Saturday, March 31, 2012

Tahukah anda?

 Harap maklum, ini cuma copy paste dari blog lain yang juga copy paste dari blog lain yang mungkin juga copy paste dari blog lain yang juga mungkin copy paste dari blog yang lain dan lain yang selebihnya anda boleh sambung sendiri sampai anda jadi gila. 


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



P/S: Credit to Fizamanan, adik kandung aku yang berlainan mak dan lain ayah. Tahniah kerana turut serta dalam rantai copy paste. 


     

Thursday, March 29, 2012

Melankoli Akhir Mac

Hasan Nawawi berdiri didepan kedai makan Rokiah Corner. Dia lihat ramai orang sedang layan menjamu selera. Ada yang makan nasi ayam paprik, ada yang makan char kuey teow, dan tak kurang juga yang makan chicken chop. "kejadah apa kedai melayu jual chicken chop". Bisik hati Hasan Nawawi.

Dia meraba kocek kanannya. Ada seringgit. Dia menyeluk kocek kiri. Ditarik benang-benang dari dalam koceknya. Terlekat habuk-habuk dari sabun basuh Breeze. Itupun sabun yang dipinjam roomatenya. Hasan Nawawi  membuka walletnya. Cuma resit deodorant Nivea Man yang kelihatan. Itu pun bertarikh tahun lepas. Sudah lima bulan Hasan Nawawi  tak pakai deodorant.

Disebalik resit itu muncul sekeping syiling lima posen.


"Setan mana pulak ada jual nasik harga seringgit lima puluh sen"


 Hasan Nawawi berlalu meninggalkan kafe Rokiah Corner.

Dalam perjalanan balik, dia terlihat mesin air tin minuman. Terliur pulak dia tengok tin Pepsi dalam mesin tu.

Dengan pantas beliau menuju kearah mesin air minuman. "Kalau nak makan megi, baik aku beli air sedap sikit. Ada jugak selera nak makan".

Perlahan-lahan Hasan Nawawi masukkan sekeping wang seringgit kedalam slot mesin itu.

Hasan Nawawi sempat menjeling ke arah butang refund. Sudah rosak akibat ditendang Sulaiman Kasim minggu lepas.

Hasan Nawawi keluarkan lima puluh sen yang menyorok disebalik resit dalam walletnya tadi.

Syiling lima puluh sen itu terjatuh.

Bergolek-golek. Masuk kedalam longkang.





"Bagus....." bisik hati Hasan Nawawi.


 

Wednesday, March 28, 2012

gangster

dulu dulu aku selalu kena buli. aku tak paham kenapa, dengan tudung lipat rapat ke dalam, baju sekolah labuh, kasut guna kasut spark yang aku rasa masa tuh aku aaa yang paling cool.

pastu, bila time gi makan, mesti ada orang tumpahkan sos kat baju. aku mampu buat muka redha jek. sebab aku tak tahu siapa, yelah. ramai ramai masa tu mana sempat nak cam muka.

tetiba "weh Fitri (bukan nama sebenar), ko dah tumpahkan sos ke belum kat baju Amalina?", aku terdengar perbualan budak sekor ni entah aku pun tak hengat nama dia.

aku pun yarrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! aku serang si Fitri. aku tarik baju dia. koyak. butang tercabut 2 3. masa tuh aku rasa aku macam superwoman. kahkah.

yang si budak aku tak ingat nama? ha aku buat belakang tabir jek. aku koyakkan buku dia. huahuahua

Tuesday, March 27, 2012

Mangkuk minggu ini: Lawak yang genius dari budak sekolah.

Siapa la budak genius yang jawab soalan ni. Teringin betul aku nak ucapkan tahniah kat dia sebab tersenarai sebagai mangkuk minggu ni. Hahah. Sempoi betul jawapan exam budak ni. Entah apa mak dia bagi makan aku pun tak tahu. 





Siapa tak gelak dia peminat setia M Daud Kilau.


      

Monday, March 26, 2012

Cakap Kencang.

'You talk to much. And i had enough. It ain't my fault if you lost your touch.'


Ada dua benda dalam dunia ni yang aku kurang suka. Satu, orang yang cakap kosong. Dua,tempat yang semak dengan manusia-manusia 'semak'.

Selalu aku tengok orang pung pang sana sini cakap kencang about this and that. But at the end of the day, they do nothing but worst. Cakap macam ko sorang yang hebat. Man! Sekali sekala it's ok to talk big words. Tapi bila dah selalu, even kau macho tahap Remy Ishak, orang akan berasa sangat ghairah untuk hempuk kepala kau dengan gitar. 

