Tuesday, February 28, 2012

Kamus Perempuan

Aku tahu ramai kat luar sana, lelaki semua berebut-rebut nak tackle gadis-gadis. Tapi gadis-gadis ini ramai yang mudah annoyed dengan lelaki yang terhegeh-hegeh pada diorang. Dan yang menjadi masalah pada lelaki, adalah bila lelaki tak dapat identify yang perempuan yang dia tengah tackle tu malas nak layan dia. So, untuk elakkan lelaki loser ni direject, patah hati dan nampak hina disisi masyarakat, aku buatkan kamus perkataan-perkataan dari perempuan yang menunjukkan perasaan annoyed, dan translate bahasa perempuan tu pada bahasa lelaki. Hari ini kita start dengan huruf A.


1) A'aaaaaahhhhh : ungkapan mengiyakan sesuatu dengan perasaan malas nak layan; ye lah setannnn!
Contoh ayat: 
Meon: Tasha duduk mana? Shah Alam ea?
Tasha: A'aahhhhhhh....


2) Ada hal : malas, tak nak, tak kuasa, tak hingin,
Contoh ayat:
Meon: Tasha, nak jumpa esok?
Tasha: Ermm tak boleh la. Saya ada hal.


3) Ada lahhh.... :  kau tak payah menyibuk boleh tak?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada hal? Hal apa tu?
Tasha: Ada lahhh...


4) Apa ni? : mulut tu jangan celaka sangat bhai, kau merepek apa ni iblis?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada skandal lain ea?? 
Tasha: Ishh, apa ni?




5) Apa-apa jelah...: (ungkapan annoyed tahap kritikal pada lelaki); seriously malas nak layan kau ni, sila berambus dari muka aku sekarang,  kau boleh diam tak?
Contoh:
Meon: Hari tu saya nampak Tasha makan cendol dengan mamat rambut pacak tu. Tasha ada apa-apa ea dengan dia?
Tasha: Apa-apa je lah...




Now, cuma baca balik semua dialogue dengan perkataan yang dihighlight tu diganti dengan makna dia.


 
Faham? Setann???




Baiklah murid-murid. Itu saje untuk hari ni. Bersambung pada kelas minggu depan, dengan huruf B pulak.


 

Monday, February 27, 2012

CerpenMangkuk : Amran Salah Rumah

Amran merupakan seorang pemuda yang rajin bekerja. Siang malam dia bekerja tanpa jemu demi untuk menyara kehidupannya sendiri dan juga orang tuanya di kampung. Sudah 8 tahun Amran tidak pulang ke kampung halamannya kerana terlalu sibuk bekerja. Pada suatu hari, Amran mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk melawat orang tuanya yang sudah lama tidak bertemu. Sebaik pulang dari kerja, tanpa berlengah, Amran terus berkemas dan segera menuju ke terminal bas untuk membeli tiket pulang ke kampung. Setelah melalui 8 jam perjalanan, akhirnya Amran tiba di kampungnya pada pukul 8 pagi.

Sampai di depan rumahnya, Amran memberi salam. "Assalamualaikum ohhhh assalamualaikum!". Kedengaran satu suara yang tidak asing lagi bagi Amran iaitu suara ibunya menjawab dari dalam. "Waalaikummussalam ohhh waalaikummussalam!". Amran berasa tidak sabar untuk bertemu dengan ibunya yang sudah 8 tahun tidak bersua. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, Amran berasa sangat terkejut kerana apa yang dilihatnya adalah seorang perempuan yang kelihatan sangat muda. Amran berasa sangat terkejut dan terpinga-pinga memikirkan bagaimana ibunya boleh menjadi semuda itu.

Sedang Amran terpinga-pinga, kedengaran satu suara yang agak kuat datang dari rumah sebelah. "woiii, rumah kau kat sini lah woiii! yang kau tercegat kat situ kenapa?!". Rupanya itu suara Makcik Limah, iaitu ibu Amran. Rupanya, Amran telah tersalah rumah. Beliau lupa tentang kedudukan rumahnya. Amran terus beredar meninggalkan perempuan muda tadi yang berdiri dengan penuh kehairanan dan terus berlari menuju ke ibunya. Setibanya di depan pintu rumah, Amran segera mendapatkan ibunya untuk bersalam. Tiba-tiba, seorang pemuda yang entah dari mana datangnya, terus memotong Amran lalu terus bersalam dengan Makcik Limah dan mereka berdua terus menuju ke dalam rumah sambil bersembang dan menutup pintu. Amran sekali lagi terpinga-pinga. Rupanya, orang yang Makcik Limah jeritkan tadi adalah anak beliau, iaitu si Megat, dan bukannya Amran. Amran tersalah rumah lagi.

Amran mula bingung memikirkan apa yang sedang terjadi. Amran terduduk lalu berbaring di atas tanah memikirkan tentang nasibnya yang begitu malang kerana beliau lupa di mana rumahnya sendiri. Sedang Amran termenung, tiba-tiba kedengaran satu suara menyapa Amran. "Encik Amran, anda kini sedang berada dalam rancangan Bang Bang Boom!! kahkahkah!". Serentak dengan itu, kedengaran suara gelak tawa yang sangat kuat dari sekeliling. Amran bangun dan memerhatikan keadaan sekelilingnya. Amran melihat ramai orang sedang mentertawakannya termasuklah perempuan muda tadi, Makcik Limah dan juga Megat. Kelihatan juga beberapa orang manusia sedang memegang kamera dan dihalakan tepat kepadanya.

Tanpa sedikitpun mengukir senyum, Amran bingkas bangun dan terus berlari menuju ke tepi jalan. Kebetulan, ada sebuah teksi sedang bergerak tidak jauh dari tempat Amran berdiri. Amran menahan teksi tersebut dan terus pulang menuju ke rumahnya. Setibanya di rumah, Amran melihat rumah yang dia sewa, telahpun didiami oleh sebuah keluarga. Amran terpinga-pinga. Amran salah rumah lagi.

Saturday, February 25, 2012

Aku benci ada akaun Burung

Aku tak paham apa yang best sangat benda alah ni. Sampai orang boleh twit banyak benda dalam satu masa. Aku yang nak twit satu benda je pun dah luruh habis semua rambut-rambut. Pening dok mengagau.

Kalau bukan sebab lecturer aku suruh buat akaun burung ni, jangan harap aku nak buat. Tengok pun aku tak nak. Bagi kamu-kamu yang masih belum tahu, aku sebenarnya mendokong prinsip melawan arus pembangunan. Apa yang orang gigih nak buat, tu yang aku gigih tak nak buat.

Lecturer aku main kasar doe. Dia cakap sapa nak dapat A subjek yang dia ajar, wajib polo dia dekat twiter dengan add pesbuk dia. Jadah apa? Gila glemer betol beliau ni.

Yang burung ni pun satu hal. Belum apa-apa lagi dah bagi kemaluan aku besar. Ape citer?!


Ni description aku. 

Lepas dah polo lecturer aku, dengan selamba badak aku buat description macam tu. Aku da merapu meraban dengan member aku yang sama blur macam aku. Yang turut mengagau nak guna benda ni. Bajet hebat lah boleh twit dekat member aku. Sampai nama lecturer paper ni pun aku twit tanya member aku. Macam kredit henpon takde pulak kan nak mencarut bagai. Kutuk-kutuk lecturer lagi. Dah habis kutuk tu bukan tau nak delete. Ni aku tengah marah diri sendiri ni. 

Mana aku expect dia nak polo aku balik. Tau tak? Aku tak expect dia polo aku balik!


Ni yang first sekali dia twit aku. Terbaik. Member aku polo dia sekali sama time je dengan aku polo dia, boleh pulak dia mention nama aku sorang je. Nak suruh aku menghadap falsafah hari-hari ke?

Nak bagi lagi dramatik, dia twit aku lagi.


