur:Masih disiasat


Mewakili Negara:Spanyol

Kebolehan diatas padang:



-Kejar bola sampai penat.
-Mampu menanduk bola dengan pantas walaupun bola leret.
-Hisap rokok belakang tiang gol.
-Muntah kuah dal lepas sarung jersey.
-Mencarut dalam bahasa Nepal depan pengadil bola jaring.



Pencapaian:

-Admin fanpage Jessica Alba di fesbuk.



Kelemahan:


-Suka main bibir lepas tengok video Justin Bieber dekat U-tiub.
-Pernah lempang peminat sebab puji dia macam firaun.




(4)

Ogeh Anak Tok Batin





Umur:26 tahun.



Mewakili Negara:Belanda.


Posisi:Tak tetap.


Kebolehan diatas padang:


-Hafal sifir dua atas padang.
-Bakar sampah tepi padang sebelum permainan bermula.
-Takut semut api.
-Pernah terajang peminat sebab geram tengok baju pengadil macam baju ahli sihir.
-Mudah mencuri bola dengan hanya mengacukan pistol pada pihak lawan.
-Melukis gambar penyu betina yang seksi pada baju pihak lawan sekiranya beliau dilayangkan kad kuning.

Kelemahan:

-Ghairah melihat tengkuk keeper.
-Suka kumpul stem atas padang.
-Muka mirip Farid kamil.




5 comments:

amrlaqm said...

mampu menanduk bola dengan pantas walaupun bola leret.


kahkahkahkahkah!

El said...

kah kah kah. menyamar jadi plastik jajan

biela bell said...

Oh!Puhlisss~ haha

Dua Qurun said...

lalala~



sungguh ku tak mmm~mampu menahan rindu.Ah!Ah!

Asyiqin Haulisah said...

yg penting semua gua suka. semua hensem. omnomnom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...