'Saya tak bangga jadi melayu. Tapi saya bangga jadi orang Islam'

Perghhh! Kau cakap kencang sangat ni bro. Gambar FB ko kepak awek sexy bergetah kiri kanan apa cerita? Bitch please. 

'Say no to Lynas'

Ketuk meja. Sampai fakta semua ko tolak tepi. Konon-konon pergi perhimpunan. Nak kecoh pasal radioaktif. Yang ko merokok asap kepul-kepul ko hembus kat muka orang apa hal? Nak mati, mati sorang-sorang der. Jangan seret orang lain sekali. 

Selebihnya malas nak ulas lagi. Pikir sendiri.

Sunday, March 25, 2012

Si Tompok dan Hasan Nawawi bercuti di Sunway

 


Setelah menghabiskan hujung minggunya dirumah Siti, Tompok memulakan perjalanan baru. Hari ini beliau berhajat nak pergi Sunway Piramid, dengar kata kawan dia, Sunway Piramid tu berbentuk nenek moyang diorang yang dulunya pejuang keadilan dizaman Paleolitik. Dia anggarkan kalau berjalan kaki, mungkin malam tu baru sampai. Memandangkan dia seekor kucing jalanan, memang berjalan kaki je lah yang dia mampu. Kalau dia ada duit and boleh bercakap dah lama ambik bas 85, turun kat Kelana Jaya, lepas tu naik bas 102 ke subang, then turun kat Sunway.

Tompok memulakan perjalanan selepas breakfast dibelakang kedai mamak, dimana tulang ikan dan lauk ayam pattaya bertimbun dalam plastik hitam. Tompok tahu perjalanan masih jauh, so dia siap-siap bawak bekal ayam KFC yang dijumpai dalam plastik tadi. Memandangkan dia berjalan kaki, so dia tak perlu check minyak hitam, check tayar atau isi minyak. Cuma perutnya saja yang perlu diisi.

Pada masa yang sama, Hasan Nawawi dalam perjalanan ke Sunway Lagoon dalam rombongan lawatan sambil belajar anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Ye, langsung tak ada apa-apa kaitan yang jelas antara Sunway Lagoon dengan mechanical engineering. Tapi sebenarnya lecturer mereka, Encik Musalman Taiyob yang nak mandi di Sunway Lagoon. Siap bawa goggle dan pelampung lagi. Pelampung berbentuk itik pula tu. Katanya dia nak mengajar Boyle's Law dan Archimedes' Law, iaitu prinsip tentang pengapungan and ketumpatan air. Student-student semua mengiyakan saje.

Hasan Nawawi duduk seat belakang, betul-betul atas tayar. Setiap kali bas melalui bumper, punggungnya melayang lapan sentimeter keudara. Hampir terpelanting dibuatnya. Nasib baik gadis comel Nur Nadia Kamaruddin berada di seat depannya. Selama lapan jam lapan saat dia cuba control macho didalam bas walaupun sesaat pun Nur Nadia Kamaruddin tak memandangnya.

Hasan Nawawi mula mengorek hidung.





Ah, tak ada idea pulak.

   


Cuba lagi next time...

Wednesday, March 21, 2012

CerpenMangkuk : Nek Kebaya dan Cita-Citanya

Nek Kebaya adalah seorang janda. Suaminya telah lama meninggal kerana tercekik buah durian. "bangang betei lah orang tua tu." kata Nek Kebaya beberapa minggu selepas kematian suaminya dahulu. Kini, Nek Kebaya tinggal bersama dengan anaknya iaitu Ramli. Ramli mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Azman. Setiap hari, Azman lah yang menjadi kawan Nek Kebaya. Azman lah yang melayan kerenah Nek Kebaya. Dari memasak sehinggalah bermain bola baling, semuanya dilakukan oleh Azman bersama-sama dengan Nek Kebaya.

Hari ini, perangai Nek Kebaya tidak sama dengan sebelum ini. Hari ini dia nekad. Dia nekad untuk melakukan satu perkara yang telah lama diidamkannya. Semenjak kecil, Nek Kebaya selalu berangan untuk membuat perkara itu namun dek kerana faktor kemiskinan, dia terpaksa melupakan hasratnya itu. Namun hari ini, dengan berbekalkan semangat perjuangan yang tinggi, Nek Kebaya berazam untuk melunaskan cita-citanya.

