"Eh, Hamdan Khamsun! Lama tak jumpa. Kau buat apa kat sini?"
Hamdan mendiamkan diri. Mungkin malas memberi respon terhadap soalan bodoh itu
"Eh kalau dah terbaring kat katil hospital ni mesti la sakit kan? Takkan main futsal pulak. Hahaha."
Ahmad Mustaman gelak sendirian.
"Ala, kau ni sombong ek sekarang ni. Dengar cerita kau dah jadi taukey MLM sekarang ni kan?"
Hamdan masih buat-buat tak dengar. Mukanya masam seolah-olah tidak mahu memandang Ahmad Mustaman.
"Hamdan kau still marah kat aku pasal hal 10 tahun dulu ke?"
Hamdan hanya masam mencuka. Dari riak mukanya memang langsung tiada minat berbual dengan Ahmad Mustaman.
"Aku tau dulu aku dah buat hidup kau jadi sengsara. Aku rosakkan masa depan kau. Tapi...tapi aku tak berniat pun.."
Ahmad Mustaman mengambil nafas sebelum menyambung ayatnya.
"Masa kita naik pentas untuk ambil hadiah UPSR atas pentas hari tu, kau beratur depan aku. Then masa tu, kat atas pentas ada kulit tembikai yang Mael Hambali campak masa persembahan dikir barat sebelum tu..."
Ahmad Mustaman tunduk sayu.
"Lepas tu masa kau tengah terima hadiah dari guru besar, and tengah posing depan cameraman dari Berita Harian tu, aku terpijak kulit tembikai tu. Disebabkan momentum badan aku yang gempal masa tu, aku terjatuh hampir tersembam ke muka. Aku taknak muka aku yang comel tu musnah dipukul lantai pentas, so aku pun tak sengaja tarik seluar kau yang tengah berposing tu."
"....Aku mana tahu yang masa tu kau tak pakai spender."
<<<<<<<<<<<<Flashback>>>>>>>>>>>>>>
Ahmad Mustaman teringat waktu seluar Hamdan Khamsun ditarik, cameraman dari Berita Harian sedang snap gambar. Entah bagaimana, editor Harian Metro berasa tertarik. Dia membeli gambar itu dari Berita Harian, lalu dibuat berita dengan headline: "Murid Cemerlang UPSR Bogel Atas Pentas". Terpampang dimuka depan Harian Metro gambar Hamdan Khamsun memegang Award sambil tersenyum lebar seolah-olah sengaja berbogel diatas pentas.
Sejak hari itu,kehidupan Ahmad Khamsun ibarat pengorek pensel yang tumpul. Dia tidak keluar rumah, tidak berjumpa rakannya dan tidak bersekolah. Dia murung, meracau, dan dia mula ketagih main dota. Hidupnya dan masa depannya jadi gelap. Dan Ahmad Mustaman adalah orang yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku.
<<<<<<<<<<<Tamat flasback>>>>>>>>>>>
Ahmad Mustaman menunjukkan muka kesal sambil tersedu-sedu menahan air mata kerana baginya kalau dia menangis, mukanya lebih hodoh dari Dr Rozmey.
"Aku betul-betul mintak maaf Hamdan Khamsun. Kalau boleh ulang balik masa tu....aku....aku rela muka aku pecah and jadi hodoh macam Rizalman Manap. Aku....aku menyesal..."
"Takpe Ahmad Mustaman...gua maafkan lu." ujar Hamdan Khamsun sambil perlahan-perlahan menoleh kearah Ahmad Mustaman.
"Tapi gua ada satu rahsia gua nak bagitau lu. Gua pun ada buat palat jugak dengan lu dulu. Gua je tak nak bagitau." sambung Hamdan Khamsun.
"Apa dia? Takpe Hamdan Khamsun. Sebelum kau bagitahu pun aku dah maafkan dah. "
"Gua pernah masukkan taik kucing dalam air cendol lu. Sape suruh lu kedekut sangat." ujar Ahmad Khamsun sambil tersengih.
Ahmad Mustaman teringat betapa syahdunya dia melayan cendol itu dulu. Dia ingatkan Mak Limah dah tambah asam boy dalam cendol tu sebab rasa dia memang special masa tu. Tiba-tiba tekaknya loya. Lantas Ahmad Mustaman lari keluar mencari toilet.
Selesai membuang segala jenis kandungan dalam isi perutnya, Ahmad Mustaman keluar dari tandas dengan penuh lega. Dengan hati yang tabah, dia kembali ke wad 106 untuk menghadap Hamdun Khamsun.
"Ahmad Mustaman, kau buat apa kat sini? Puas aku cari kau!" panggil Aslam, kawan sepraktikalnya.
"Aku nak balik ke wad 106 la ni. Kan doktor kata aku kena jaga wad ni. " balas Ahmad Mustaman sambil menunjuk ke arah bilik wad tadi.
"Cuba kau baca balik papan tanda kat atas pintu bilik tu. " ujar Aslam.
Ahmad Mustaman memandang papan tanda itu. Dieja perkataan itu satu-persatu.
"BILIK MAYAT"
Ahmad Mustaman terus demam selama tiga minggu.
Hamdan Khamsun aktif bermain MLM. Beliau sangat rakus untuk jadi kaya sehingga meminjam dari along. Hingga satu hari, dia ditipu oleh syarikat MLM itu dan duitnya hilang begitu sahaja. Beliau terkejut beruk tahap kritikal sehingga mendapat sakit jantung dan mati pada hari sebelum Ahmad Mustaman start praktikal.
Moral of the story:
- Jangan join MLM especially dari scammers yang berlambak kat internet.
- Jangan tarik seluar orang sesuka hati.
- Jadilah insan yang berguna.
9 comments:
kahkahkah tak boleh blah . haha buat dila sakit perut je memalam ni . adeii .
Haha gila, lawak pe :P
macam mana rasanya cendol + taik kucing ye.... =='
oooo..chegitu citenye.. *angguk angguk :P
ehh?
saddila: dila gelak ikut mulut ke ikut perut? confius ni
orkid: cuba bagtau part mana yg lawak ni? bukan ke ini cerita seram?
aqiim: aku pun taktau. mungkin rasa macam cendol jugak kot.
bukan retis: camtu je ceritanya. nak lagi best sambung sendiri. haha
ungu: oh?
erkk mangkuk tol la^^
terbaek dari abah segala ladang cerita kau ni .. =)
el-janna: eh asal nama kita dekat sama je. jom date!
izyan kaher: jom ikut kitorang pegi date!
Post a Comment