Monday, December 5, 2011

Musalman Abidin, Lelaki Hebat

Musalman Abidin bukan calang lelaki. Kehebatannya sering menjadi buah mulut masyarakat setempat. Ke-true-an beliau menjadi pujaan setiap kutu di kampung-kampung. Menjadi buah mulut dara pingitan. Menjadi jelingan mak-mak dan bapak-bapak anak dara.

Di khabar kan bahawa untuk menyebut setiap kehebatan beliau, memang tak kan habis sampai 7 keturunan. Sesiapa yang tidak mengenali Musalman Abidin dikatakan sebagai orang yang baru nak hidup. Rugi serugi ruginya. Sebab dalam dunia ni, hanya wujud seorang sahaja Musalman Abidin.

Populariti beliau mengalahkan populariti Hasan Nawawi. Dan sikit lagi nak kalahkan populariti kontrobasi-kontrobasi Kerol Pahmi yang memboloskan tiga gol bila lawan dengan Bahrain beberapa hari lepas. Katanya pressure sebab gambor-gambor berseronok tak hingat dunia tersebar kat internet. Nama beliau juga sering disebut-sebut di warong kopi berselang-seli dengan nama Fakri Sharani.

Mungkin anda-anda yang hidung masih berhingus, yang baru mengenali dunia sejak pagi tadi, terkerut-kerut dahi membayangkan siapakah sebenarnya Musalman Abidin ni.

Beliau manusia yang sangat hebat. Sangat rare dan sangat true.

Beliau satu-satunya manusia yang masih mampu berdiri teguh berminggu-minggu lamanya dengan hanya duit seringgit di dalam poket. Tak lebih tak kurang.

Beliau satu-satunya manusia yang boleh lepak di kedai kopi sehari suntuk tanpa mandi pagi dan gosok gigi. Pakai seluar jean koyak yang sama sejak 2 tahun lepas tak pernah bertukar.

Beliau satu-satunya manusia yang hidup ditanggung mak bapak walaupun sudah berusia pertengahan 30-an tahun ni.

Beliau juga adalah satu-satunya manusia yang tetap tegar menyokong Liverpool walaupun pasukan itu tanpa gagal mempamerkan prestasi hambar sejak beberapa tahun yang lalu. Kehebatannya begitu mengagumkan bila dia boleh rilek pakai baju Liverpool bila tengok Malaysia lawan Bahrain dekat warong kopi Haji Masood. Telinganya sudah lali apabila setan-setan merah menganjing beliau. Jika mahu dibuat perbandingan, auranya seorang sahaja sudah boleh mengalahkan gelombang penyokong red warrior mahupun ultra malaya. Hebat bukan?


Ya, memang tak dinafikan lagi.

6 comments:

El said...

ini alter ego mana lagi kau buat ni? haha

El said...

ini alter ego mana lagi kau buat ni? haha

Anonymous said...

Aku bosan ni. hahah.. wei pe citer bola?

El said...

pukul 2 la. malas tengok..bukan ada kedai bukak. haha


nama Musalman Abidin memang lawak dohh. taktau nape. haha

semutsengal said...

aku lagi hebat !!



LALALALALALAL

Anonymous said...

oh, kalo gitu ko ptot duduk satu meja mnom kopi dgn musalman abidin.

bincangkan future korang bersama.

ok x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...