Sejak awal pagi lagi, Nek Kebaya telah bersiap-siap. Kemudian dia masuk ke dalam hutan di belakang rumah anaknya. Azman, cucunya hanya memerhatikan sahaja gelagat neneknya. "kejadah orang tua ni masuk hutan pagi-pagi buta ni?" tanya Azman di dalam hati. Tidak berapa lama kemudian, Nek Kebaya keluar dari hutan itu dengan membawa beberapa batang pokok sambil menari mengoyang-goyangkan punggungnya. Azman ternganga melihat kelakuan neneknya itu.

Nek Kebaya kemudiannya terus berlalu tanpa mempedulikan cucunya. Dia mengambil sebilah pisau lalu diacukan ke batang pokok yang diambilnya tadi dan membuat gaya seperti sedang mengukir sesuatu. Azman hanya memerhati. Sejam kemudian, Nek Kebaya menjerit, "yahoooo! siap bro!". Azman dengan pantas bertanya, "apa yang siap nek??". Nek Kebaya membalas lagi, "meh sini meh, tengok ni nenek buat, walawehhh hebat siottt!". Azman yang masih tertanya-tanya lantas segera pergi ke neneknya dan apabila dia sampai, dia melihat....



















hentam lah nenek! asalkan nenek bahagia. hikhik

Siapakah Hasan Nawawi?

Aku saja-saja check statistic blog aku yang sekarang ni macam padang jarak padang tekukur. Just saje usha-usha apa yang patut sebab tak ada idea nak update apa. So, dalam keyword search tu aku jumpa satu keyword yang buat aku gelak sikit. Gelak sikit jelah, sebab bukan lawak sangat pun kan. Just find it somehow really funny.




So, persoalan kat situ, siapa Hasan Nawawi? Mana asal usul dia? Apakah signifikasi dia dalam tamadun kita?  Apa sumbangan dia pada masyarakat sampaikan aku dan Niki tabik sangat mamat loser ni?


Tunggu entry lain kali la eh. Ok aku nak sambung gelak jap. Hahahahahaha.

Tuesday, March 20, 2012

Mangkuk minggu ini: Hero tamil Vijayakanth vs Isaac Newton

Aku dapat pic ni minggu lepas, tapi baru post minggu ni sebab tak ada masa nak post. Aku baca article ni memang nak pecah perut. Tapi apa yang Prof Shaukat ni tulis sangat true. Movie tamil sekarang dah went beyond logic. Kah kah kah.






    

Sunday, March 18, 2012

CerpenMangkuk : Misteri Teh Ais

Pada suatu hari, Ramlan Ram dan rakan karibnya iaitu Seman Bulu, lepak di kedai mamak. Tujuan mereka melepak di situ adalah untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Sekolah Sukan Bukit Jalil FC. Di situ, Ramlan Ram memesan segelas air teh ais manakala Seman Bulu pula memesan segelas air kacip fatimah.

Mereka pun menonton perlawanan tersebut dengan sepenuh perhatian. Selang beberapa minit kemudian, air yang dipesan oleh mereka pun sampai. Dipendekkan cerita, Ramlan Ram pun mengambil gelas berisi teh ais untuk diminum. Kebetulan, Ramlan Ram sedang memegang telefon bimbitnya kerana sedang bermesej dengan aweknya. Kebetulan lagi, sewaktu Ramlan Ram hendak minum sambil memegang hensetnya, pemain Manchester iaitu Ramli telah menjaringkan gol. Ramlan yang merupakan peminat setia pasukan MU telah bersorak dengan kuat. GOLLLLLLLLL!!!

Tanpa Ramlan sedari, ketika dia menjerit, hensetnya terlepas dari genggaman tangannya lalu terjatuh ke dalam gelas teh ais tersebut. Ramlan yang perasan akan kejadian tersebut lantas terus menjadi panik. Ramlan memasukkan tangannya ke dalam gelas tersebut untuk megambil hensetnya. Malangnya, henset Ramlan tiada di dalam gelas tersebut. Ramlan tak puas hati. Ramlan kemudiannya mengangkat gelas tersebut lalu menuangnya ke dalam longkang untuk mendapatkan hensetnya. Bertambah malang, henset tersebut telah tiada. Ramlan jadi bingung. Dia sendiri yang melihat hensetnya jatuh ke dalam gelas itu dan sekarang henset itu telah hilang. Ramlan semakin bingung.