Hah! Kau tengok. Tak ke besar kemaluan aku macam ni. Dah siap kutuk kaw-kaw, tiba-tiba dapat twit macam ni pulak. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Esok dah lah aku ada kelas dengan dia. 

Ni description lecturer aku. Nampak falsafah dan etika kat situ. Menggeleng dia tengok perangai anak murid yang tak semenggah macam aku ni. 

Lepas ni sapa-sapa nak twit aku, sila twit benda yang berhemah sikit. Aku ni student falsafah tau. 

Sudah-sudahlah dengan Lisa kamu tu

Sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku ni masih lelaki straight yang sukakan perempuan, especially perempuan comel macam Neelofa, Juliana Evans dan Fazura. 

Out of all, aku tak suka Lisa Surihani. Entahlah kenapa. Aku tak rasa dia comel, aku tak rasa dia lawa, tapi aku rasa dia sangat annoying. Especially bila berlakon jadi marah, dengan kening berkerut-kerut dan mulut yang macam baru lepas nyonyot pacifier. In fact, aku langsung takde nafsu pada dia, eventhough dia melutut ajak aku couple sekalipun. Sungguh.


So cukup-cukuplah tu post cerita and gambar pasal perkahwinan dia dengan Yusri. Aku tak mahu tahu.


   

Friday, February 24, 2012

Niki sudah ada twitter laa!

Atas desakan gelombang IT, kemajuan teknologi yang drastik dan permintaan industri yang tinggi, Niki Razali terpaksa berhenti melawan arus teknologi yang terlalu kuat untuk direnangi even dengan style renang kuak lentang sekalipun. So, aku dah tolong niki buatkan akaun twitter dan kini dengan bangga nya aku secara sukacita mahu mewajibkan korang, reader-reader yang siuman dan waras untuk follow twitter beliau kat sini.. 

WAJIB tau WAJIB. Bukan harus, bukan sunat muakkad. Wajib. Sebagai insentif, siapa follow twitter Niki dia akan mendapat beras basmathi 1 Malaysia sorang secupak. Oh ye. Niki Kata "I follow you, you follow me back okieee??". Ok fine aku tipu. Dia tak bagi pun aku promote sebab tak mahu orang tahu dia ni buta IT. 

Tapi peduli apa aku. Muahahaha.




Kini Niki sudah ada burung!!
Peh, gila lucah bunyinya.
   


  

Feeling Catwoman, kau hado?

Aku tengah seronok tengok tivi. Pastu ada sekor kucing betina yang memang dasar betina melompat dekat leher aku disertakan dengan cengkaman kuku tajam, cakar leher aku. Aduhh sakitnya.

Aku pandang dia, baru aku sedar itu kucing aku. Nasib aku tak gi bunuh jek. Kalau aku tahu dia nak cakar, aku pakai tudung jek masa tengok tivi dalam rumah.

Terasa catwoman lak. Boleh lompat sana sini. Hahhhhh berangan, badan gemuk cam badak ada hati nak melompat cam kucing.

Jom bantu peah menang testpad :)



Thursday, February 23, 2012

Kelayakan untuk mengorat anak Tok Imam

1. Semayang 5 kali sehari. Bukan 5 hari sekali.

2. Pandai baca doa qunut.

3. Pandai makan nasik guna sudu garpu.

4. Pandai repair microfon masjid.

5. Rajin basuh kereta orang lain.

6. Bukan ahli Freemason atau Illuminati atau bukan ahli konspirasi Yahudi.

7. Hidung selalu dikorek lapan kali seminggu.

8. Lulus SPM. Pendidikan agama wajib A. Math wajib fail. Sape lulus tak boleh mengorat anak Tok Imam.

9. Bukan jenis orang yang suka kejar kucing bulu tebal kepunyaan jiran.

10. Tak pernah masuk Akademi Fantasia.




Maaf, aku masih takde idea nak tulis entry berilmiah.

Ini semua salah goreng pisang

Tadi masa balik dari kelas aku singgah kedai goreng pisang Pak Kasim. Pak Kasim merenung aku tajam-tajam. Lebih tajam dari pisang tanduk yang tergantung di kedainya. Kalau dah namanya kedai goreng pisang, maka memang clishe gila lah hiasan dia mesti pisang tanduk. Jarang sekali kedai goreng pisang gantung sport rim  kat siling kedai sebagai hiasan.

Maka disini bermula lah satu perbualan dan dialog yang tak berapa menarik.


Aku: Pak Kassim, mintak goreng pisang singgit.

Pak Kassim: Err....ini....erm...ini El kan?

Aku: Ye, saya El. Saya nak goreng pisang singgit.

Pak Kassim: El yang tulis blog mangkuk tingkat berhayun tu kan?

Aku: Ye. Saya nak goreng pisang singgit.

Pak Kassim: Elok bebenor le tu. Pakcik ada idea lawak nak bagi kamu ni. Nanti kamu post kat blog tu ye?

Aku: Boleh-boleh. Nanti kejap. (Keluarkan pen and kertas ala-ala reporter). Ok apa cerita dia pakcik?

Pak Kassim: Macam ni, semalam kan..semalam....HAHAHAHA. Bila pak cik ingatkan balik mesti tergelak. 

Aku: Haha. Macam best je. Sambung cepat pakcik!

Pak Kassim. Semalam, pakcik pergi kebun. Lepas tu pakcik nampak ada pisang dah masak. Lepas tu apa lagi, pak cik pun cantas la setandan pisang tu. 

Aku: Lepas tu apa jadi pak cik?

Pak Kassim: Lepas tu pakcik bawak balik pisang tu, lepas tu...lepas tu kan...lepas tu...HAHAHA!

Aku: Lepas tu apa pulak?

Pak Kassim: Lepas tu pak cik bawak pisang tu pergi kedai, buat pisang goreng. HAHAHAHA. Kelakar betul. Sakit perut! Hahahaha.


~(Bunyi cengkerik)~


Aku:...............................................

Pak Kassim:.............................................

Aku: Nak goreng pisang seringgit.







Inilah sebab kenapa sampai sekarang aku masih takde idea nak tulis entry. Maaf, semua diatas ini cerita dongeng semata-mata.


  

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

Wikimangkukpedia - Kebodohan

Kebodohan itu normal. Semua benda dalam dunia ini termasuk diri kita sendiri mampu jadi bodoh, tanpa perlu membuat apa-apa, termasuk tak perlu buat bodoh untuk jadi bodoh atau kelihahatan bodoh. Bodoh ni boleh disifatkan sebagai satu istilah yang subjektif. Mak Limah yang dikatakan bodoh, sekolah takat darjah tiga, kerja toreh getah tak semestinya bodoh secara zahirnya. Muhammad Hazrul Bin Nawab, walaupun dapat straight A dalam exam PTS, UPSR, PMR, dan SPM sekalipun tak semestinya tak bodoh.


Kebodohan ini satu simbol abstrak. Sejenis objek yang tidak mungkin kelihatan di mata kasar, mata halus, mata tak berapa halus, mata kucing atau matahari sekalipun. Para saintis berpendapat bahawa kebodohan ini menyerupai ciri-ciri zarah dimana ia boleh dipancarkan, boleh dipecut, dan boleh melantun-lantun. Kebodohan yang melantun-lantun inilah tahap kebodohan yang maksima dan harus dielakkan oleh masyarakat setempat.


Macam yang aku kata tadi, kebodohan ini subjektif. Walau orang itu hebat matematik, fizik, hebat main gitar, pandai main badminton, mahupun pandai naik basikal sambil lepas tangan sekalipun tak semestinya tak bodoh. Sebagai contoh terdekat, Mark Zuckerberg tu seorang yang genius tapi bodoh. Kenapa?


Sebab dia buat facebook timeline.

 
   

CerpenMangkuk : Pak Seman & Ayam KFC

Pada tahun 1980, di sebuah kampung, terdapat seorang pemuda yang bernama Ramli hidup berseorangan. Hidupnya sebatang kara. Kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dan adik beradiknya juga telah meninggal dunia. Di sebelah rumah Ramli, terdapat sebuah keluarga yang hidup bahagia. Mereka sering bergelak tawa bersama-sama. Hal itu lantas membuatkan Ramli sentiasa berasa cemburu dengan mereka.

