Saturday, November 26, 2011

Wikimangkukpedia - Doodle.




Apa itu doodle? Adakah ia sejenis makanan segera? Adakah ia jenama mesin jahit? Atau jenama selipar jepun yang bukan dibuat di Jepun tapi, di Batu Berendam Melaka. Dimana orang Jepun, negara Jepun mahupun askar Jepun tiada kena mengena dengan selipar tersebut. Mungkin mereka agak berkecil hati dan tersinggung dengan pihak tidak bertanggung jawab yang menamakan selipar kurang berkualiti itu dengan nama selipar Jepun. Tapi apa yang penting sekarang, doodle itu bukanlah jenama selipar Jepun rendah kualiti itu. Bukan juga yang tinggi kualiti. Senang cerita, selipar jepun dengan doodle memang langsung tiada kaitan antara satu sama lain.



"Doodle adalah gambar kartun yang dilukis sendiri oleh blogger menggunakan software-software murah seperti Paint dan Photoscape. Doodle menyerupai tubuh badan manusia dalam sudut pandangan 2D, tidak realistik walau sepatah haram pun, tubuh badan umpama batang aiskrim Paddle Pop, rupa yang tiada simmetri, dan  warna yang tiada shading. Jika doodle itu berupa wanita bertudung, tudung doodle itu wajib menyerupai tudung bawal, dan bukanlah tudung shawl, hana tajima, pashmina mahupun tudung periuk. "

Sumber - Whaddehellyoupedia


"Doodle ialah satu hasil proses pencantuman piksel-piksel berlainan warna, disusun menggunakan pseudo code yang diprogramkan oleh software berkenaan, yang akhirnya menjadikan satu imej yang terbentuk dalam format Join Photographic Expert Group atau JPEC, yang memudahkan ia dibuka dan diupload kemana jua. Imej yang terhasil umpama hasil perkomputeran yang gagal kerana warna  yang diluar piawaian dan garisan luar (outline) yang tidak sejajar dengan arus pemodenan teknologi."

Sumber - Hill-McGraw, C++ Reference Book for Failed Post Graduate Students



"Doodle ialah illustrasi yang dilukis seringkas yang mungkin oleh blogger-blogger yang merasakan blog mereka kurang meriah tanpa adanya kartun, tapi terlalu miskin untuk mengupah designer yang professional, maka, doodle diwujudkan bagi menampakkan bakat mereka yang terpendam, ada nilai sentimental, disamping boleh dilampirkan dalam CV atau resume, jikalau mereka memohon kerja di Les Copague untuk membikin filem BoBoBoBoBoBoBoy the Movie.."

Sumber - Harian Meteruk


'Doodle ialah karya ekspresi yang ikhlas, tulus dan nurani yang dizahirkan oleh penulis blog unggul dan terampil dari segenap alam, sama ada alam nyata, alam jin, mahupun Dr Rozmey's 2 Alam. Doodle adalah satu cara manusia mengeratkan hubungan sesama mereka dan mencari sinar kebahagiaan yang hakiki melalui perkongsian doodle yang mencerminkan perpaduan nawawi sejagat manusia yang jahil ini.'

Sumber - Pujangga Gerhana Perisik Mentari (A. Samad Said)




"Doodle itu makanan yang lazat yang kenyal, selalu dibuat dimusim raya  aidilfitri"
    -Cik Peah

"Doodle itu nama gelaran semua team bangang yang kalah dengan Liverpool"
   -Niki Razali 

"Doodle tu apa...? Hado aku kesah??"
   -Cik Ungu

"Doodle...errr....doodle....errrrrrmmm.......errrr....doodle.....ermmm"
   -Mat Rock Bunga

"Doodle itu mengingatkan aku pada baju bundle yang aku pernah beli tapi tak pernah pakai sebab besar sangat"
   -Aku

  




  SELAMAT BERDOODLE YE KAWAN-KAWAN!

1 comment:

ros said...

saya suka doodle..tpi sy x pndai langsung nak buat doodles....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...