Ramlan kemudiannya duduk termenung memikirkan tentang kejadian aneh yang telah berlaku padanya sebentar tadi. Sedang Ramlan duduk termenung, tangannya meraba-raba poketnya. Alangkah terkejutnya Ramlan, ketika sedang meraba-raba poket seluarnya, Ramlan terasa seperti ada sesuatu yang rasanya seperti henset. Ramlan segera menyeluk poket seluarnya. Ramlan bertambah-tambah terkejut apabila dia mendapati hensetnya berada di dalam poket seluarnya dalam keadaan yang elok dan tak basah. Ramlan semakin bingung. Memang dia sendiri yang melihat hensetnya jatuh ke dalam gelas teh ais, dan sekarang, hensetnya itu berada dalam poket seluarnya dalam keadaan elok.

Akhirnya, Ramlan jadi gila.


ini teh ais.



- TAMAT -

Saturday, March 17, 2012

Beza antara orang lurus bendul dan orang bijak.


Si bangang reader said....
Menurut pembacaan saya:
1)John Lennon = pengikut Mr. Crowley = pengikut Illuminati.
2)And the world will be as one = new world order = ajaran kitab Talmud(zionis) = perjuangan kumpulan Illuminati = menghancurkan agama suci islam.

Sekian.





Author Teh Tarik Gelas Besar said...


"nampak sangat anda tak pernah membaca tentang illuminati.

Illuminati adalah sekumpulan golongan saintis yang ditentang golongan agama.Saintis ini dimulai oleh Nicholas Copernicus yang mengatakan bumi mengelilingi matahari - tapi ditentang oleh gereja Roman Catholic.

Gereja Roman Catholic ini mengatakan Illuminati - atau dalam bahasa Latin "pencerahan" ini sebagai sesat - kerana mereka cuba menafikan apa yang ditulis oleh Bible.

Persoalannya sekarang - apakah budaya pencarian maklumat perlu dihentikan semata-mata kerana penulisan orang yang terdahulu?Sila baca topik "Menulis Bukan Kerana Nama" saya.

Pendirian saya - jika anda tidak mahu "the world to live as one" - atau menentang "satu bangsa manusia" - bermakna anda rela melihat manusia berperang kerana berbeza agama,bangsa atau warna kulit.

Saya lebih rela melihat "the world to live as one" daripada berperang dan berbunuhan kerana agama.

Yang menghancurkan agama Islam adalah orang yang menganutnya sendiri - jika mereka salah mengintrepretasi apa yang agama tuntut."

"Viewer blogger ni,ada yang Islam,ada yang Kristian,ada yang Buddha,yang atheist,yang anti-cleric,yang freethinker - semua ada.Kita boleh bercakap mengikut kefahaman kita - tapi kita tak boleh nak mendiskrimikasi ajaran orang lain macam contoh "kitab Talmud Yahudi nak hancurkan agama Islam".Dan Yahudi bukanlah agama.Yahudi adalah bangsa.Tu yang perlu umat manusia faham."



Si lurus bendul ni sama macam bendul pintu. Lurus, pegun and ikut je apa yang dia baca and apa yang orang bagitahu. Then terima benda tu bulat-bulat, biarkan otak diorang dikurung dengan teori sendiri.

Si bijak tahu, faham, pandai berfikir dan boleh beza apa betul apa tak, apa yang logic apa yang exaggerate, and lebih bersandar pada fakta dan common sense. 

Knowledge dengan intelligence pun ada beza. Knowledge itu apa-apa information whether betul atau palsu, asalkan masuk dan diserap kepala otak kau, itu knowledge.

Intelligence pulak kebolehan menapis dan menganalisis apa-apa information dah dibaca atau didengar. Then memisahkan apa yang betul dan apa yang palsu, apa yang baik and apa yang buruk. 


Pilih la nak jadi orang yang mana satu.




p/s: Aku respect brader Nami sebab tiga benda: Dia hebat. Dia bijak. Dan dia fan Liverpool. Itu yang penting. Hiew hiew


  

Friday, March 16, 2012

Teka-teki mangkuk- Terperangkap

Musalman, Karim dan Siti Rogayah terperangkap disebuah pulau.  Pulau ni ada tiga jenis spesis binatang liar. Harimau, anaconda, dan gajah. Harimau suka makan daging, Anaconda suka belit orang slim, dan gajah perlukan tulang. Musalman kurus, Karim gemuk dan Siti Rogayah slim. Satu hari, mereka semua berjumpa dengan ketiga-tiga haiwan buas ni.
 

So, soalan dia sekarang, masa ni Musalman pakai jam tangan jenama apa?

 


Mahapla...den ni watak extra yo...

      
            

Tuesday, March 13, 2012

Masalah jadi student U

"Dua tiga lembu terbang, mana nak sama si platipus ku sorang"  -Aristotle.


