Sunday, April 8, 2012

Lu mau jadi derhaka ka Ah Tat?

Cerita ni diceritakan abang ipar aku, and aku cerita balik kat korang supaya lepas ni korang boleh cerita balik kat member korang then member korang pulak cerita balik kat abang ipar aku. Cerita ni diubah sikit demi menambah effect dramatic.


Tradisi orang China, bila ayah, datuk atau nenek moyang diorang meninggal dunia, diorang akan bakar kertas macam duit. So that duit tu akan sampai pada nenek moyang diorang yang didunia lain. So, the same thing, kalau orang tu nak hantar rumah kat atuk dia, dia akan bakar rumah kertas. Then atuk dia di alam lain akan dapat rumah.


Ah Tat, baru sahaja kehilangan ayahnya. Kehilangan ayahnya bermaksud ayahnya bermaksuda ayahnya mati lah. Bukan hilang kena bawak lari dengan ke lombok. Ah Tat seorang anak yang taat. Nama pun Tat. Tambah satu 'a' dah jadi taat. Kalau tambah telur jadi Tat telur. Ok tak lawak.

Ah Tat selalu menghantar barang-barang keperluan pada mendiang bapaknya. Setiap hari dia hantar duit, buah limau, hantar rumah, bakar colok and so on.

One day, Ah Tat, berfikir. "Zaman sikalang suda belubah. Keperluan pun sudah melubahkan dirinya. Mesti Appa mahu lebih dali makanan dan wang linggit. Haiyaa kenapa wa tala tepikir ini macam. Jangan lisau appa. Wa suda kefahaman sikalang.."

Ah Tat bakar gambar iPhone dengan niat menghantar handphones pada ayahnya. Dia berharap ayahnya dapat hidup seperti dia disana, mampu berkomunikasi dan hidup tenang. Dia tersenyum bangga. Tiada apa yang menggembirakannya selain dari dapat menggembirakan orang tua nya.

Pada malamnya, Ah Tat bermimpi berjumpa ayahnya. Muka ayahnya bengis. Marah. Ah Tat bertanya:

"Mengapakah appa malah-malah ni?"

"Appa marah sebab kau tu anak derhaka!"

"Kenapa appa? Apa kesalahannya Ah Tatt?"


"Tadi lu ada hantar iPhone kan?"


"Ye betul appa. Ah Tat hantar iPhone. Kenapa appa?"


" Lu jangan buat-buat tak tahu Ah Tat...!"









"Lu hantar iPhone, tapi lu tara bagi sekali dia punya charger!!"


 
 
     

2 comments:

Unknown said...

Ada betulnya kat situ.

Shawn Razaleigh said...

siol

tahu pulak dia guna ifong, gua pun bodoh2 alang lagi.awrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...