Wednesday, April 25, 2012

Sejarah perkataan 'Tahap Gaban'

Peh, meggi ni sedap tahap gaban!
Hamidon, lubang hidong kau besar tahap gaban doe!
Ari nIew kitEw buShan taHap gAbaN!
Besar tahap gaban selera kau. Kau bela jin ye, Khalid Samsuri?
Battleship best tahap gaban wa cakap lu!


Hari ni semua orang guna perkataan GABAN, tak kiralah muda, tua, miskin, kaya, pangkat CEO, Datuk Datin, makcik jual nasi lemak, brader ulat tiket di stesen bas Puduraya, dan termasuklah kamu-kamu yang budak mentah yang masih belajar. Tahap gaban ni dalam bahasa melayu pasar boleh dikategorikan sebagai kata penguat. Bukan ubat penguat ye abang-abang dan adik-adik. Jangan salah faham pula. 

Tahap gaban ni digunakan untuk membawa erti penguat kata, macam sangat, amat, betul, gila, nak mampos, cegampang, dan sebagainya. Tapi dalam sedap-sedap menyebut perkataan gaban ni, tahukah korang especially adik-adik yang lahir dizaman moden, dimana nokia 3310 sudah digunapakai, apakah itu gaban yang sebenarnya? 

Well, Gaban ni sebenarnya superhero Jepun yang bercostum dan bercirikan futuristik sikit. Ala, lebih kurang macam Super Hentai Sentai, atau Power Rangers, Kamen Rider, Cyber Cop, and etc. Rancangan ni bersiar around 1960-1970. Time ni bukan kata lahir, mak aku pun belum kenal lagi abah aku. Tv pun masa ni ada lesen. So, aku pun tak pernah tengok cerita ni,






"Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis. Selepas itu, tajuk dalam Bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan". Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba"."    -Sumber Wikipedia


So, aku andaikan mungkin masa ni, Gaban ni satu fenomena luar biasa dikalangan muda mudi. Lebih kurang Gaban ni macam Aaron Aziz lah kot. Mana-mana je kau nak bandingkan orang hensem mesti kata hensem macam Aaron Aziz. Biasalah tu. Aku pun dah bosan disamakan dengan Aaron Aziz. So, disebabkan Gaban ni terlampau sangat powernya, semua yang power dan hebat dan dasyat dalam muka bumi yang fana ini akan disamakan dengan gaban. Itulah sejarahnya. Sampai sekarang, kuih karipap pun boleh disamakan dengan gaban. Entah mana persamaan dia aku pun tak tahu.


Ini lagi gambar-gambar Polis Angkasa Gaban:






Gabin.jpg




Siapa panggil gua tadi? Nak kena luku??





Meanwhile di India.......








/ahtees/admin/movies/content/16031_17_Gaban.jpg
Mereka ada Gaban mereka sendiri. 


      

8 comments:

ubi snida said...

gaban dah jadi mainstream. tuka ke nokharom.
hehe

aku bukan hipster

Anonymous said...

hah. aku nmpk super HENTAI je. yang lain aku dah x nmpk.


hahahaha

El said...

Jani: kau tau tak perkataan hipster tu pun dah jadi mainstream. baik jgn ckp lagi. haha

El said...

kau bab-bab macam ni laju je

eddeved said...

"Tahap Gaban" sebenarnya tak ada kena mengena dengan Gaban the Space Cop...Tahap Gaban ialah singkatan dari "Tahap Gila Baban" yang diungkap oleh seorang pemain gitar tahun 90an yang dah arwah dan in turn ditulis oleh seorang penulis majalah spastik dalam ROTTW circa 2000-2004.

Unknown said...

Cuba kiter bayangkan kehebatan Gaban masa tu, dia mampu bertukar dari org biasa kepada suit dia dlm masa 0.05 saat. Laju x? Power x? itu x cukup...

Dia ada Pedang ,.. dia belah raksasa dari Jauh sambil sebut "Gaban Z belah dua". hebat x? tak cukup lagi

Agak2 nak kalah panggil naga, naga dtg tolong, lompat dari bumi naik ke atas belakang naga kat angkasa lepas nu....power tu...

Punya la hebat Gaban, xder yg x hebat la...

Klu diaorg kata , cepatnyer ko sampai, mcm Gaban (Maknanyer mcm x logik jer ko ni boleh cepat mcm nie) sbb yg boleh cepat mcm ni sekor jew Gaban!

Unknown said...

Business users may choose the product according to their business level. Other product by the antivirus is for different categories and users across the world rely on it to secure their data.
For More information Visit Our Site:
norton.com/setup
office.com/setup
office.com/setup
mcafee.com/activate

Anonymous said...

Ya prkataan gaban, berasal dari drama polis angkasa jepun.. Space cop gaban..Disiarkan di tv malaysia pada tahun 80 an rasanya kalau tak silap saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...