Berdasarkan quotes diatas, aku ada soalan untuk korang. Tapi untuk korang yang dah masuk, atau pernah masuk U je. Yang belum masuk atau baru habis SPM tolong duduk tepi sikit. Aku nak tanya, betul tak korang lebih rajin masa sekolah compare pada U? I mean, rajin dalam kelas lah. Sebab aku baru perasan, banyak benda yang kita buat lebih masa kat sekolah, kita buat kurang masa kat U.


1. Buku.

Bawa pergi sekolah:






Bawa pergi kuliah:







2. Nota

Nota ditulis lepas 1 jam kelas kat sekolah









Nota ditulis lepas 2 jam kuliah






3) Kenderaan.



Ayah/mak tak dapat hantar ke sekolah.








Tertinggal bas ke kuliah.








Itulah alibi yang sahih yang membuktikan student U lebih malas dari budak sekolah. So, siapa setuju, sila komen. Siapa tak setuju sila korek hidung guna ibu jari kaki.

Bagus, nampaknya semua setuju.



   
       

Monday, March 12, 2012

hujan dan panas

kita tak pernah puas.
bila hujan, kita bising.
bila panas, kita bising.
padahal itu semua kurniaan Allah.
Allah Maha Kaya. Maha Mengetahui.

bila hujan, baju tak kering. mengeluh itu ini.
bila panas, kita nak hujan. sebab tak tahan terik.

ahh manusia, mana pernah puas?



Sunday, March 11, 2012

Mangkuk minggu ini: Surat mohon cuti dari budak cina.

Aku tak sure korang pernah jumpa tak pic ni. Aku baru jumpa kat google. Cikgu dia suruh buat surat mohon cuti, budak sekolah rendah cina selamba je bantai buat cerita pulak. Tatabahasa terabur habis. Kah kah kah. Memang lawak




 


p/s: Aqiim, kau boleh try guna karangan dia ni untuk cerpen mangkuk kau. haha


   

Saturday, March 10, 2012

Hikayat Laksamana Awang Nawawi.



Laksamana Awang Nawawi adalah bapak kepada atuk kepada moyang kepada monyet moyang Hasan Nawawi. Beliau seorang pahlawan dan pendekar yang unggul pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Masa ni Portugis belum menjajah Melaka lagi. Masa ni mereka juga masih belum pandai bermain bola sepak. Christiano Ronaldo juga masih belum lahir. Roberto Carlos, Rasyid Sidek, Osman Kering, Faizal Tahir serta Dr Rozmey pun masih belum lahir lagi waktu ini.


Sifat Laksamana Awang Nawawi jauh berbeza dengan cicit pada cicit pada cicitnya Hasan Nawawi. Beliau berani, kuat, hebat, tangkas menangkap keris terbang, handal mengelak anak panah dan juga macho bermisai tebal. Tapi pada suatu petang yang dingin, beliau bakal mempunyai nasib yang sama dengan cicit kepada cicit kepada cicitnya Hasan Nawawi. Laksamana Awang Nawawi tiba diperkarangan rumah Siti Rokiah binti Salehuddin Ayub. Terlihat gadis sunti itu sedang khusyuk menjemur baju. Laksamana Awang Nawawi menegur,


"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing terbang der,
Dua tiga boleh kucari, hai, sorang je ker?"

Tegur Laksamana Awang Nawawi dengan nada pantun.

"Gunung Daik bercabang tiga, ambil galah tolong jolokkan,
Eh, ini laksamana Awang Nawawi kan?" 

Balas Siti Rokiah selepas 10 minit membelek kamus untuk mencari perkataan yang sama rhyme.

"Dalam perigi ada lembu, 
Eh macam mana saudari tahu?" Balas Laksamana Awang Nawawi kehairanan.

"Dalam perigi ada haruan, dalam haruan ada perigi,
Siapa tak kenal Si Awang Pahlawan, hebat dan kacak tidak terperi.. hik hik hik." Balas Siti Rokiah Salehuddin Ayub sambil ketawa tersipu-sipu.

Jantung laksamana Awang Nawawi berdegup kencang. Dia berasa teruja kerana Siti Rokiah mengenalinya. Beliau menjadi tersipu-sipu malu apabila tegurannya mendapat respon. Mahu saja dia menyanyi lagu Cinta Muka Buku kerana terlampau excited dengan jawapan Siti Rokiah binti Salehudin Ayub itu.



To be continued...(kalau rajinlah)


   

     


nak selamatkan atau nak makan?

