Wednesday, November 23, 2011

Bila Kita Putus Cinta # 2

Kalau nak baca yang part 1 sila klik NikiComelSangat.com. Nak jugekk promote belog kau yang tak semenggah tu khenn? Kalau tak nak baca, tak apa. Pasal entry tu pun macam kelaut sangat. Lain yang aku pikir, lain pula yang aku taip. Entah apa-apa entah. Sebijik macam orang nak menopos.


Di sini aku nak list kan beberapa perkara tak munasabah yang orang-orang patah hati selalu buat. Pada sesiapa yang tak pernah couple, anda memang legend. Nampak benor tak lakunye. Hikhikhik. Pada sesiapa yang tengah masyuk-masyuk bermadu kasih sekarang, sila beringat yang tak selamanya anda akan hidup bahagia. Pasal hati manusia hakikatnya sangat palat.

Bila kau putus cinta,

Kau rasakan hidup kau gelap gelita. Dah tak de harapan nak teruskan hidup. Rasa semua impian kau lenyap. Rasa sesat dalam jalan yang penuh dengan kegelapan. Jangan jadi bodoh. Dari rasa lemas dalam gelap, baik kau pergi buka lampu. Tak payah nak feeling-feeling terluka sangat lah. Dari sesat dalam jalan yang penuh kegelapan, lebih baik kau pergi cari jalan yang ada lampu. Ada benda senang apa buat cari benda susah? Pilihan tu ada dalam tangan kau.

Bila kau putus cinta,

Kau rasakan air mata kau begitu senang nak tumpah. Bila teringat saat-saat manis je, terus menangis macam ada orang mati. Konon-konon semua barang kau, ada touch dari ex kau. Kau tengok henset kau, kau teringat dulu kau dengan ex kau suka cam-whore kat depan cermin fitting room mall sambil buat muncung itik. Kau pikir kau santek sangat? Kau tengok Kopi Janda, kau teringat tu air faveret ex kau. Lepas tu mula lah meratib meroyan segala bagai. Layan movie pun nak nangis. Kalau movie Kal Ho Na Ho ke, P/S I Love You ke, aku boleh terima kalau kau nak habiskan tisu satu kotak. Tapi kalau dah tengok Spongebob pun kau nak nangis, pejadahnya? Oh, lupa. Tu kartun faveret ex kau kan? 


Bila kau putus cinta,


Mula lah segala playlist lagu kau berubah. Lagu pula nak lagu yang jenis kau-merana-aku-merana kan. Dah tahu diri tu sedih, yang pergi dok layan lagu sedih juga apa pasal? Cari nahas je. Aku boleh terima kalau kau nak meratib feeling-feeling sedih dengar lagu sedih. But then, kau sumbat telinga kau dengan ear phone boleh tak nokk? Sila hormati dengan orang-orang sekeliling anda. Kadang-kadang kita yang tengah hepi-hepi-hati-gumbira ni pun boleh rasa nak menangis tanpa sebab bila hari-hari setiap masa di feed kan dengan lagu tak semenggah gitu. 


Bila kau putus cinta,


Kau rasa masalah kau datang bertimpa-timpa. Time tu lah nak test nya, time tu la nak kena submit assignment 3 bulan lepasnya. Time tu la nak kena saman la. Sekali gus pula tu. Mulut kau tak habis-habis dok salahkan takdir. Padahal sendiri yang cari pasal. Masa tengah bahagia tak beringat. Masa dah susah barulah nak gelabah. Please la. Jadi manusia yang masuk akal sikit boleh tak? Jangan jadi macam anjing yang suka betul menyalak kat bukit. Padahal sikit effect pun tarak.








Bila kau dah putus cinta tu, sila lah get back to your life. Sampai bila kau nak menangis mengharapkan yang ex kau balik kat kau? Susah sangat ke kau nak sumbat dekat otak kau, yang korang dah takde jodoh. Rilek sudah lah. Esok lusa ada lah orang nak kat kau. Ex kau dah dapat pengganti yang lagi hot dari kau?? Persetan kan semua tu. Sikit pun tak jejaskan ekonomi negara. Ye dak?

4 comments:

amrlaqm said...

hape daa kopi janda~
takde kopi lain ke? HAHA


errr..
kau nie baru putus cinta ke?
kbaiii!

El said...

aku rasa macam aku jer yang ex tu. kah kah.
8thumbs up

Anonymous said...

aqiim:

cinta pun idak, nk putus ape nye? ni kajian ilmiah yg aku buat spjg taun ni. haha


el:

part mne yg mcm ko? ko ske kopi jnda, ske tgok spongebob, ataupun ko suke tgkp gmbr dpn cermin dengn muncung itik?

El said...

spongebob. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...