Pada suatu hari, Pak Seman Ngokngek, iaitu jiran Ramli, telah datang ke rumah Ramli untuk menghantar makanan yang dimasak oleh isterinya. Pak Seman mengetuk pintu rumah Ramli berkali-kali, namun tiada jawapan. Kemudian Pak Seman menjerit-jerit memanggil nama Ramli, namun masih juga tiada jawapan.

Akhirnya Pak Seman mengambil keputusan untuk menceroboh masuk ke dalam rumah Ramli. Pak Seman sedaya upaya cuba untuk memanjat tingkap rumah Ramli sedangkan pintu rumah tersebut terbuka luas. Pak Seman sengaja berbuat begitu kerana ingin menonjolkan efek dramatik.

Setelah bersusah payah memanjat, akhirnya Pak Seman berjaya masuk ke dalam rumah Ramli. setelah beliau masuk, beliau dapati rumah tersebut kosong tanpa sebarang perabot. Habuk pun tiada. Pak Seman mula berasa sesuatu perasaan yang aneh. Tiba-tiba, Pak Seman terdengar satu suara menegurnya, "pak seman oiii, buat apa kat situ? saya ada kat dapur nie ha!". Pak Seman segera menuju ke dapur dan sebaik sahaja beliau tiba di dapur, beliau melihat Ramli sedang makan kfc. Pak Seman lantas meminta sedikit, "wehh Ramli, meh lah sikit ayam tuuuuuu..". Ramli dengan pantas menjawab, "ayam dah habis lah pakcik..". Pak Seman membalas lagi, "what?!". Sejurus selepas itu, Pak Seman terus meluru ke arah Ramli dan menumbuk perut Ramli sebelum menendangnya.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan hasil siasatan akan dimaklum oleh pihak polis dalam masa terdekat.





-TAMAT-

Friday, February 17, 2012

Tompok si kucing gangster: part 4





Bangun tido.



Kejar tikus.



Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kejar lipas.




Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kejar kucing betina.




Makan.




Tido.




Bangun tido.




Kena kejar tauke restoren.




Makan.




Tido.





"Ah bosannya hidup jadi kucing." keluh Si Tompok sambil menyimpul tali gantung.


   

Thursday, February 16, 2012

Budak Umur 6 Tahun

Budak-budak, buat apa pun orang tak marah. Korek hidung time tengah makan pun orang kata tomey..tomeyy.. tomeyyyy nye. Ye dak? Rasa nak lempang.

Jadi budak kecik best doe.

Kalau tiba-tiba terpegang tempat larangan perempuan dewasa yang dah akil baligh pun tak de nye kena chop sebagai jantan keparat lagi miang. Padahal memang budak tu berniat nak pegang. Ni spesis budak gatal macam Shin Chan la ni. Jangan tanya aku siapa Shin Chan. Tak mencabar betul aku nak jawab.

Cuba kalau kau bukan budak-budak, tapi bapak budak. Tengah berebut-rebut dalam bas. Lepas tu driver cam haram bawak laju-laju brek sekuat hati. Tangan kau yang tengah pegang penyangkut bas tu, tersalah landing kat ehem-ehem awek depan. Haruslah kau di cop sebagai jantan miang bertahun-tahun lamanya. Silap-silap merasa kau makan kasut tumit tinggi saiz 6.

Budak kecik kalau nyanyi dengan lirik tunggang langgang pitching entah ke mana dengan berjoget macam penari bogel pun orang tetap cakap comel. Ada tu siap cakap budak tu cerdik. Celah mana cerdik nya aku pun konpius. Lirik pun salah.

  Ada lembu nak jaga.
(I got the moves like jagger)

Cuba kalau kau yang dah akil baligh ni tiba-tiba buat perangai macam yang aku sebut tadi, harus diorang cakap kau buang tebiat. Lagi sadis kalau diorang siap tempah keranda untuk kau. Lepas tu siap ukur badan kau lagi nak sebab senang nak beli kain kapan. Malam-malam time kau tengah tidur diorang pakat duduk keliling kau baca yassin. Gila lah!

Aku rasa time aku umur 6 tahun, kalau apa-apa benda yang aku buat salah mesti aku kena fix balik. Macam tumpah air ke, otomatik mak aku cubit tangan lepas tu marah suruh aku lap balik. Tapi apahal anak buah aku bukan takat tumpah air je, tapi siap main ludah-ludah lagi mak aku boleh rilek lagi lap kan.

Apahal ha?
Aku ni anak angkat ke ape?

Nyanyi karoke ye bang? (Prank Video)

Pecah perut aku gelak tengok minah and mat Indon ni kena prank. haha





  




Wednesday, February 15, 2012

Salute pada mereka

Kalau masa sekolah dulu, ramai budak lelaki kata nak jadi askar atau polis bila dah besar nanti. Dalam 10 orang 8 orang akan kata nak jadi askar atau polis. Yang lagi dua orang tu mungkin belum sunat. Masa kecik semua semangat, siap main perang-perang lagi setiap petang.

Tapi bila dah besar semua kerja benda lain. Aslam jadi office manager, Ishak jadi wireman, Hamdon Khusaimi jadi supervisor kilang tayar, Supirman kerja jual cendol, dan Ahmad Tukiman jadi doktor haiwan ternakan.


Mana janji-janji kamu semua? 



Moral of the story: Hargailah askar and polis-polis kat Malaysia ni. Tak payahlah jadi hero baling batu kat diorang. Jap lagi laptop kau kena curi kau pergi balai polis jugak, bukan pergi balai raya. So appreciatelah diorang yang sedia berkhidmat untuk kita.

Pesanan ini dibawa khas oleh kementerian pembangunan dan masyarakat setempat, dan ditaja oleh Mangkuk Cap Lima Berudu Sdn Bhd.




Man, semalam kita interview dia kata kita jadi kerani.
Sekarang apa cerita ni?
  

TekaTeki : Binatang apa keris di kaki?

Dulu masa sekolah rendah, selalu ada dengar banyak teka-teki. Antaranya, binatang apa keris dikaki. Kan? Dan jawapannya, Ayam. Jadi, soalan untuk hari nie adalah...



kenapa ayam nie tak pandang kamera semasa gambar ini diambil?
 

Tuesday, February 14, 2012

Pengarah movie yang mangkuk

Kat Hollywood, Bollywood, Cinawood, Hongkowood, Plywood atau mana-mana negara lain yang buat movie, bila movie diorang dikritik, biasanya jawapan diorang: "Everyone has their own opinion"

Kat Malaysia, bila orang buat movie sampah macam Hantu Kicap, Jangan Pandang belakang Congkak, atau Adnan Sempit, then media cuma bertanya adakah diorang buat movie ni just sekadar asal siap, ini jawapan yang biasa dijawab pengarah-pengarah filem:


"Cakap je memang senang, kalau pandai sangat cuba kau buat filem sendiri!"




Amboih.






Gua bangga sebab filem gua keluar lapan kali setahun.


Elllehhh...kalau keluar movie banyak-banyak tapi semua
buat longgok tepi tong sampah buat hape?

     
 
       
       

CerpenMangkuk : Bahulu Kampung Puaka

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kampung yang bernama Kampung Puaka. Kampung tersebut memang terkenal dengan kisah-kisah misteri sejak zaman berzaman lagi. Pelbagai kisah seram telah didengari dari kampung tersebut.Pelbagai jenis hantu tinggal di situ. Antaranya, Hantu Kicap, Hantu Cili Sos, Hantu Sos Tiram, Hantu Cili Blender, Hantu Tupperware, Hantu Planta, Hantu Telur dan hantu yang paling popular sekali, iaitu Hantu Mangkuk yang dipercayai merupakan antara hantu terawal yang mengasaskan blog ini.

