Sunday, November 27, 2011

Sambungan cerita Cik Ungu





Aku suka entry Kak Ungu about awek yang berpura-pura minat bola tu. Sebab aku selalu gak nampak awek-awek sengal macam tu. One of them, masa sem lepas, Chelsea lawan Everton dalam FA Cup. Ada sorang awek lepak dengan balak dia tengok match. Kat kafe tu mulut dia paling bising bersorak. Seolah-olah dia seorang Ultras. Asal shoot je dia sorak, asal shoot je dia jerit. Orang lain tak kisah mana, sebab FA Cup je pun, bukanlah Premier League.


Aku tak taulah dia minat team mana. Sebab dia tak pakai jersy apa-apa. Lebih confius, bila Chelsea attack, dia sorak, bila Everton attack pun dia sorak. Aku rasa dia just minat player mana yang hensem kot. Pakwe dia sebelah buat muka rilek je. Tak bersorak pun. Tetiba Leon Osman winger Everton kasi bola cantik pada Tim Cahill, tapi Tim Cahill biarkan bola tu sebab dia offside. Minah tu pulak bising, "Apahal tak kejar bola tu? Pemalas la kau!!"




Satu cafe pandang slack kat minah ni.


Bila hampir nak full time, Everton dapat cari equaliser. So, sekarang 1-1. Now, bagi yang betul-betul tahu pasal bola, FA Cup adalah match kalah mati. Bukan sape kalah dia mati, tapi match dia cuma sekali je untuk lawan setiap team. So, bila draw, akan ada masa tambahan.

Bila dah 93 minit, referee tiup wisel. Then minah ni mengeluh pulak. 'Adui, seri la pulak.' Dia terus amik barang dia, dah siap nak balik, before pakwe dia bagitau ada extra time.

Adoi laa....


2 comments:

cik ungu said...

ni apsal letak gambar aku ni..???


*lalalaa..~

Aqiim said...

HAHAHA hape daa~ =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...