Friday, April 13, 2012

Soaljawab bersama Abang Sudin

Aina

Abang Sudin, saya remaja 20 tahun, sekarang masih belajar di universiti tempatan. saya mengambil kursus Perubatan atas arahan ibu bapa. Namun jauh dari sudut hati saya, mahu belajar bidang perniagaan. Tapi sekarang saya sudah berada di tahun 2. Sempat kah saya berpatah balik?




Abang Sudin

Abang faham perasaan adik. Dulu masa abang belajar pun abang ada jugak teringin nak belajar bidang tarian. Tapi mak abang hantar sekolah pondok. Macam ni lah, abang rasa adik tak payah belajar medic atau business, tapi adik ambiklah bidang Sastera. Abang tengok ayat adik pun abang rasa macam baca buku teks Kajian Tempatan je. Tentang adik perlu patah balik atau tak itu bergantung wether ada atau tak papan tanda U turn depan adik. Kalau tak ada signboard U turn jangan suka-suka nak patah balik. Nanti patah pulak leher adik orang lain kerjakan.



Ismawi Hamdan

Abang Sudin. Aku nak mintak pandangan kau pasal awek aku. Kitorang baru je kapel minggu lepas. Tapi dia ni demand sangat. Minggu lepas aku dah belikan dia baju harga dua ratus. Semalam dia suruh aku belikan rantai. Hari ni pulak dia suruh aku belikan Blackberry sebab iPad dia yang aku bagi dua hari lepas hilang. Dia kata kalau aku tak belikan dia ugut nak cari jantan lain. Apa aku nak buat?


 
Abang Sudin

Masalah kau ni tak lah berat sangat. Abang dulu masa couple dengan Fasha Sandha pun lebih kurang macam tu jugak. Setiap minggu abang belanja makan kat hotel 5 bintang. Lepas tu dia makan tak habis. Minum pun seteguk je. Dia kata terbawak-bawak dengan drama melayu yang makan minum tak habis, lepas tu tinggal je. Dia tak tahu sekeping steak yang dia cubit sikit tu harga sampai tiga ratus. Eee benci betul abang bila teringat balik Fasha Sandha ni. Kau tanya apa tadi? Aku pun dah lupa.



Wawa

AbAm Sudin!! Arie tEw kan, titEw nampAk sorAng guy tu dalAm fAcebOOk, c0mEyyy gilERR! MacAm artiS K-pOp taww! Kita na kApel nAn die. tApi dia maCam combOnk jeww. titEw chAt nAn diye tApi diye ta bAlaS pOwn. CemAnew titEw na bwAt?





 
Sudin

Ya allah dik. Masuk yang tadi dah lapan kali abang ulang alik pergi klinik sebab pengsan baca ayat adik tu. Ini pun abam-abam paramedik dah standby tepi takut abang koma pulak. Macam ni lah adik. Abang rasa adik kena cabut button CTRL kat laptop tu lepas tu campak dalam kolam, bagi ikan haruan makan. Ini adik guna laptop percuma 1Malaysia Uncle Najib bagi ye? Abang rasa baik adik campak sekali laptop tu dalam kolam. Jangan main facebook, twitter, blog atau apa-apa social network sebab adik nampak bangang kalau adik main semua tu. Boleh tak? Kalau rasa tak boleh, adik ikut lah laptop adik tu terjun sekali masuk kolam ok?



   

5 comments:

amrlaqm said...

hai abang sudin!

Ainnnn said...

hha.aptb

El said...

haha

Anonymous said...

abang sudin? pokemon mne ni?

Mr. Sudin said...

abang pokemon jenis air :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...