Para penduduk kampung sering berasa takut apabila mereka keluar berjalan berseorangan. Mereka terasa seperti diperhatikan. Mengikut cerita beberapa orang penduduk di kampung itu, mereka mengaku kerap diganggu oleh hantu-hantu disitu. Ada yang bila berjalan, terasa seperti ada orang di belakang. Ada yang pada waktu malam, tidur di atas katil, tetapi bila terjaga keesokan paginya, dia masih di atas katil, cuma posisi yang berubah. Lebih menyeramkan, ada yang pernah berjalan di sebuah kawasan perkuburan, kemudian terasa seperti seluarnya dilondehkan dan kemudian dipakaikan kembali.

Pada suatu hari, di waktu malam, seorang lelaki iaitu Budin, berjalan berseorangan untuk pulang ke rumahnya di seberang sungai. Beliau baru pulang dari kerja. Untuk ke seberang sungai, beliau terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang sudah usang. Budin dengan beraninya berjalan di atas jambatan tersebut sambil bersiul. Tiba-tiba, Budin ternampak ada seorang wanita tua yang berpakaian putih, sedang menjual kuih di tengah-tengah jambatan itu. Budin sedikit gementar. Semakin lama dia semakin hampir dengan wanita tua itu. Sambil itu, Budin terasa seperti ada sesuatu yang mengalir laju di dalam seluarnya.

Sebaik sahaja Budin melintas di depan wanita itu, tiba-tiba wanita itu berkata, "hai dik, nak beli karipap tak?". Dan Budin secara spontan terus menjawab, "lahh hantu karipap rupanya! ingatkan siapa lah tadi.. ceh! errr taknak lah.. saya nak kuih bahulu, ada tak?". Sebaik sahaja mendengar soalan itu, wanita tua tersebut terus menangis sambil berlari-lari anak menuju ke dalam sungai dan kemudian terus berenang secara kuak lentang meninggalkan Budin yang masih terpinga-pinga di atas jambatan.

Sejak dari itu, Budin menjadi popular kerana berjaya menewaskan salah satu hantu yang berpengaruh di Kampung Puaka. Dan kuih bahulu pula mula popular di serata dunia.







-TAMAT-

Kisah serangan zombie




Andai ditakdirkan satu dunia ni diserang zombie. Semua manusia-manusia bengap dan tak berfikirkan rasional akan dengan mudahnya menjadi zombie. Even Abang Ben yang muscle setebal kayu balak itu pun dengan mudahnya kena love bite dengan zombie. Zombie ni tak kira jantina, saiz badan, mahupun berapa ribu pageview blog seseorang itu, kalau dah namanya manusia, dia akan gigit tanpa belas kasihan.


Nak dijadikan cerita, 5 orang author blog mangkuk adalah survivor yang still belum disentuh mana-mana zombie.  Abdol pada awalnya jadi orang keenam, tapi disebabkan beliau pergi tinggalkan blog mangkuk dia pun ikut sama dengan yang lain kena gigit zombie.


Masa ni Cik Ungu dah tak kisah pasal hasil jualan album terbarunya, "Cinta Mukabudu", yang mengisahkan cinta si anak pembuat budu di Bachok, Kelantan. Niki Razali dah tak kisah pasal penerbitan buku Kung Fu beliau. Peah juga tak hiraukan resipi roti bun yang asyik fail tak sudah. Dan Aqiim, ye Aqiim masih berdiri tegak menyanyikan lagu "Gerimis Mengundang" pada buah hatinya yang sudah pun bertukar jadi zombie. Kata Aqiim, walaupun buah hatinya sudah jadi zombie, beliau masih jelita. Itu natural beauty namanya.


Kami berlima berdiri atas bumbung bangunan Maxis kat area KLCC. Kat sini bukan saja selamat dari serangan zombie, malah line handphone pun full bar. Ingatkan nak lepak atas bangunan Putrajaya, tapi itu Freemason sangat. Zombie suka benda freemason, sebab zombie tu kan simbol freemason. Jadi mampus la kami kalau kami pergi ke tempat freemason tu.
Ah freemason betul la cerita nih. Malas lah aku sambung.




To be continued...


  

Monday, February 13, 2012

CerpenMangkuk : Ali Bobo & Seha

Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung yang bernama Kampung Kicap, terdapat sepasang suami isteri yang bernama Ali Bobo & Seha Haha. Mereka ini telah berkahwin selama 35 tahun tetapi masih belum mepunyai cahaya mata. Setiap hari si suami, Ali Bobo berdoa agar dikurniakan seorang anak. Setelah lama menunggu, akhirnya si isteri, Seha Haha mengandung juga.

Akan tetapi, Ali Bobo berasa sangat hairan kerana usia kandungan mereka itu adalah 2 bulan, sedangkan dia dan isterinya telah hampir setahun tidak bersama kerana masing-masing sibuk dengan hal kerja. Lalu Ali Bobo bertanya pada isterinya, "ehh nie anak siapa yang you kandungkan nie? Kita dah lama tak bersama, tapi macam mana you boleh mengandung?". Dengan nada sedih, Seha menjawab, "abang.. sobbss sobss, maafkan sayang abang...". Belum pun sempat Seha meneruskan kata-katanya, si Ali Bobo telah bertempik dengan kuat. "arghhh! aku tak sangka kau nie perempuan murahan!". Dengan nada yang semakin sedih, si Seha membalas, "abang, apa abang cakap nie? sampai hati abang cakap macam tu.. sobbs sobbss..". Lalu si Ali Bobo berkata lagi, "habis tu yang kau mintak maaf tadi kenapa? ha?!". Dan si Seha menjawab, "sayang mintak maaf sebab sayang dah tak tahan nie, sayang sakit perut lah, boleh sayang pergi berak jap tak? Kejap lagi kita sembang ye..kbaii". Dan serentak dengan itu, Seha berlari menuju ke tandas meninggalkan si Ali Bobo terpinga keseorangan.

Tidak lama selepas itu, lahirlah seorang bayi lelaki yang sangat comel dan diberi nama, Mustapha Kamelia. Ali Bobo dan isterinya berasa sangat gembira kerana akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang comel. Lalu bayi itu pun dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Ditatang bagai minyak motor yang penuh. Segala kemahuannya dituruti. Di sekolah, Mustapha Kamelia merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Beliau sering mendapat A dalam semua subjek. Disebabkan kepandaiannya itu, akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Oksfed, di Zimbabwe. Di sana, beliau mengambil jurusan Diploma Teknologi Sistem Perparitan.





-TAMAT-

Sunday, February 12, 2012

Jawapan yang bikin panas

Sudin: Amzan, kau ada nampak tak aku punya....
Amzan: TAK!


Waiter: Encik nak makan apa?
Rukiman: Kat sini apa makanan yang special?
Waiter: Banyak encik. Siakap 3 rasa, sup gearbox, paprik special, tom yam, steambot bla bla bla...
Rukiman: Kalau macam tu bagi saya air kosong je lah.


Hazimah: Encik, tolong cari anak saya encik. Anak saya dah 2 hari hilang.
Inspektor Tarmizi: Anak puan hilang pergi mana?
Hazimah: Manalah saya tahu encik.
Inspektor Tarmizi: Kalau macam tu maaflah, saya tak dapat nak tolong.



Boss: Aminah, mulai hari ni saya naikkan pangkat awak jadi pengurus kewangan.
Aminah: Tapi boss, saya kerja cleaner tandas je.
Boss: Itulah maksud saya. Mulai hari ini awak kerja kutip duit syiling 20sen kat depan tandas.



Lecturer: Siapa kat sini belum siap assignment?
Saripin: Saya puan.
Lecturer: Kenapa tak siap lagi?
Saripin: Kenapa saya kena siapkan?
Lecturer: Sebab saya suruh.
Saripin: Kenapa puan suruh saya siapkan?
Lecturer: Sebab saya lecturer dan awak student:
Saripin: Kenapa puan jadi lecturer?


