1.Mengikut kajian dan beberapa eksperiment yang dilakukan oleh saintis, campuran mentos dan pepsi sebenarnya tidak mampu menghasilkan koko crunch.
2. Tok mudim adalah orang yang bertanggungjawab mengkhatankan budak lelaki, dan beliau tiada kena mengena dengan perjuangan tok janggut.
3. Jika serbuk milo ditaburkan secara rata diatas milo ais ia dipanggil milo ais tabur dan bukannya Jus mengkudu.
4. Setelah diselidik dengan teliti, perodua kancil edisi pertama sebenarnya adalah sejenis kenderaan bermotor dan bukanlah sejenis perkakas alat tulis seperti yang didakwa sebelum ini.
5. Kerajaan telah mengharamkan mana-mana sekolah menerima pelajar yang asalnya dari spesis memerang.
6. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan ialah Neil Armstrong dan bukan Lee Chong Wei.
7. Air yang dicincang tidak akan putus. Namun jika anda mencincang paip air jiran, nescaya bekalan air beliau akan putus, dan kepala anda diputuskan.
8. Setelah FIFA melakukan perbincangan yang telus, pengadil perlu membaling syiling utk menentukan pasukan yang melakukan sepakmula, dan bukan membaling Tv plasma seperti yang dicadangkan.
9. Setakat ini hanya 8 planet yang disahkan berada di sistem solar. Cadangan para saintis utk menyertakan Planet of the Apes, Planet Hollywood dan Planet Namek sebagai planet baru telah ditolak bulat-bulat.
10. Saintis pemakanan mendakwa, jika roti dibiarkan semalaman di tempat yang gelap, roti itu tidak akan mengalami sebarang perasaan sunyi dan kemurungan.
No comments:
Post a Comment