Sunday, December 25, 2011

Apa Maksud Sebenar Perempuan Bila Reply SMS?


Bismillah


Dari entri Yang Telus Tentang Perempuan haritu, ada blogger request satu masalah untuk aku kupas.
Sengaja aku guna perkataan 'kupas' untuk menimbulkan feeling penceramah motivasi yang buat kerja part-time sebagai hos rancangan pendidikan.

Tapi tolong ya.
Apa yang aku kupas-lah-sangatt ni adalah pendapat personal aku dan dari pemerhatian. Aku selalu jadi tempat member bercerita, menangis, tak kira lelaki atau perempuan. 
Ikutkan hati aku memang nak mintak bayaran sebab kadang-kadang telinga aku ni bernanah bila dengar cerita-cerita jual-diri-bajet-kau-hot-sangat tu. Tapi takpelah,kan. Ikhlas konon.

Jadi kupasan-lah-sangatt aku ni mungkin tepat dan mungkin tak.


Aku dengan rakusnya telah menerima soalan duniawi oleh inchek Sepul, iaitu ...



Dan aku telah berjanji pula, iaitu ...


Sekarang padan muka aku sebab kena jawab soalan duniawi camni.
Tapi aku memang suka benda duniawi pun kan?
Astaghfirullah...

Ok. Anggaplah ini satu ilmu di kala perlu ya. Aku cuba terangkan secara detail.
Aku umpamakan perempuan yang nak dimengorat sebagai Senah, dan lelaki sebagai Sidek.


Pertama-tamanya, Sidek kena tau diri Senah tu macamana.
Direct? Fun? Malu-malu-tahik-tenuk? Islamik? Sempoi? Sempoi tapi islamik? Berkias-kias?

Sebab lain perempuan, lain terjemahannya. Kalau Sidek ajak kuar dating dan dapat jawapan;

a) emm tak dapat la. Aku ade hal.

Perhatikan struktur ayat. Besar kemungkinan Senah nak kuar tapi dia memang ada hal. Selalunya perkataan 'emm..' tu menunjukkan macam dia nak tapi tak boleh. Macam tengah berfikir. Tapi harus diingat, ini kalau Sidek baik dengan Senah.

Andai kata Sidek tak rapat mana dengan Senah. Kawan biasa je. Sila anggap jawapan itu sebagai alasan sebab dia memang taknak keluar dengan kau, Sidek. 

Dan kalau Senah tu dah ada Roslan (boyfriend kononnya~), jawapan tu adalah untuk menjaga hubungan dengan Roslan dan dalam masa yang sama nak menjaga hati kawan (Sidek). Nak cakap 'tanak ah!gi mampus la kau!' tu macam kasar sangat kan, so Senah cenderung untuk berkias supaya Sidek tak terasa hati sangat. Senah yang macamni jenis asyik fikir nak jaga hati orang je.


Ok? Clear dengan jawapan a?


Sekarang, kalau Senah bagi jawapan;

b) Eh! yeke? Bila? Tapi kite tak kompom lagi. Sekarang byk keje. Nanti kite kompomkan.

Peratusan tinggi adalah jawapan ini memang seperti yang ditulis. Senah memang nak pergi tapi tak confirm. 

Kalau Senah ni tak ada Roslan tapi dia nak kuar ngan Sidek, die memang akan jawab macamni. Tapi kalau Senah ada Roslan, kena tengok pula Senah tu macamana.

Kalau Senah jenis friendly tapi setia, jawapan macamni menuntut Sidek untuk tak keluar berdua. Kena ramai-ramai. Kalau Senah jenis friendly dan sosial walaupun ada Roslan, besar kemungkinan jawapan ini juga jujur.


Faham?
Kalau tak faham sila angkat tangan ya.


Dan kalau Senah bagi jawapan;

c) TANAK!