   

Anggapan Bodoh Yang Normal


Bismillah


Kulit di tangan aku tengah mengelupas.
Aku tak pasti aku ni katak ke apa sebenarnya.
Kalau ikut sport class dulu, ini simptom kekurangan enzim-enzim.
Kalau begini, aku haruslah berkahwin dengan lelaki yang bernama Azim.
Ya, takde kena mengena pun.
Saje je nak try test tahap kebodohan.
Buat masa ni tahap kebodohan berada pada skala 10.

Hmm..
Boleh tahan.


Bercakap tentang kebodohan. 
Kita selalu memberikan skala bodoh tertinggi pada orang lain bila orang tu tak sependapat dengan kita.

Contoh.
Kalau soalan kuiz tanya binatang apa keris di kaki.

Untuk kita yang dah memang tahu jawapannya ayam, bila dengar orang lain bagi jawapan 'kuda laut', mesti kita akan berkata dengan kuat 'Booooddooohh!!'

Kenapa? Sebab kita dah tau jawapan sebenar sebelum orang tu. Dan mungkin ini kali pertama orang tu dengar soalan kuiz camtu. Alahh.. Time korang first time dengar soalan ni masa darjah 4 Anggur dulu, korang pun kompem tatau jawapan dia ayam. Dan sampai sekarang aku masih tak faham apa kena mengena kaki ayam tu dengan keris. Aku tak rasa pun kaki ayam dan keris ada pertalian darah. Bentuk pun tak sama.

Jangan assume orang tu bodoh disebabkan 2,3 perkara yang kita kebetulan tahu dulu dari dia. Ada keadaan yang kita akan berpengalaman dulu, dan ada waktunya orang lain lalui dulu. 

Kalau tanya budak darjah 5 sekarang tentang Ipad, aku rasa dia lebih tau dari aku yang dah tua ni. Maklum, bebudak zaman sekarang canggih tahap jahanam. Kecik-kecik dah dimewahkan dengan gadget. Dah besar kang rosak la tu.


Padat sungguh entri aku kali ni.


Moral:
Ada waktu kita bodoh.
Maka jangan nak mem-bodoh-kan orang lain.


Saturday, February 11, 2012

Pepatah hari ini #1

Manikam adalah penebar roti canai yang berjaya. Beliau terkenal sebagai penebar roti canai yang bergaya dan berkarisma. Setiap hari kerja dia sebagai penebar roti canai adalah menebar roti canai lah, of course, takkan menampal tayar pulak. Dia bekerja dengan penuh dedikasi dia kedai mamak bernama Mamak. Betapa obviousnya itu adalah kedai mamak.

Satu hari, seorang lelaki melayu datang kekedainya. Berpakaian kemas. Hensem. Bercermin mata bingkai separuh. Bertali leher biru ada dot-dot putih dengan line kaler hijau sikit-sikit. Dia mendekati Manikam yang sedang layan menebar roti canai. Dari matanya yang stim, boleh dikatakan Manikam menebar roti canai macam orang layan shisha. "Manikam! Hei macha!" Jerit lelaki itu.

Manikam berhenti menebar. Roti yang tak habis ditebar tu dibaling ke langit setinggi yang amat. Sambil menunggu roti itu turun dia membalas teguran lelaki itu. "You sapa macha? Saya tara kenal juga sama you". Lelaki itu menjawab sambil menjeling ke langit takut roti canai itu jatuh atas kepalanya. "Aiyoo Manikam. Sudah lupa ka? Ini Jauhari la. Jauhari! Dulu kita sama-sama skodeng anak Tok Haji. Ada ingat ka?"



Pepatah hari ini: Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.


  








Meanwhile di USA:



Aiman nampak tak UFO tu?
 
   

Thursday, February 9, 2012

Review DVD cara mangkuk

Kita dekat mangkuk ni suka buat benda sekali harung. Sekali gus. Macam berak. Takde nye pagi ni kau berak, pastu stop kejap sambung tengah hari pulak. Tu tak profesional namanya. Kagum kan? Tak perlu sangat, kita tahu kita hebat.

Jadi hari ni aku nak buat review pasal dvd-dvd yang aku dah tengok sepanjang aku pergi bertapa.

Ombak Rindu

Rating : 1 / 5

Ulasan : Cerita tipikal macam drama-drama dekat tv3. Aku rasa kena tambah lagi adegan ke-ranjang-an tu. Maya Karin pula kena selalu membogelkan diri. Nak masak kena bogel, nak sidai kain kena bogel. Baru meletup. Baru menarik minat aku nak bagi rating tinggi-tinggi. Tapi kalau dah banyak sangat bogel-bogelnya, dah jadi cerita lain pula. Ye dak? Muka Aaron Aziz bersepah. Orang dah muak. Lepas ni, sila cari hero lain.  

Don't Be Afraid Of The Dark

Rating : 0.9 / 5

Ulasan. Cerita hantu orang putih cam gampang sangat ni. Ending semua tak boleh blah. Dari Nightmare of Elm Street sampai Drag Me to Hell semua cam haram. Jangan Pandang Belakang Congkak lagi best aku rasa. Hollywood, please leave to us, asian to do this horror stuff. Selain dari pelakon kanak-kanak dia yang tembam dan nampak comel, rasanya tak ada yang menarik sangat pasal filem ni.

Happy Feet 2

Rating : 4.5 / 5

Ulasan : Siapa yang boleh menolak tengok cerita penguin yang gemuk dan comel ni? Banyak star-star hollywood yang sumbangkan suara untuk movie ni. Macam Brad Pitt dan Matt Damon yang memegang part udang sengal. Nak tengok Brad Pitt pegang watak sengal in real life? Tak pernah lagi aku rasa. Semedang dok control body ketul-ketul. Selain tu jugak, korang boleh tengok sisi lain rockstar hebat, Pink sebagi seorang mak yang penyayang. Kesimpulannya, tak rugi keluarkan duit beli dvd ni hatta yang pirate sekalipun. Sebab tak boring tengok ulang-ulang. 

Avatar : The last air bender

Rating : 0 / 5

Ulasan : Ada banyak faktor yang buat aku rasa filem ni rubbish giler babi. Selain dari aspek qualiti dvd dengan audio yang macam gampang pelakon dia jugak turut sama menggampangkan diri. Bagi aku yang layan semua episod anime dia, adalah sangat-sangat tak puas hati dengan movie yang dihasilkan. Apahal Fire nation tiba-tiba jadi puak india pulak ni? Beragak la sikit M. Night Shaymalan oi. Tau lah nak ambik suku sakat kau. Lepas tu monk yang jadi cikgu Aang dalam anime aku rasa chinesse. Tup-tup boleh tukar jadik negro lak. Yang tak berubah dalam ni, cuma Appa sahaja. Ye, Appa sahaja. 

Fast Furious 5

Rating : 4 / 5

Ulasan : Jalan cerita ok. Pelakon pun sangat ok. Pelakon perempuan yang tak de control-control ayu mekap tebal sekati.  Menggabungkan pelakon dari Part 1 sampai Part 3. Part 4 aku tak tahu ada ke tak sebab aku tak tengok lagi yang tu. Cuma this time tak de sangat race-race kereta sebab diorang fokus nak rompak duit juta-juta.

Trespass

Rating : 3 / 5

Ulasan : Cerita lebih kurang Panic Room. Ada perompak datang. Lepas tu famili jadi tahanan. Nicole Kidman belakon ok. Cuma Nicholas Cage yang nampak macam kayu sikit. Muka sepesen. Sakit muka tu, sedih muka tu, marah muka tu. Takot pun muka tu jugak. 

Mission Impossible 4 : Ghost Protocol 

Rating : 3 / 5

Ulasan : Biasa. Tak de yang menarik. Kecuali ada part Anil Kapoor. Aku rasa part dia kelakar. Juga part di mana ada scene gaduh-gaduh dekat kilang/show room BMW. Aku sentap tengok Tom Cruise jahanamkan kereta BMW sewenang-wenangnya. Kepada kipas-susah -mati Mission Imposible, aku rasa cerita ni tak de yang menarik sangat.

