Dalam drama:
Daniel: Awak tahu tak? Saya cintakan awak...
Amilia: Saya pun cintakan awak. Lebih dari segalanya tau...
Dalam realiti:
Samsul: Awak tahu tak saya cintakan awak...
Amilia: K.
Kisah ibu malang
Dalam drama:
Anis: Mulai hari ni mak boleh berambus dari rumah Anis!
Ibu: Kenapa Anis buat macam ni kat mak nak...apa dosa mak pada Anis..? Tolong jangan halau mak..
Dalam realiti:
Siti: Mak, lusa Siti outstation. Siti hantar mak pergi rumah Kak Long sementara ea?
Mak: Engkau nak menghalau aku ye Siti? Anak derhaka! Dari kecik mak bela kau baik-baik, INI BALASAN KAU?
Kisah penyiasatan
Dalam drama:
Detektif: Tuan, kami dah dapat maklumat tentang markas sindiket dadah tu. Dan dipercayai Rosman Ketot adalah dalangnya tuan!
Inspektor: Bagus. Tindakan yang cekap detektif Tajul!
Dalam realiti:
Detektif: Tuan, rasanya saya dah boleh agak kat mana tempat diorang lepak buat dadah ni. Sebab hari tu saya terserempak dengan Rosman Ketot kat traffic light around jalan Bangsar. Alaa yang kat tepi kedai kuih lapis Sarawak tu...
Inspektor: Oh yeke? Eh kuih lapis Sarawak? Sedap tu.
Kisah isteri curang
Dalam drama:
Harun: Nah, dalam sampul ni ada bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Tengok betul-betul!
Azman: Tak mungkin....Salina....kenapa....?
Dalam realiti:
Harun: Aku dah emailkan bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Kau tengok betul-betul!
Azman: Kejap aku check. Aduyai, internet slow la. Ish. Hang la pulak. Ni apahal keluar tanda seru pulak ni? Dia kata untuk buka gambar ni aku kena download extension. Ni apa keluar gambar gajah ni? Arghh...
Abang, sebelum abang mati, semua harta abang tu abang wasiatkan kat saya ye? |
1 comment:
wakakaka terbaik terbaik :)
Post a Comment