Ada seekor beruang.

Sedang berjalan - jalan di tepi tasik.

Sedang mencari kalau - kalau ada ikan untuk dimakan.

Tiba - tiba dia terdengar ada suara mintak tolong.

"tolong! tolong saya! somebody help me pelisssss!"

Beruang itu mula mencari dari mana datangnya suara itu.

Akhirnya dia ternampak seekor ikan sedang lemas dalam tasik tu.

Beruang tu pun dengan pantas terus terjun ke dalam tasik tersebut.

Sebaik sahaja beruang itu sampai pada ikan yang sedang lemas itu,

dia rasa konfius samada nak selamatkan ikan tu ataupun nak makan ikan tu.

Jadi, bayangkan anda sebagai seekor beruang. Yang mana satu yang akan anda lakukan?


A. selamatkan ikan
B. makan ikan


Selamat menjawab!


ini beruang.

Friday, March 9, 2012

Aku mengaku aku memang mangkuk

Pada 30 Disember, aku kena amik final test subject CAD dari rumah sebab previous class aku tak datang. Aku ajak Mael ke library sebab nak mintak tolong dia buatkan. Aku bodoh sikit bab buat drafting, so aku kasi Mael dengan kawan dia Mimi yang buatkan. Dalam 3 jam baru siap. Aku tak banyak menyumbang, semua diorang yang tolong. Diorang sanggup bazirkan masa study week untuk tolong aku buat benda alah ni. And kerja yang tinggal aku kena buat simple je. Attach kat email, and send pada encik Zailani.

Sekali keluar result, aku dapat B+. Aku tak faham kenapa tak dapat A, atau at least A-. Sebab mostly siapa yang amik test final tu mesti dapat A. Aku tak faham, sampailah aku check email tadi. Jantung aku hampir nak berhenti tadi.


Email aku tu ada dalam folder draft. Bukan dalam folder sent


Sorrylah aku terpaksa post kat sini. Tak boleh post kat blog aku.


Sebab blog aku Mael dah follow. 


Kalau dia baca...




Memang mampos la aku.


        

Thursday, March 8, 2012

10 Jenis kejadian celaka yang sering berlaku di facebook

1. Status tak ada respon.

2. Mark Zuckerberg upgrade facebook lagi. 

3. Salah taip komen/status, tapi bila nak betulkan balik tiba-tiba tak ada internet.

4. Nampak post dua budak couple bercayang-cayang.

5. News feed penuh dengan orang share berita orang pecah kepala, bayi kena kerat lima atau orang berpenyakit.

6. Orang promote business, contoh: MLM, Jus Mate, jual baju, jual tongkat ali, herbalife, tudung Hana Tajima and etc.

7. Status budak sekolah.

8. Post gambar perempuan kembung pipi, kamera atas, mata bulat. 

9. Share berita spam yang si bodoh akan percaya bulat-bulat.

10. Perempuan/lelaki yang kau minat main wall to wall dengan orang lain.



Celaka betul.


  
      

Wednesday, March 7, 2012

Kisah contact lens

Tajuddin adalah seorang pemakai contact lens yang tegar. Setiap hari dia akan pakai contact lens, semestinya dipakai dimata, belum pernah contact lens dipakai ditelinga, hidung atau kerongkong.

Rutin harian Tajuddin, everytime balik kelas dia akan cabut contact lens tu and then letakkan kedalam case dia. Pada petang rabu yang hening ni, dimana angin bertiup sepoi-sepoi tak reti bahasa, awan kumulus, kumunolimbus dan awan nano meredupkan suasana petang ini, Tajuddin dalam perjalanan pulang ke bilik.

Dia baru pulang dari kelas. Tapi secebis ilmu pun dia tak bawa balik sebab sepanjang kelas hari ini dia tido aje. Well, macam hari-hari biasa, dia balik kebilik and cabut contact lens. Disebabkan dia dah tido lapan jam dalam kelas tadi, so contact lens tu susah nak dicabut. Tajuddin membeliakkan lagi mata. Dikuisnya biji mata berulang kali, tapi contact lens langsung tak berganjak. Dia membeliakkan lagi mata. Kali ni dia menguis matanya dengan lebih kasar. Tercabut juga contact lens kanannya. Tajuddin membuka case contact lens untuk menyimpan contact lens itu.


Belum sempat dia meletakkan contact lens yang dicabutnya, dia nampak sesuatu yang membuatkan dia jadi terkaku.



"Homaigot....."




