Saturday, March 17, 2012

Beza antara orang lurus bendul dan orang bijak.


Si bangang reader said....
Menurut pembacaan saya:
1)John Lennon = pengikut Mr. Crowley = pengikut Illuminati.
2)And the world will be as one = new world order = ajaran kitab Talmud(zionis) = perjuangan kumpulan Illuminati = menghancurkan agama suci islam.

Sekian.





Author Teh Tarik Gelas Besar said...


"nampak sangat anda tak pernah membaca tentang illuminati.

Illuminati adalah sekumpulan golongan saintis yang ditentang golongan agama.Saintis ini dimulai oleh Nicholas Copernicus yang mengatakan bumi mengelilingi matahari - tapi ditentang oleh gereja Roman Catholic.

Gereja Roman Catholic ini mengatakan Illuminati - atau dalam bahasa Latin "pencerahan" ini sebagai sesat - kerana mereka cuba menafikan apa yang ditulis oleh Bible.

Persoalannya sekarang - apakah budaya pencarian maklumat perlu dihentikan semata-mata kerana penulisan orang yang terdahulu?Sila baca topik "Menulis Bukan Kerana Nama" saya.

Pendirian saya - jika anda tidak mahu "the world to live as one" - atau menentang "satu bangsa manusia" - bermakna anda rela melihat manusia berperang kerana berbeza agama,bangsa atau warna kulit.

Saya lebih rela melihat "the world to live as one" daripada berperang dan berbunuhan kerana agama.

Yang menghancurkan agama Islam adalah orang yang menganutnya sendiri - jika mereka salah mengintrepretasi apa yang agama tuntut."

"Viewer blogger ni,ada yang Islam,ada yang Kristian,ada yang Buddha,yang atheist,yang anti-cleric,yang freethinker - semua ada.Kita boleh bercakap mengikut kefahaman kita - tapi kita tak boleh nak mendiskrimikasi ajaran orang lain macam contoh "kitab Talmud Yahudi nak hancurkan agama Islam".Dan Yahudi bukanlah agama.Yahudi adalah bangsa.Tu yang perlu umat manusia faham."



Si lurus bendul ni sama macam bendul pintu. Lurus, pegun and ikut je apa yang dia baca and apa yang orang bagitahu. Then terima benda tu bulat-bulat, biarkan otak diorang dikurung dengan teori sendiri.

Si bijak tahu, faham, pandai berfikir dan boleh beza apa betul apa tak, apa yang logic apa yang exaggerate, and lebih bersandar pada fakta dan common sense. 

Knowledge dengan intelligence pun ada beza. Knowledge itu apa-apa information whether betul atau palsu, asalkan masuk dan diserap kepala otak kau, itu knowledge.

Intelligence pulak kebolehan menapis dan menganalisis apa-apa information dah dibaca atau didengar. Then memisahkan apa yang betul dan apa yang palsu, apa yang baik and apa yang buruk. 


Pilih la nak jadi orang yang mana satu.




p/s: Aku respect brader Nami sebab tiga benda: Dia hebat. Dia bijak. Dan dia fan Liverpool. Itu yang penting. Hiew hiew


  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...