Hari ni abang Sudin cuba jawab satu je soalan dari pengadu. Yang selebihnya nanti abang ikhtiarkan untuk cuba jawab ye?
Amri Solihin
Klang, Selangor.
Abang Sudin, saya Amri, pekerja disebuah syarikat swasta. Saya dah lama mendidih dengan bos saya. Dah lima tahun saya kerja, sekali pun bonus tak pernah dapat. Cuti annual pun tak ada. Naik pangkat apa lagi? Lepas tu setiap hari dia akan perhatikan gerak geri saya untuk cari kesalahan saya. Cuba abang Sudin tolong saya macam mana nak lepas kan diri dari bos saya ni.
Berat juga masalah kau ni Amri. Tapi memandangkan kau ni seorang lelaki, abang akan cuba jawab dengan seringkas mungkin. Sekarang abang nak tanya, betul ke kau mendidih? Kalau ye, kau kena kira berapa takat didih diri kau. Abang belum jumpa lagi dalam belakang buku teks Fizik adik abang takat didih manusia berapa. Kalau dah kira, kau kena tolak dengan sembilan puluh lapan kuasa dua, lepas tu darab dengan lima ratus tiga puluh tandan pisang. Kalau dapat jawapannya bagitau abang.
Secondly, masalah kau tak naik pangkat ni susah sikit. Sebab biasanya orang jumpa abang sebab masalah diorang selalu sangat naik pangkat. Kadang-kadang memang hobi bos dia suka naikkan pangkat orang sesuka hati. Jadi abang yang tolong ajar macam mana nak turun pangkat. So macam nilah, cuba kau suruh bos kau naikkan pangkat kau, lepas tu baru jumpa abang untuk turunkan semula pangkat kau.
Masalah ketiga kau ni tak berat sangat. Kau kata bos kau suka perhatikan gerak geri kau kan? Mudah saje. Kau jangan bergerak selama sehari. Kalau boleh seminggu, sampailah bos kau bosan dan malas nak tengok gerak-geri kau. Mungkin dia akan beralih arah tengok Gerak Khas pula.
2 comments:
sabar ye abg sudin...mgkin bnyk hikmah.....
yg benar,
(Najwo Letup)
abang sudin iteww sukewww awokk tulis lewww.hha
*sje je tulis cmni
Post a Comment