"Aku lupa hari ni aku tak pakai contact lens..."



   

     

Tuesday, March 6, 2012

Langit Menangis

Pandang luar tingkap. Hujan.

Pandang bakul baju.

Makin tinggi baju yang belum basuh.

Mesin basuh kat second floor saje. Floor lain tak ada. Kalau rosak, banting tulanglah basuh tangan.

Pandang kotak duit syiling.

Tinggal empat keping lima sen saje. Tu pun dah berhabuk.

Pandang luar tingkap lagi. Masih hujan.

Pandang katil.

Pandang bantal.

Pandang selimut.

Agak-agak apa patut aku buat?

Basuh baju ke tidur? Basuh baju ke tidur? Basuh baju ke tidur? Tidur ke tidur?

Monday, March 5, 2012

Tips menaikkan TRAFFIC blog anda!!

 
Jadilah polis traffic.









 

CerpenMangkuk : Jamal dan Awek Bikini

Di sebuah kampung, tinggal seorang pemuda yang bernama Jamal. Jamal adalah seorang pemuda yang tidak bekerja. Setiap hari beliau cuba untuk mencari pekerjaan namun usahanya gagal. Orang kampung memanggilnya dengan panggilan Jamal Gagal dek kerana beliau sering gagal dalam setiap apa yang dilakukannya.

Suatu petang, Jamal melepak di bawah pokok di tepi padang bola sambil bermain gitar. Jamal agak berkebolehan dalam mencipta lagu terutamanya lagu yang bergenre dangdut. Antara lagu-lagu yang telah Jamal cipta adalah seperti Cintaku Di Punggungmu, Beranak Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Cinta Itu Bubur Ayam dan sebuah lagu patriotik iaitu Mengapa Mesti Mengundi Bila Hati Sudah Jemu.

Sedang Jamal asyik melepak, tiba-tiba dia terlelap. Agak lama dia terlelap. Dalam tidurnya, Jamal bermimpi melihat seorang wanita cantik yang sedang berlari-lari di tepi pantai. Wanita itu cuma memakai bikini. Jamal memerhati wanita itu tanpa berkelip. Hayunan punggung wanita itu diamatinya betul-betul. Kiri, kanan, kiri, kanan. Ah, Jamal semakin ghairah melihat situasi itu. Jantungnya mula berdegup kencang.

Tiba-tiba Jamal tersedar dari tidurnya. Jamal dalam keadaan mamai. Dalam samar-samar, dia ternampak sekujur tubuh tanpa seurat benang. Hati Jamal kembali berdegup laju. "aiseh, awek mana pulak bogel depan gua ni?". bisik Jamal. Dia masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jamal semakin teruja. Dia menggosok-gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas. Sebaik sahaja Jamal dapat melihat dengan jelas.....




























Sunday, March 4, 2012

Warkah buat Jessica Alba

Malek, si penjual apam balik di pasar malam Parit Sulong mendakwa pernah bercinta dengan Jessica Alba 4 tahun lalu. Selepas 3 tahun terputus hubungan, Malek merasakan sudah tiba masanya untuk dia cuba menghubungi bekas kekasihnya itu. Ini adalah surat yang dikirim oleh Malek pada Jessica Alba.



Dear Jessica,

How are you? Long time no see. I hope you is healthy walafiat. I here good-good only. I look you in the television are more beautiful, more beautiful and more beautiful. Remember me or not? We have rilatenshi  relatshionsip relationship 4 years back last time.

I listen someone say you are ehem-ehem marry already. Is it true or not? I dont sure true or not, thats why I question you. They talk your husband name are Cash Warren. True or not? I see too with my eye head myself you hold hand and walk together-gether. Arrive liver you do this to me?

I cannot belieaf  beleive belive believe that you have other people. You say you love me, true or not? You lie! You play wood three behind me. You dont have liver stomach! You break my heart and you make me disssepont dissappoiing dissapponted disappon disapponte sad.



The true one,

Malek Abdillah

Friday, March 2, 2012

Wajah authors MTB masa kecil

Niki Razali


Niki masa kecik style rambut dia ikut nama surat beranak dia, Syakira. Rambut kerinting, tembam and kuat makan. Masa ni semua orang nak nampak Niki rasa nak cubit-cubit je pipi dia, tapi sekarang dia cuma d'phewitt' jejaka-jejaka saja. Boleh undang maut bagi sape yang nak cubit pipi dia. 