Aku Bukan Tomboy

Rating : 2 / 5

Ulasan : Ketepikan Syamsul Yusof yang sememangnya kayu bila belakon dan juga watak Scha Al- Yahya yang tak de banyak beza pun dengan Awan Dania. Cerita ni boleh lah layan sambil makan nasik time tengah hari. Kepada kipas-susah-mati Syaheizy Sam kalau nak tengok dia menggedik hentak-hentak kaki boleh lah tengok cerita ni. Dan aku suka part Harun Salim Bachik yang selamba badak panggil anak dia monyet. Part ni aku gelak sampai terkentot-kentot.

Songlap

Rating : 5 / 5

Ulasan : Flow bagus. Jalan cerita lain dari lain. Shot cantik. Ending superb. Syaheizy Sam belakon macam biasa, hebat. Shafie Naswip sangat-sangat ok. Sara Ali pun boleh tahan. Tak banyak aku nak komplin pasal cerita ni, sebab semuanya ok. Tak rugi tengok.


Review ini ditulis oleh Pengkirit Marhaen sahaja. Jadi jangan ambek serius sangat. Kesimpulannya bergantung pada selera masing-masing.

Tompok si kucing gangster: part 3



Enjin kereta BMW edaran Tan Chong Motor itu berhenti. Kedengaran bunyi pintu dibuka dan ditutup semula. Dah tentu semua benda dalam dunia ni ditutup balik lepas dibuka. Zip seluar yang terbuka pun perlu ditutup. Kalau lupa nak tutup sampai pergi kuliah atau pergi shopping itu yang mengundang bala.

Siti sudah pun berlari sambil terlompat-lompat. "Yea yea Papa dah balik!!" Eksaited betul dia. Tompok menjeling kearah buku mewarna Siti yang ditinggalkan dilantai. "Ini Princess ke mambang tanah? Apahal rambut dia warna warni?" cemuh hati Tompok. Dia mengalih pandangan pada Siti yang menyambut ayahnya. Ayahnya berkot kemas, kemeja biru bertali leher belang. Tompok rasa mungkin ayahnya baru balik dari kerja. Mustahil kalau kata ayahnya baru balik dari kebun dengan berpakaian sebegitu, melainkan dia dah kena rasuk iblis.


"Papa belikan Siti mainan tak?" tanya Siti dengan penuh ketidaksabaran. "Tak ada. Papa tak sempat la. Jem tadi" jawab ayahnya tenang, sambil mencabut stokin yang dari jauh nampak basah berpeluh. Sempat juga sesekali dia membau stokinnya sebelum cepat-cepat menyumbat kedalam kasut kulitnya kerana khuatir akan mati mengejut. "Papa belikan choki-choki tak?" Siti masih mengharap. "Tak sempat la Siti. Kan jem tadi"

Siti senyap seketika. Ayahnya mengusap kepala Siti tanda bagus kerana faham.


"Papa belikan Siti patung Princess tak?"

Ayahnya hampir jatuh tergolek mendengarnya. Nak dilempang tak sampai hati. Dia memandang Siti dengan wajah kesal seolah olah berkata dalam dirinya, "Menyesal aku kawin dengan mak kau. Habis semua bodoh dia turun kat kau." 


Ayahnya membongkok sambil tersenyum paksa pada Siti. "Kan jem tadi. Papa tak sempat singgah mana-mana. So tak dapat beli apa-apa untuk Siti. Faham setan?" jelas ayahnya dengan nada menahan marah.

"Oh.....jalan jem. Kalau papa pergi kedai nanti sampai lambat. Nanti cian kat Siti kan?" jawab Siti dengan penuh pemahaman tentang situasi ayahnya.

"Haaa pandai pun anak papa ni. Kalau jalan jem nak keluar kereta pun susah. Tak dapat papa belikan Princess untuk Siti." terang ayahnya lagi.


"Ohh...." Siti menyambung.


"Kalau macam tu papa belikan Siti choki-choki tak?"


  


Sejurus selepas itu, Tompok yang sedang khusyuk menonton Buletin Utama tiba-tiba terdengar bunyi objek besar dicampak keluar tingkap. "Nasib kau lah budak...."  bisik hati Tompok sambil terus menonton tv dan mengunyah biskut merri.

  


To be continued...




Wednesday, February 8, 2012

Mangkuk yang tidak dibasuh

Aku punya kawan. Kawan pengotor. Tak perlulah mention nama dan blog. Lagipun dia tahu aku salah seorang penulis blog ini.

Lepas makan dalam mangkuk, dia sepak mangkuk masuk bawah katil. Berdasarkan cerita roomate kawan aku, dia sangat terseksa dengan bau busuk tahap tapir mengawan. Eh tapir mengawan ada bau ke? Kahkahhhhhh

Sangat mangkuk beliau itu. Sebab mangkuk yang disepak itu dibiarkan berhari-hari tanpa membasuhnya. Cool. Yang si roomate nak tegur, tapi dia takut si mangkuk itu terasa, jadi dia cuma coleh sembur minyak wangi dekat bilik, dekat hidung, dekat taik hidung untuk memberi kesan wangian yang lama.

Seminggu berlalu, aku pergi bilik dia, aku jenguk bawah katil budak mangkuk itu, ya! Mangkuk itu masih disitu!



Kalau kau baca, esok kau basuh mangkuk tu, mangkuk.


Apa mangkuk lain tengah buat

Lately aku rasa macam aku je satu-satunya manusia yang banyak masa terluang dikalangan penulis-penulis terbilang dalam blog ni. Aku belum tengok lagi kehebatan kawan baru Abdol dalam blog ni. Dia banyak merapu dalam blog dia je sekarang ni, dalam blog ni belum lagi. By the way, sementara blog ni tengah senyap and tak ada writer yang nak berhempas pulas menyumbang keringat aku nak mengumpat sikit diorang.


Ramai orang tak tahu bahawasanya aku ada sixth sense. Bukan yang nyanyi lagu 'Tanpa' dan 'Tak bisa memilihmu' (Bestnya lagu tu. Lama tak dengar.) sixth sense aku adalah bakat mempunyai daya intuisi atau naluri yang tepat. Aku boleh teka korang yang baca ni tengah pakai baju kaler hijau dengan spender warna coklat. Kalau tak betul pergi tukar sekarang. Haha


'Ayah, aiman dah tercirit....'

So, disebabkan bakat tersembunyi still tersemat dalam sanubari aku ni, aku nak teka apa yang diorang semua tengah buat malam-malam pukul 12 ni.


Cik Ungu: Kat blog dia senyap hari ni, kat twitter tadi ada, then dah senyap balik. So aku ramalkan dia dah bertolak pergi Hong Kong. Pagi esok dia ada konsert tour Mulan Jameelah kat Hong Kong untuk promote album terbarunya, 'Kekasih gelapku dari Zimbabwe' . Then lusa dia singgah Bangladesh, Nepal, and then U turn pergi Korea untuk buat konsert bertemakan K-Pop. Konsert ni bakal dijayakan bersama artis Korea 2PM, 3PM, 4PM, 5PM, 6PM dan seterusnya sampailah 12AM.
Macam nilah busy hidup artis.


Amirul Aqiim: Tengah hari tadi dia ada bagi pantun dua kerat guna facebook page MTYB. Then lepas tu dia senyap. Sampailah ke malam ni. So aku buat kesimpulan yang dia dah pun diculik. Mungkin penculik tu salah orang, ingatkan Aqiim ni Prince William. Hensem tak ingat. Then baru penculik tu ingat yang Prince William tak naik motor Ex5. So maybe penculik tu tengah pertimbangkan untuk melepaskan balik Aqiim. Tapi disebabkan lokasi penculikan tu kat Gua Musang Kelantan, mungkin ambil masa 10 jam sebelum Aqiim sampai kerumah. Yelah, dahlah kena sorok dalam gua, lepas tu kat luar gua tu banyak musang pulak. Kalau ada Megan Fox takpe jugak.


