Monday, November 21, 2011

Liverpool menang kat Stamford Bridge? itu perkara biasa....

Post ni ditujukan pada Niki Razali yang tak dapat tengok match semalam. Rugi kau...

Ye aku tau ini bukan blog pasal bola. Ini bukan Sokernet atau Soccerleaks mahupun Socrates. Tapi disebabkan Aku and Niki Razali fan tegar Liverpool, aku nak post jugak. Ah tak kira, tak kira tak kira!

Walaupun semalam aku demam and hujan kaw-kaw, tapi dengan semangat dan jati diri yang tinggi aku redah hujan tu untuk lepak kedai makan hujung. Ada beberapa kali aku hampir termuntah. Tak tak, bukan sebab tengok muka Ramirez Chelsea yang hodoh sangat tu, tapi sebab demam la derr.

Apahal muka gua pulak kena?

Semalam Liverpool turunkan player yang favourite aku. Bellamy and Maxi main starting. And Chelsea tak masukkan Torres sebagai starter sebab dia tau mamat pondan tu bukan boleh harap pun. Meireless yang baru join Torres blah dari Liverpool pun tak dapat sumbang apa-apa.

Liverpool dah tak main ball possesion sebab sebelum ni main possesion tak pernah nak dapat goal. Semalam King Kenny gunakan Maxi, player yang score 7 gol dalam 3 match season lepas untuk ganti Downing yang asyik rembat tiang. Dia juga gunakan Kuyt untuk lebih banyak main counter attack. Suarez sangat tak menjadi malam tadi, tapi gol Maxi tu pun hasil sumbangan dia and Craig Bellamy. Man of the match of course lah Glenn Johnson yang tak pernah semput lari naik atas and score secara solo lepas mengayamkan Ashley Cole and buat defender lain tercengang dengan dribble skill dia.

Chelsea main macam bangang tahap sederhana. Bak kata orang, kalau dah sayur tu sayur lah jugak kan. Bahagian midfield Chelsea macam takde player langsung, semua rakus nak pergi attack, even defender pun tinggal Terry sorang je yang defend, yang lain semua naik atas. Tau la Drogba tu main cam siput, jangan la sampai semua player kau nak buat jadi striker.


5 Favourite player aku semalam and rating:

Martin Skrtel (8.0): Aku puji Martin Skrtel sebab defensive instinct dia malam tadi memang tip-top. Agger agak berangan sikit semalam, tapi Skrtel selalu on time untuk cover.

Craig Bellamy (7.5): Mamat ni walaupun dah tua and badan dia buncit macam pak cik, tapi dia ada pace and idea yang high class. Rajin buat tukar position dengan Maxi Kuyt, and passing yang bahaya, and dia assist untuk gol Maxi yang bijak cari ruang.

Pepe Reina (8.0): Percayalah, gol keeper spanish ni ada gam kat glove dia sebab tangkapan dia kaw-kaw kemas, and mata and otak dia laju untuk tepis bola. Kalau bukan sebab dia maybe Chelsea dah dapat 3 gol. No doubt kenapa dia jadi kapten.

Glen Johnsson (9.0): Di masa Glenn Johnson tengah top form, inilah padahnya. Walaupun dia main right defender, dia lebih banyak attack dari Suarez yang main macam celaka malam tadi. Skill dribble dia malam tadi memang mengundang sorakan, and kelajuan dia boleh kalah motor EX5 Aqiim. Gol dia yang guna kaki kiri sangat cool sampai buat Peter Cech and John Terry nampak macam noob, terbaring depan gol.

Dia bukan saje kuat bertwitter, tapi main pun power rupanya.


Glen Johnson and Suarez Jongang


Juan Mata (7.5): Player spanish yang dihasut Torres untuk masuk Chelsea ni bukan calang-calang budak. Cross and passing dia sangat bahaya.

Ok itu saje. Sila teruskan merapu di entry yang lain.

2 comments:

Niki Razali said...

aku ader test ok. grrrrr.
tp aku pegi test pki jersey liverpool.. hakhakhak! hebat x?

El said...

hebat2. baju liverpool yg au tempah tak dapat lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...