Monday, November 21, 2011

Tips membela Jin secara sistematik



  1. Pergi kedai haiwan peliharaan eksotik, tanya tauke tu ada jual jin tak. Kalau dia kata takde, lu keluar balik sambil maki hamun kedai dia.
  2. Mintak botol kaca dari kedai warung Che Mat. Botol kicap and botol air mineral Keluargaku tak dibenarkan.
  3. Pergi cari busut semut yang tinggi dalam hutan atau kebun getah. Kemungkinan ada jin berada disitu yang sedang mengira jumlah semut.
  4. Panggil jin tu suruh keluar dari busut tu. Ugut dia nak sembur Ridsect kat semut-semut tu. 
  5. Kalau tak jadi jugak lu ambik gambar jin tu pastu ugut dia nak upload gambar kat facebook.
  6. Kalau tak jadi jugak, pujuk jin tu dengan kalkulator. Untuk apa? Bagi dia senang sikitla nak kira semut tu. Dalam hal-hal jin ni, lu kena jadi kreatif sikit.
  7. Bila dia dah masuk dalam botol tu lu tutup rapat-rapat and simpan di tempat kering and bagi pencahayaan yang cukup.
  8. Kalau lu taktau macam mana cara menjaga and membela jin, lu boleh google tutorial dia. Dalam blog Cik Yana pun ada kot. Cuba check.
  9. Cuba train Jin tu hari-hari supaya dengar kata. Kalau tak pandai train lu boleh hantar jin tu ke Celebrity Fitness. Kat sana ada ramai trainer.
  10. Suruh lu punya Jin pergi sekolah and belajar rajin-rajin.
  11. Bila lu punya jin dah dengar kata and dah pandai, lu boleh suruh beliau buatkan assignment, jawabkan test and pergi kelas. Senang cite semua benda yang lu tak suka buat, lu suruh dia buatkan. Atau lebih senang cerita, kasi dia jadi manusia, lu pulak jadi jin.

Oraiit chow.


Adakah anda rasa tips ini membantu? Untuk tips yang lebih lanjut, sila layari www.lumautauapa.com
Sebarang kemusykilan boleh diajukan pada www.lubanyaktanyalumati.com.
  
  

1 comment:

ZURAINI said...

bajet mcm crite how to train ur dragon lah ni? heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...