Thursday, December 8, 2011

Rizalman Manap: Lelaki terampil yang bekerjaya

Hasan Nawawi rasa ingin tahu bagaimana kehidupan Rizalman Manap sekarang. Dengan segera dia buka facebook. Ditaip di ruangan search, Rizalman Manap. 


Loading....loading....loading....


"Hah....keluar pun..." bisik hati kecil Hasan Nawawi.


Kelihatan profile picture mamat negro yang sedang pegang payung. Location : Zimbabwe. 


"Bodoh...sejak bila mat afrika ada nama Rizalman Manap ni?" keluh Hasan Nawawi. 



Ditutup tab ruangan search itu. Hasan Nawawi termenung seketika. Setelah berangan tentang diri dia sebenarnya adalah ultraman yang menyamar jadi manusia, Hasan Nawawi mula teringat sesuatu. Dengan kelajuan yang dasyat dia menaip keyboard walaupun masa tu Facebook pun belum dibuka lagi. Dia tersedar dari kebodohannya yang melampau, dan buka facebook. Dan mula menaip nama yang terlintas di fikirannya.


"Popia Cik Minah ". Hasan Nawawi tekan search. 

Rizalman Manap gemar menggunakan nama samaran Popian Cik Minah. Bukan sebab beliau mahukan privacy, tapi Popia Cik Minah itu adalah nama kedai makan ibunya. Dari kecil lagi beliau takkan jemu mempromosikan nama kedai itu kerana dia akan dapat komisen dari hasil jualan popia milik kedai ibunya. Dia gemar meminjamkan alat tulis disekolah dulu, kerana di setiap alat tulis itu akan ditulis besar-besar Popia Cik Minah, sebagai tujuan promosi.


Ternyata nama itu tepat. Satu wajah yang sangat dikenali terpampang. Hasan Nawawi menenung dekat-dekat ke skrin laptop untuk meneliti profile picture. Sah, betul itu Rizalman Manap, gambar Rizalman Manap kemas beruniform berlatarbelakangkan bangunan biru. Bukan seperti gambar profile picture Friendster beliau 3 tahun lepas. Rambut sikat tepi, muka berminyak, hidung selebet, and gambar diambil bawah pokok rambutan depan rumah Pak Mail Sumbing, sambil tangannya memegang erat aiskrim Mat Kool. 

Sekarang beliau sudah berubah. Handsome, kemas, rambut pendek ala-ala tentera, baju iron, dan pakai kasut Timberland. Ditenung lama-lama uniform itu. Baru Hasan Nawawi tahu yang Rizalman Manap sudah bekerjaya. Malah kerjaya beliau sangat sesuai dengan sikap dan jiwa kental beliau yang suka merampas harta benda orang.


"Dah jadi pegawai KASTAM rupanya Rizalman Manap ni..."



Dengan segera Hasan Nawawi terus add. Kemudian dia menunggu depan skrin dengan penuh sabar. Diteguk air sirap disebelahnya. Sudah 3 bulan air itu berada disitu. Hasan Nawawi cuba minum seteguk sehari bagi mengelakkan pembaziran. Itu belum kira biskut kering yang setiap satunya dikerat enam bagi menambahkan efek bilangan yang berganda. Kemudian dia terfikir,


"Hari ni kan hari kerja. Mana lah dia ada masa nak approve.."


Ketika Hasan Nawawi hampir menekan X pada tab tersebut, seekor lalat mengawan disebelahnya dan jatuh kedalam air sirap tadi. Hasan Nawawi buat tak peduli, sebab apa yang dia peduli ketika itu adalah ada notification mengatakan Rizalman Manap sudah approve request beliau. Sejurus selepas itu, cicak yang bertomoi diatas siling jatuh headfirst kedalam air sirap tadi. Hasan Nawawi memandang kearah air sirap tersebut. Kemudian mengalih pandangan ke skrin laptop. Ada satu lagi notification mengatakan Rizalman Manap menulis di wall Hasan Nawawi.

"Hey kawan. Lama tak jumpa. apa cerita?"

Hasan Nawawi komen,

"Macam biasa je. Aku still belajar lagi. kau macam mana?"

Rizalman Manap komen balik,

"Aku dah jadi pegawai KASTAM beb, sekarang aku tengah kerja ni."

Hasan Nawawi balas balik,

"Oh yeke. dah tu macam mana kau boleh online ni?"

Rizalman Manap balas jugak,

"Aku tengah buat operasi rampas handphone seludup dari Hong Kong. Aku kebas lima Blackberry bawak balik. Ni aku online guna Blackberry la ni. Hohoho"


Hasan Nawawi mengeluh,


"Huh, kau ni Rizalman Manap, kalau dah syaitan tu syaitan lah jugak. Takkan berubah jadi tenuk peliharaan Pak Kasim Bin Haji Deraman pulak..." bisik hati kecil Hasan Nawawi.


Dia malas membalas komen Rizalman Manap kerana dia tahu borak dengan malaun ni tak bawa sebarang faedah dan ganjaran wahtsofakinever. Dia bingkas bangun, mencari penapis dalam locker beliau. Beliau tapis air sirap tadi.







"Tak baik membazir....." ujar beliau sambil mencampak jenazah cicak tadi keluar tingkap dan meneguk air sirap itu perlahan-lahan.

  
   

3 comments:

amrlaqm said...

hasan nawawi sangat pengotor.. =.='

Anonymous said...

adoi.. mkin lme mkin trok pangai ko hasan. mne la ros tu nk kat ko.

Unknown said...

hailaa hasan nawawi... mcm nda percaya aku ko p tapis lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...