Niki Razali: Semalam dia kata dia tengah dalam proses menulis komik. Difaham kan pasal lawan-lawan, gaduh-gaduh, manusia ada superpower dan sebagainya. Aku suruh dia tulis sequel Ombak Rindu, tapi katanya dia lebih rela telan kepala keretapi dari menulis cerita jiwang. Untuk mendapatkan ilham, aku yakin sekarang Niki tengah bertapa kat air terjun telaga tujuh kat Langkawi. Katanya bagi menyerap aura-aura dan chakura dari alam semulajadi. Aku andaikan juga sekarang dia tengah berlatih kung fu untuk menjiwai watak cerita gaduh-gaduhnya. Tajuk cerita itu aku yakin tak lari dari ' Woi! Lu mau mampos?'. Tajuk tu sebati betul dengan jiwa hardcore Niki.


Peah: Aku yakin Peah still terasa pasal aku samakan dia dengan roti bun dulu. So, disebabkan dendam yang belum terlunas, maybe sekarang dia tengah berhempas pulas belajar buat roti. Aku dengar dari jiran sebelah rumah Peah yang baru-baru ni dia Peah dah beli lapan belas buku resipi guna baucer buku 1 Malaysia. Antara roti yang Peah dah master sekarang adalah roti canai kuah dal sambal lebih. Semua jenis roti mencapai kejayaan kecuali roti bun saja. Walaupun roti tisu Peah rasanya tak ubah macam tisu Cleanex tapi boleh dikira semua jenis roti Peah dah berjaya buat selain roti bun. Apakah dendam roti bun pada Peah? Aku yakin sekarang Peah tengah makan roti bun berinti kacang sebagai sumber inspirasi.


Abdol: Dah tido. Itu je. Tak payah aku penat  taip panjang-panjang. Kah kah.





p/s: Citer pasal si Tompok tu esok kalau rajin aku sambung. Kalau lah.....haha.

Monday, February 6, 2012

Tompok si kucing gangster: part 2



Setelah ikan pengsan, Tompok jadi panik dan gelabah. Diiringi dengan perasaan cuak, nervous, tertekan, tak tentu arah dan hilang punca. Dua minit kemudian, Siti datang membawa sekotak susu UHL Dutch Lady dan sekeping sandwich tuna. Jenama tuna itu Tompok kurang pasti, tapi yang pasti bukan jenama sebarangan seperti Tuna cap Lima Tapir. Tompok terus menuju kearah Siti, terus lupa tentang ikan yang pengsan itu. Siti still tak mahu letak makanan tu kebawah. Tapi disuruhnya Tompok duduk dan baring berulang-kali. 'Kau ingat aku apa? Anjing laut sarkas?' Keluh Tompok, sambil buat juga apa yang disuruh.

'Pandainya kamu...' kata Siti dengan penuh eksaited. Beliau menyambung, 'Ok sekarang berdiri pulak!'

Tompok berdiri.

'Sekarang buat chicken dance, buat chicken dance!' Siti semakin eksaited seolah-olah Dr Rozmey yang selesai mempromosi filem 2 Alam dan menunggu 40 juta masuk kedalam akaun bank beliau.

Tompok diam.


'Chicken dance!' Siti masih mengarah.

Tompok diam.

'Buat la!' Pekik Siti.

Tompok hilang sabar.


'Cepat-cepat!' Siti memprovoke dengan menghayun-hayunkan sandwich tuna tadi.


Tompok tak dapat menahan kemarahan.

Kesabarannya dicabar oleh seorang budak 5 tahun.

Dimana mahu diletakkan maruahnya sebagai kucing gangster yang terkenal di sekitar Jalan Yap Ah Loi dan Jalan Tun Sambanthan?

Tompok mengambil lajak. Bersedia.

Bersedia.

Menunggu masa yang tepat.

Mula!







Dengan pantas Tompok menguak-nguak tangannya membuat chicken dance diiringi muzik latar belakang Dora The Explorer.





5 jam kemudian...


Tompok baring kekenyangan. Belum pernah selama hidupnya makan sandwich Tuna Ayam Brand dengan susu Dutch Lady. Boleh diibaratkan seperti bulan jatuh keriba. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Bagai menatang minyak yang penuh. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kecil-kecil taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang. Itulah yang dialami perut Tompok ketika ini.

Dia menjeling kearah Siti yang sibuk mewarna buku mewarna Princess. Sambil mewarna mulut-nya terkumat kamit bercerita sorang-sorang. Tompok menjeling kearah hasil pewarnaan Siti. 'Tak ada seni langsung. Kejadah apa kuda warna hijau? Cikgu disiplin mana ajar?' ujar Tompok didalam hati.

Dari sayup-sayup, terdengar bunyi kereta semakin hampir masuk halaman rumah Siti. Kereta siapa, Tompok tak pasti. Yang beliau pasti itu bunyi kereta BMW 525i enjin 6 silinder 2497cc dan bertransisi Automatik edaran Tan Chong Motor Enterprise.
 


    To be continued....



          

Sunday, February 5, 2012

anda ingin kurus? inginkan bentuk badan yang anjal? (18SG)

Anda ingin kurus? inginkan bentuk badan yang anjal? Jangan risau. Kami ada jalan penyelesaiannya. Saya, Dr. Rozmemey Ah, akan bersama-sama anda untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk menguruskan badan tanpa menggunakan walau sesen pun.

Cara yang pertama, dapatkan sebuah kereta mainan. Tidak perlu beli, cuma dapatkan sahaja. Dari mana untuk mendapatkannya, itu tidak penting. Apa yang penting, cuma dapatkan sahaja. Baiklah, jika anda sudah mempunyai kereta mainan di tangan masing-masing, sekarang kita ke langkah seterusnya. Letakkan kereta itu di lantai. Kemudian, tolak dan lepaskan kereta itu ke depan dengan sekuat hati. Dan sebaik sahaja kereta itu berjalan ke hadapan, kejar kereta itu. Ulang langkah ini berkali-kali. Tolak, kejar, tolak, kejar, tolak, dan kejar sehinggalah anda berasa letih. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, sila ulang langkah tersebut melebihi dari 2000 kali. Bagaimana ini dapat membantu? Sekiranya proses ini dapat dilakukan berulang kali, peluh akan keluar dan lemak anda akan terbakar sedikit demi sedikit. Mudah, bukan?

Cara yang kedua, bergaduh dengan rakan-rakan. Pergi cari seorang rakan, lempang dia dan maki dia berkali-kali. Gunakan apa yang ada pada fizikalnya sebagai bahan untuk diejek. Seperti contoh, jika dia adalah seorang yang kurus kering dan berbau busuk, maka ejeklah dia, "kahkah kurus nampak tulang, tendang kena palang, bau macam bangkai, perangai macam sakai!". Dengan itu, beliau secara automatiknya akan membalas ejekan anda dengan cara yang sama. Tubuh badan anda yang besar sudah tentu akan memudahkan kerja dia. "cilakak punya gemuk, gemuk gedempol, tendang masuk gol, perut buncit ke depan, mengandung berapa bulan? kahkahkah!". Sudah menjadi kebiasaan, orang yang kurus apabila diejek, tiada apa efek pada dirinya. Berbeza pula dengan orang yang berbadan besar. Mereka ini apabila diungkit tentang fizikal mereka, mereka akan mudah berasa down. Rendah diri. Maka bila diejek berkali-kali, anda akan berasa sangat down dan seterusnya akan berusaha untuk menguruskan badan secepat mungkin walau dengan apa cara sekalipun.

Baiklah. Buat masa ini, cukuplah sekadar dua itu sahaja yang Doktor boleh kongsikan ya. Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh lah hubungi Doktor di talian 1800-900-1000. Atau boleh hubungi pejabat kami di talian, 1200-300-400. Sehingga kita bertemu lagi. Selamat menguruskan badan.

