Thursday, April 26, 2012

Pahlawan Boroi Masuk Meminang


Hai semua.

Ah. Lama sungguh rasanya hamba tidak meringankan jari untuk menaip di belog mangkuk ini. Arakian, setelah sepurnama hamba mengembara nun jauh ke negeri pasir berdengung, akhirnya kini hamba kembali ke bumi melayu yang dicintai ini. Hamba kembali berpijak di bumi yang nyata ini. Sungguh rindu pada tuan hamba semua.

Eh? Pahlawan mangkuk dah bertambah rupanya. Ah, hamba tak perasan. Maafkan hamba. Apa khabar saudara atan? Semoga sihat lah hendaknya. Semoga tuan hamba akan terus berjuang untuk menjadikan belog ini sebagai belog paling popular dalam Malaysia TANPA PERLU BUAT CONTEST TAMBAH FOLLOWER. Oh, maaf sekiranya ada yang terasa dengan kata-kata hamba ini. Sepuluh jari hamba susun lalu disumbat ke dalam punggung kawan tanda memohon maaf kasih dan sayang.

Abang Sudin? Melihat pada gaya Abang Sudin menulis, sepertinya hamba kenal dengan makhluk ini. Ah, tak mengapa lah. Apa yang penting, tuan hamba semua akan terus bersama-sama dengan el dan rakan-rakan untuk menjadikan belog ini sebagai belog paling popular dalam Malaysia TANPA PERLU BUAT CONTEST TAMBAH FOLLOWER. Oh, hamba tersasul lagi. Maafkan hamba wahai sayang.

Baiklah, hamba ingin meneruskan perjalanan. Hamba ingin terus mengembara bagi mencari bakal permaisuri hamba. Sesunggguhnnya hamba ini adalah sang arjuna yang mencari cinta sejati namun masih belum ditemui sehingga kini yang ada hanyalah tapak kaki berserta sekeping plastik choki-choki.

hamba sedang beraksi.

5 comments:

Dua Qurun said...

hai aqim..!(lambai2 tgn)


nyanyi satu lagu bleh?

amrlaqm said...

hai atan! (korek2 hidung)


lagu?
engko ingat aku ni najwa latip ke nak nyanyi2? =.=

Dua Qurun said...

abih,muke mcm najwa latip jer....

amrlaqm said...

arghhh lantak engko lah atan.. malas aku nk layan.. hahaha

Dua Qurun said...

haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...