Monday, March 5, 2012

CerpenMangkuk : Jamal dan Awek Bikini

Di sebuah kampung, tinggal seorang pemuda yang bernama Jamal. Jamal adalah seorang pemuda yang tidak bekerja. Setiap hari beliau cuba untuk mencari pekerjaan namun usahanya gagal. Orang kampung memanggilnya dengan panggilan Jamal Gagal dek kerana beliau sering gagal dalam setiap apa yang dilakukannya.

Suatu petang, Jamal melepak di bawah pokok di tepi padang bola sambil bermain gitar. Jamal agak berkebolehan dalam mencipta lagu terutamanya lagu yang bergenre dangdut. Antara lagu-lagu yang telah Jamal cipta adalah seperti Cintaku Di Punggungmu, Beranak Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Cinta Itu Bubur Ayam dan sebuah lagu patriotik iaitu Mengapa Mesti Mengundi Bila Hati Sudah Jemu.

Sedang Jamal asyik melepak, tiba-tiba dia terlelap. Agak lama dia terlelap. Dalam tidurnya, Jamal bermimpi melihat seorang wanita cantik yang sedang berlari-lari di tepi pantai. Wanita itu cuma memakai bikini. Jamal memerhati wanita itu tanpa berkelip. Hayunan punggung wanita itu diamatinya betul-betul. Kiri, kanan, kiri, kanan. Ah, Jamal semakin ghairah melihat situasi itu. Jantungnya mula berdegup kencang.

Tiba-tiba Jamal tersedar dari tidurnya. Jamal dalam keadaan mamai. Dalam samar-samar, dia ternampak sekujur tubuh tanpa seurat benang. Hati Jamal kembali berdegup laju. "aiseh, awek mana pulak bogel depan gua ni?". bisik Jamal. Dia masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jamal semakin teruja. Dia menggosok-gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas. Sebaik sahaja Jamal dapat melihat dengan jelas.....




























3 comments:

El said...

lagu mengundi dia style

Raden said...

jamal bernafsu binatang

Anonymous said...

heh. knp ada cinta itu bubur ayam?

hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...