Saturday, February 4, 2012

Tompok si kucing gangster



Tompok ialah seekor kucing yang hidup gelandangan tanpa tuan. Boleh dikatakan kucing freelance atau 'kerja sendiri'. Beliau tidak terikat pada mana-mana kontrak. Beliau akan pergi kerumah atau kedai-kedai makan untuk menyara hidup. Kedai favouritenya adalah kedai Pak Haron. Malangnya hari ini hari ahad. Kedai seafood Pak Haron tutup pada setiap hari Ahad. "Jadah apa tutup hari ahad, Pak Haron ni bukak kedai makan ke pejabat pos?" Keluh Tompok sambil lepak ditepi longkang tepi jalan. Dia menjilat-jilat bulu kakinya. " Tak dapat kaki ayam, jilat kaki sendiri pun jadi lah" 


Tidak lama kemudian, seorang kanak-kanak perempuan berbasikal roda tiga lalu melintasi Tompok. Dia menjeling kearah Tompok sambil basikalnya masih meluncur meninggalkan Tompok. Dia brake basikalnya dengan menyeret kakinya ketanah. Diundurkan basikalnya sambil membuat bunyi beep beep beep seperti bunyi kereta Myvi bila reverse. Dia datang pada Tompok. Disapu-sapunya kepala Tompok. Tompok mengiau. "Kamu sunyi ye?" ujar budak perempuan itu sambil tersenyum, tanpa mengetahui bahawa Tompok sebenarnya berkata, "Kuangajak, mak kau tak ajar ke jangan main kepala orang?"


Dipendekkan cerita, nama budak perempuan ini Siti. Tompok dibawa balik dan diletakkan didalam bakul basikal roda tiga itu. Menggeletar juga Tompok bila basikal itu bergerak. Nak lompat keluar takut digilis tayar. Mengingatkan bagimana Si Belang koma lima tahun selepas digilis tayar bajak korek, beliau tahan ketakutan itu sebab baginya tayar basikal itu lebih menakutkan dari tayar bajak. Sampai dirumah, Siti mengangkat Tompok dan dikepitkan ke ketiak seolah-olah membawa handbag. Rumahnya besar. Lampu besar berkilau-kilau. Tv 45inci. Pakai Astro Beyond. Ada Sport Channel pula tu. Tapi entah kenapa dalam banyak-banyak channel, cerita Dora The Explorer juga yang dibuka. Tompok diletakkan diatas sofa. Siti suruh tunggu sekejap sementara dia mengambil makanan. Tompok tak duduk diam. Dia melompat kearah sofa berdekatan dengan Akuarium. Semua ikan terkejut beruk, hampir berubah kepada spesis beruk kerana terkejut. 

Tompok sengih. 
Ikan tergamam.
Tompok sengih lagi. 
Ikan masih tergamam.
Tompok ketawa besar.
Ikan pengsan.


To be continued....




Dah takde idea ea?

    

Friday, February 3, 2012

Petikan dari entry Dr Mahathir- Takut

Aku nak share sikit about quotes dari entry blog Dr Mahathir, Che Det with the title Takut. Sila baca dengan background lagu Yuna yang tak menang apa-apa award kat AJL, Penakut.



Tentang cerita hantu


Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.


Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.



Tentang Histeria di hostel perempuan:

Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.




Last words: 

Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


Just brilliant. Click sini untuk full entry Takut. Rajin-rajinlah baca blog Dr Mahathir, sebab dia berfikiran luas and logic and berasaskan fakta and pengalaman. Korang pun boleh kembangkan sikit pemikiran tu. Itu pun kalau korang nak kembangkan fikiran lah. Kalau nak kembangkan follower, pergi masuk baca blog Abang Muscle je la.

























"Nokharam. Mamat ni mengumpat aku lagi"
 
        

Perihal lawak

 Lawak ini satu cara untuk membuat orang terhibur and ketawa. Lawak ini satu seni. Lawak melibatkan kreativiti dan ketajaman otak. Even lawak bodoh sekalipun memerlukan unsur kebijaksanaan dalam ideanya. Lawak bodoh perlu berotak supaya tak dipanggil bangang. Lawak bodoh yang sepenuhnya bodoh dan tiada unsur lain selain kebodohan itu takkan menjadi lawak kerana takkan buat orang ketawa melainkan diketawakan. Dan orang takkan ketawa melainkan ketawakan pelawak itu sendiri. And lawak sepenuhnya bodoh ni banyak ada dalam movie dan cerita-cerita komedi murahan kat Malaysia.


Contoh jenis sampah yang paling banyak kat Malaysia
selain lampin pakai buang.

Lawak pandai pula menggunakan 70-90% kepandaian dan pemikiran yang sihat dan minda yang cerdas. Lawak yang masih berasaskan fakta, logic akal, dan masih berpaksi pada hukum alam. Jika lawak bodoh menceritakan si toyol hijau keluar dari botol kicap dan menyergah anak Mak Tijah, lawak pandai menceritakan bagaimana anak Mak Tijah fail exam selepas kantoi membawa toyol dalam exam hall. Berbeza bukan?



Charlie Chaplin: Pelawak slapstick yang
nampak bodoh tapi genius. 


Lawak ini satu seni. Ia memerlukan bakat atau sense of humour. Bakat ini pula ada dua. Bakat sejak lahir atau bakat yang terbina. Bakat dari lahir kemungkinan lahir je muka korang dah nampak muka kelakar. So apa yang kamu cakap akan kedengaran kelakar. Walaupun kamu cuma menyebut 'pasu bunga', 'tali rapia' atau pun 'osmosis' orang akan gelak terguling-guling. Lawak terbina datang dari surrounding, family, pengalaman, pengaruh rakan sebaya, dan sikap ingin mencuba  pengaruh dari media.


Macam aku kata, lawak itu seni. Bukan pekerjaan. So, apa kejadahnya bila aku buka cerita 'komedi' melayu, tak habis-habis lawak yang sama je dia duk ulang-ulang dalam skrip. Pelakon yang takde sense of humour tapi dipanggil pelakon komedi, termasuk kumpulan Senario yang tak tahu apa itu makna lawak, sebaiknya diorang berhenti buat lawak and kerja jual air tebu je lebih baik.


Cuba tengok muka Azlee tu. Kau rasa lawak tak?
 Tiang lampu pun lagi lawak aku rasa.

 
       
     
  

Wednesday, February 1, 2012

Cantik sebab mekap? Alaaahh

Anda cantik sebab mekap? Ohh itu cantik palsu namanya, tak payah berbangga. Setakat muka ada empat lima inci bedak, sila back off dari entry ini. Ewahh garang pulak aku. Memang la orang kata power of make up tu memang menakjubkan, tapi perlu ke mekap tebal-tebal lepas tu bila  bukak jek mekap, dah macam hantu kehilangan banyak darah *tinggi betul imaginasi

Aku pernah nampak sorang pompuan nih, memang cun, anak orang kaya pulak. Memang lengkap lah beliau. Satu hari tu, aku terserempak dengan dia tanpa mekap. Tersentak diriku iniewww. Mata lebam, muka pucat, bukan sebab kena tumbuk woih, sebab dah biasakan diri dengan mekap. Ce kalau lu tengok artis-artis Malaysia yang mekap tebal sangat tuh, bukan lawoooo pon. Adalah segelintir yang betul-betul lawa tanpa mekap. Tapi sikit sangat.

Siapa nak jadi artis? Tak payah, bukan betul sangat artis tu.

Tapi kau jangan cakap pulak, alaaaa Justin Bieber tu tak mekap nampak lawa sangat. Justin Bieber tu lelaki woihh. Jadi, hargailah muka kita, sebab masuk kubur tak payah kena mekap. Hidung sumbat kapas jugak. Bau kapur barus pulak tuh, seram mak.

Cool ah mamat ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...