Friday, March 2, 2012

Wajah authors MTB masa kecil

Niki Razali


Niki masa kecik style rambut dia ikut nama surat beranak dia, Syakira. Rambut kerinting, tembam and kuat makan. Masa ni semua orang nak nampak Niki rasa nak cubit-cubit je pipi dia, tapi sekarang dia cuma d'phewitt' jejaka-jejaka saja. Boleh undang maut bagi sape yang nak cubit pipi dia. 


Amirul Aqiim



Macam aku cakap dalam entry lepas, Aqiim memang kuat tido. Dan perangai kuat tido tu bukan tabiat baru sebenarnya. In fact, kalau tengok gambar IC dia pun dia tengah tido. Bertuah punya budak. Well, dari segi rupa dia memang tak ada yang berubah, masih hensem dan kacak, bergaya, mutu dan keunggulan. Tido pun ada gaya beb.

Cik ungu



Cik ungu masa kecik, sama macam sekarang. Gangster dan brutal. Tengah makan pun buat muka gangster so that orang lain tak berani nak curi makanan dia. Masa ni keayuan dia belum menjelma lagi. Kak Farah masa ni kuat makan. Bukan saje nasi, nestum atau biskut je. Kalau bagi pinggan pun dia boleh telan sekali.


Peah


Masa ni favourite Peah bukan roti bun. Tapi aiskrim coklat di luar vanilla didalam. Masa kecik Peah ni demand sikit, aiskrim patah atau aiskrim asam boi tu dia taknak. Tak standard and tak London katanya. Muka Peah juga hampir tak berubah, cuma masa ni rambut dia blonde. Maklumlah, nak London punya pasal.


El


Mungkin kau akan surprise dengan kecomelan aku masa kecik dulu.





































Oh ye, masa sekolah dulu orang panggil aku toyol.
Terima kasih


      

3 comments:

Aqiim said...

aku cuba untuk tak gelak.
aku cuba. aku cuba.

Niki Razali said...

nasib baik aku nmpk comel dlm ni.

kalau tak 3 hari 3 mlm aku merungut.

El said...

nasib baik kau tak merungut. eh, aku nampak profile pic baru kau pakai hana tajima? kelas kau jahh. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...