Sunday, March 18, 2012

CerpenMangkuk : Misteri Teh Ais

Pada suatu hari, Ramlan Ram dan rakan karibnya iaitu Seman Bulu, lepak di kedai mamak. Tujuan mereka melepak di situ adalah untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Sekolah Sukan Bukit Jalil FC. Di situ, Ramlan Ram memesan segelas air teh ais manakala Seman Bulu pula memesan segelas air kacip fatimah.

Mereka pun menonton perlawanan tersebut dengan sepenuh perhatian. Selang beberapa minit kemudian, air yang dipesan oleh mereka pun sampai. Dipendekkan cerita, Ramlan Ram pun mengambil gelas berisi teh ais untuk diminum. Kebetulan, Ramlan Ram sedang memegang telefon bimbitnya kerana sedang bermesej dengan aweknya. Kebetulan lagi, sewaktu Ramlan Ram hendak minum sambil memegang hensetnya, pemain Manchester iaitu Ramli telah menjaringkan gol. Ramlan yang merupakan peminat setia pasukan MU telah bersorak dengan kuat. GOLLLLLLLLL!!!

Tanpa Ramlan sedari, ketika dia menjerit, hensetnya terlepas dari genggaman tangannya lalu terjatuh ke dalam gelas teh ais tersebut. Ramlan yang perasan akan kejadian tersebut lantas terus menjadi panik. Ramlan memasukkan tangannya ke dalam gelas tersebut untuk megambil hensetnya. Malangnya, henset Ramlan tiada di dalam gelas tersebut. Ramlan tak puas hati. Ramlan kemudiannya mengangkat gelas tersebut lalu menuangnya ke dalam longkang untuk mendapatkan hensetnya. Bertambah malang, henset tersebut telah tiada. Ramlan jadi bingung. Dia sendiri yang melihat hensetnya jatuh ke dalam gelas itu dan sekarang henset itu telah hilang. Ramlan semakin bingung.

Ramlan kemudiannya duduk termenung memikirkan tentang kejadian aneh yang telah berlaku padanya sebentar tadi. Sedang Ramlan duduk termenung, tangannya meraba-raba poketnya. Alangkah terkejutnya Ramlan, ketika sedang meraba-raba poket seluarnya, Ramlan terasa seperti ada sesuatu yang rasanya seperti henset. Ramlan segera menyeluk poket seluarnya. Ramlan bertambah-tambah terkejut apabila dia mendapati hensetnya berada di dalam poket seluarnya dalam keadaan yang elok dan tak basah. Ramlan semakin bingung. Memang dia sendiri yang melihat hensetnya jatuh ke dalam gelas teh ais, dan sekarang, hensetnya itu berada dalam poket seluarnya dalam keadaan elok.

Akhirnya, Ramlan jadi gila.


ini teh ais.



- TAMAT -

2 comments:

Anonymous said...

kesimpulan nya:

jgn minat mencester united kerana anda akan jadi gila.

hahahah

El said...

hahahahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...