99% jujur. Perempuan akan cenderung bagi jawapan seketul bulat-bulat macamni antara tiga sebab;

1- Senah dan Sidek kawan rapat, dua-dua sempoi, dua-dua suka gurau. Maka jawapan macamni tak payah nak ambil hati sangatlah.

2- Senah dan Sidek tak rapat mana. Sidek je syok lebih-lebih. Tapi Senah tetap akan bagi jawapan macamni sebab Sidek itu kawan. So consider jawapan macamni sebagai gurau-gurau jugak, tapi memang betul-betul taknak.

3- Senah benci Sidek. Berambus kauuu!



Kesimpulannya, lain orang ada lain karektor. Dan karektor pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej korang lelaki-lelaki. Karektor lelaki dan hubungan antara dua-dua pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej. Termasuklah persekitaran perempuan tu waktu reply komen tu.

Bila dah ambil kira semua aspek, baru boleh nak fikir 'kenapa dia reply macamni' atau 'apa maksud dia cakap macamtu'. Contohnya. Twitter aku sekarang aku describe diri aku sebagai 'janda anak tujuh'. Kalau korang tak kenal aku, korang memang akan ingat aku janda anak tujuh. Tapi sebenarnya aku Mulan Jameelah.

Faham?

Apsal buat muka macam batu nesan tu?
Shetooonnnnnnnnn!!





16 comments:

~pP_guSi~ said...

hohoho btul2..

1 perempuan mengiyakan..

Aqiim said...

tapi kan cik ungu, slalu kalau kwan pmpuan sy ajak keluar, sy akan jwab "emm tak dapat la. aku ada hal.."

bukan apa, ramai sgt yg ajak keluar, sy rsa rimas lah..

susah sbnarnya jadi org hensem nie..
ramai sgt peminat.. hurmmm

hahaha

si ngokngek said...

cik ungu,klau tak balas trus tue maksudnya apa??

hahaa*soalan mintak pelempang

diana said...

setujuuu!!!!

ekekekek

Niki Razali said...

kalo aku senang je..

sama ada aku tak balas langsung, atau pun aku balas

"pegi mampos la ko. aku busy!"

kalo aku blas maknanya aku tgah free, tp buat2 busy. Kalo aku tak balas langsung, tu maknanya aku tgah nk jimat kredit.

hahaha

Cik Orkid said...

hahahahaha~
ok dah.

Sepul Lupes said...

haha tingQ makcik ungu~ tapi tade jawapan +an selain a,b,c tuh ke? :p


si ngokngek : kalau takbalas terus tuh.. kemungkinan besau die nak soh ekau topapkan la kot...~ tak pun cube check kat draft inbox *gile positif*

CekbOlat-bOlat said...

ceh -_-"

takpaham pun.. kahkah

Cik Muda Sae said...

pening ku ngn jawapan ko nih ungu...adoiiiiiiiiiiiiiiiii~~

cik ungu said...

PP Gusi :

haha sep skitt


Aqiim :

tu namanya menggelabah perasan tahap gunung berapi.

best tak jawapan?

cik ungu said...

si ngokngek :

tu maknanya perempuan tu sbenarnya takde henfon.

cuba cek balik.
mesti nombor public fon.



diana :

nah 5 markah.

cik ungu said...

Niki :

kau mmg extreme,
tapi kbanyakannya jenis tak smpai hati nak maki kawan sendiri.


cik orkid :

nah 5 markah,
gi main jejauh.

cik ungu said...

sepul lupes :

ehh.
rajin pulak aku nak list kan jawapan yang ada satu dunia ni kan.


cekbolat :

balik ni gi study.

cik ungu said...

cik muda sae :

nah panadol~

E F F said...

hahahah! aku suke entri kau ni mulan! :D

Sepul Lupes said...

hahahaha mane la nak tahu~ kalau ko ade ade setitik 2 jawapan~ :p hehehe skung nih kena tie belajar memahami wanita~ cewah poyo gitu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...