Wednesday, May 16, 2012

CerpenMangkuk : Pahlawan Boroi Malu Besar

Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu yakni zaman sebelum kesultanan Melaka bermula. Pada zaman itu, negeri Melaka masih belum wujud. Namun begitu, terdapat sebuah kota yang dipanggil Kota Babylon. Masyarakat di situ hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa peperangan. Mereka hidup berbilang kaum. Tidak pernah langsung berlaku kegiatan rasuah di dalam kalangan pemimpin mereka apatah lagi bantahan-bantahan dari rakyat jelata.

Di kota tersebut, tinggal seorang pemuda yang misteri. Tiada siapa yang tahu dari mana asal-usul pemuda tersebut. Namun, penduduk kota tersebut memanggilnya Pahlawan Boroi. Hal ini adalah kerana dia boroi. Pada suatu hari, ketika Pahlawan Boroi sedang berjalan ke kedai untuk membeli kicap, beliau telah diserang oleh sekumpulan perompak. Pahlawan Boroi dengan segera membuka langkah untuk menentang para perompak tersebut.

Tiba-tiba salah seorang dari perompak-perompak tersebut bersuara, "wahai tuan hamba, siapakah gerangan tuan hamba?". Pahlawan Boroi menjawab, "hamba lah pahlawan boroi, pahlawan terhebat di dalam kota ini". Sejurus selepas itu, para perompak tersebut ketawa berdekah-dekah. Pahlawan Boroi yang kehairanan lantas bertanya, "wahai tuan hamba sekalian, mengapakah kalian ketawa sehingga keluar air mata?". Perompak tersebut menjawab, "kami ketawa kerana zip zeluar tuan hamba terbuka! kahkahkah!". Pahlawan Boroi segera melihat zip seluarnya. Memang benar, zipnya terbuka. Lebih mengejutkan, beliau terlupa untuk memakai seluar dalam. Pahlawan Boroi yang malu dengan peristiwa itu lantas terus lari meninggalkan perompak-perompak tersebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Sambil berlari, dia sempat mendengar salah seorang perompak menjerit kepadanya, "kecik! kahkahkah!". Semenjak itu, tiada siapa tahu di mana Pahlawan Boroi berada.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...