Wednesday, March 28, 2012

gangster

dulu dulu aku selalu kena buli. aku tak paham kenapa, dengan tudung lipat rapat ke dalam, baju sekolah labuh, kasut guna kasut spark yang aku rasa masa tuh aku aaa yang paling cool.

pastu, bila time gi makan, mesti ada orang tumpahkan sos kat baju. aku mampu buat muka redha jek. sebab aku tak tahu siapa, yelah. ramai ramai masa tu mana sempat nak cam muka.

tetiba "weh Fitri (bukan nama sebenar), ko dah tumpahkan sos ke belum kat baju Amalina?", aku terdengar perbualan budak sekor ni entah aku pun tak hengat nama dia.

aku pun yarrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! aku serang si Fitri. aku tarik baju dia. koyak. butang tercabut 2 3. masa tuh aku rasa aku macam superwoman. kahkah.

yang si budak aku tak ingat nama? ha aku buat belakang tabir jek. aku koyakkan buku dia. huahuahua

4 comments:

El said...

ini bukan gangster, ini mental namanya

Peah bukan nama sebenar said...

gangster la pasal aku koyakkan baju dia, ke tak gangster lagi?

cik ungu said...

gangster tak koyak baju. itu emo.

gangster kena cool sikit.


mungkin kau kena jerut kolar baju dia sebagai ugutan berkarisma.

E F F said...

lu mandi dia dengan sos terus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...