Saturday, March 10, 2012

Hikayat Laksamana Awang Nawawi.



Laksamana Awang Nawawi adalah bapak kepada atuk kepada moyang kepada monyet moyang Hasan Nawawi. Beliau seorang pahlawan dan pendekar yang unggul pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Masa ni Portugis belum menjajah Melaka lagi. Masa ni mereka juga masih belum pandai bermain bola sepak. Christiano Ronaldo juga masih belum lahir. Roberto Carlos, Rasyid Sidek, Osman Kering, Faizal Tahir serta Dr Rozmey pun masih belum lahir lagi waktu ini.


Sifat Laksamana Awang Nawawi jauh berbeza dengan cicit pada cicit pada cicitnya Hasan Nawawi. Beliau berani, kuat, hebat, tangkas menangkap keris terbang, handal mengelak anak panah dan juga macho bermisai tebal. Tapi pada suatu petang yang dingin, beliau bakal mempunyai nasib yang sama dengan cicit kepada cicit kepada cicitnya Hasan Nawawi. Laksamana Awang Nawawi tiba diperkarangan rumah Siti Rokiah binti Salehuddin Ayub. Terlihat gadis sunti itu sedang khusyuk menjemur baju. Laksamana Awang Nawawi menegur,


"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing terbang der,
Dua tiga boleh kucari, hai, sorang je ker?"

Tegur Laksamana Awang Nawawi dengan nada pantun.

"Gunung Daik bercabang tiga, ambil galah tolong jolokkan,
Eh, ini laksamana Awang Nawawi kan?" 

Balas Siti Rokiah selepas 10 minit membelek kamus untuk mencari perkataan yang sama rhyme.

"Dalam perigi ada lembu, 
Eh macam mana saudari tahu?" Balas Laksamana Awang Nawawi kehairanan.

"Dalam perigi ada haruan, dalam haruan ada perigi,
Siapa tak kenal Si Awang Pahlawan, hebat dan kacak tidak terperi.. hik hik hik." Balas Siti Rokiah Salehuddin Ayub sambil ketawa tersipu-sipu.

Jantung laksamana Awang Nawawi berdegup kencang. Dia berasa teruja kerana Siti Rokiah mengenalinya. Beliau menjadi tersipu-sipu malu apabila tegurannya mendapat respon. Mahu saja dia menyanyi lagu Cinta Muka Buku kerana terlampau excited dengan jawapan Siti Rokiah binti Salehudin Ayub itu.



To be continued...(kalau rajinlah)


   

     


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...