"Tapi Siti, abang dah tak ada pilihan lain..." jawab Sulaiman Bakri sambil perlahan-lahan mengeluarkan choki-choki dari kocek seluar slacknya. Digigit hujungnya dan dipicit hingga keluar coklat, lantas dimasukkan kedalam mulut.
"Ah, semua lelaki sama je!! Benci tau? Benci benci benci benci!!!" Siti semakin meninggikan suara tanda protes.
"Kata lah apa Siti nak kata, abang Man dah nekad. Abang dah buat keputusan sebaik-baiknya untuk masa depan abang..." kata Sulaiman Bakri tenang. Choki-choki tadi dicampak kedalam parit kerana rupa-rupanya ia sudah melepasi expired date. Baunya hampir seolah-olah bau stokin sekolah adik lelakinya Misnain Bakri.
"Abang Man sanggup tinggalkan Siti sebab cita-cita abang tu? Sampai hati!!" Siti berlari lagi ke pokok manggis berhampiran dan buat posing yang sama.
"Siti kena faham, ini je pilihan yang abang ada. Dengan cara ni je abang boleh kejar cita-cita abang sebagai seorang rockers yang berjaya. Nak harapkan kerja menyanyi kat warung Haji Ismail kedekut tu? Puihhh! Lapan tahun kerja pun belum tentu abang boleh buat album tahu?" ujar Sulaiman Bakri. Kahak yang diludahnya tadi terlekat dibaju t-shirtnya yang berlambang tengkorak. Dikibas-kibas bajunya sehingga kahaknya jatuh ke sarang semut dibawah. Entah apa yang dimaki semut itu agaknya...
"Tapi abang Man, Siti tak rasa apa yang abang Man pilih ni sesuai untuk abang Man...terus terang Siti cakap. Siti rasa keputusan abang Man ni salah! " balas Siti sambil perlahan-lahan beralih ke pokok langsat disebelah.
"Apa maksud Siti tak sesuai? Ni, nampak ni?? Baju Metallica. Ni, apa? Spect Ray Ban. Seluar jeans abang Man ni, ingat masa abang Man beli memang dah siap koyak kat lutut ke? Abang Man dah sehabis rock dah ni, apa maksud Siti abang Man tak sesuai hah? Cuba cakap sikit!" kini giliran Sulaiman Bakri pula naik angin. Dia pantang bila jiwa rocknya dicabar.
"Itulah maksud Siti. Abang Man ni memang rock, pakai baju tengkorak, kasut ada paku, rambut macam slash, pakai Ray Ban pasar malam sepuluh ringgit, tapi....tapi...."
"Tapi apa??" bentak Sulaiman Bakri.
"Tapi pertandingan yang abang Man masuk ni Masterchef!!! Abang Man mana tahu masak!! Masak megi pun abang Man letak gula merah, setan mana pulak tiba-tiba ajar abang suruh masuk Masterchef hahhh??" bentak Siti dengan nada marah yang amat. Dia terus beredar meninggalkan Sulaiman Bakri, tidak tahan dengan kebodohan pakwenya itu. Balik rumah tengok cerita Geng Bas Sekolah lebih menarik katanya.
"Eh, Masterchef tu bukan Battle of the Band ke?" bisik hati kecil Sulaiman Bakri.
No comments:
Post a Comment