Amirul Aqiim



Macam aku cakap dalam entry lepas, Aqiim memang kuat tido. Dan perangai kuat tido tu bukan tabiat baru sebenarnya. In fact, kalau tengok gambar IC dia pun dia tengah tido. Bertuah punya budak. Well, dari segi rupa dia memang tak ada yang berubah, masih hensem dan kacak, bergaya, mutu dan keunggulan. Tido pun ada gaya beb.

Cik ungu



Cik ungu masa kecik, sama macam sekarang. Gangster dan brutal. Tengah makan pun buat muka gangster so that orang lain tak berani nak curi makanan dia. Masa ni keayuan dia belum menjelma lagi. Kak Farah masa ni kuat makan. Bukan saje nasi, nestum atau biskut je. Kalau bagi pinggan pun dia boleh telan sekali.


Peah


Masa ni favourite Peah bukan roti bun. Tapi aiskrim coklat di luar vanilla didalam. Masa kecik Peah ni demand sikit, aiskrim patah atau aiskrim asam boi tu dia taknak. Tak standard and tak London katanya. Muka Peah juga hampir tak berubah, cuma masa ni rambut dia blonde. Maklumlah, nak London punya pasal.


El


Mungkin kau akan surprise dengan kecomelan aku masa kecik dulu.





































Oh ye, masa sekolah dulu orang panggil aku toyol.
Terima kasih


      

Thursday, March 1, 2012

Cara Menjadi Cool

Hei kau.

Dah penat menjadi orang yang tak di hiraukan? Selalu menerima jolokan Boy/Girl Next Door? Selalu menjadi posmen surat-surat dan kiriman salam tapi sekali pun tak pernah menerima apa-apa pesanan sweet dari sesiapa pun?

-Kesian nya lah kau ni. -

Ingin menjadi cool macam Niki Razali (aku lah tu)?

Ingin menjadi perhatian seperti Aaron Aziz?

Ingin kan peminat yang ramai seperti Lisa Surihani?

Senang saja.

Kau tak perlukan apa-apa pakaian melekat macam Neelofa. Mahupun kontroversi celaka macam Apek Goalie.

Kau cuma perlu beranikan diri untuk....









Tidak menaip apa-apa komen/tweet/pesbuk/sms/bbm/skype beserta dengan smiley. Ya. Smiley. Macam ni :) atau macam ni ^_^ mahupun macam ni =_='


Aku serius ni.

Ingat. Orang cool tak ber-smiley bagai. Macam aku. Eh?

Demi cita-cita seorang rockers

"Siti merajuk, merajuk merajuk merajuk!!!" ujar Siti sambil memukul-mukul dada Sulaiman Bakri dan kemudiannya, dia berlari-lari anak ke arah pokok kelapa dan buat gaya merajuk disitu.


"Tapi Siti, abang dah tak ada pilihan lain..." jawab Sulaiman Bakri sambil perlahan-lahan mengeluarkan choki-choki dari kocek seluar slacknya. Digigit hujungnya dan dipicit hingga keluar coklat, lantas dimasukkan kedalam mulut.


"Ah, semua lelaki sama je!! Benci tau? Benci benci benci benci!!!" Siti semakin meninggikan suara tanda protes.


"Kata lah apa Siti nak kata, abang Man dah nekad. Abang dah buat keputusan sebaik-baiknya untuk masa depan abang..." kata Sulaiman Bakri tenang. Choki-choki tadi dicampak kedalam parit kerana rupa-rupanya ia sudah melepasi expired date. Baunya hampir seolah-olah bau stokin sekolah adik lelakinya Misnain Bakri.


"Abang Man sanggup tinggalkan Siti sebab cita-cita abang tu? Sampai hati!!" Siti berlari lagi ke pokok manggis berhampiran dan buat posing yang sama. 


"Siti kena faham, ini je pilihan yang abang ada. Dengan cara ni je abang boleh kejar cita-cita abang sebagai seorang rockers yang berjaya. Nak harapkan kerja menyanyi kat warung Haji Ismail kedekut tu? Puihhh! Lapan tahun kerja pun belum tentu abang boleh buat album tahu?" ujar Sulaiman Bakri. Kahak yang diludahnya tadi terlekat dibaju t-shirtnya yang berlambang tengkorak. Dikibas-kibas bajunya sehingga kahaknya jatuh ke sarang semut dibawah. Entah apa yang dimaki semut itu agaknya...


"Tapi abang Man, Siti tak rasa apa yang abang Man pilih ni sesuai untuk abang Man...terus terang Siti cakap. Siti rasa keputusan abang Man ni salah! " balas Siti sambil perlahan-lahan beralih ke pokok langsat disebelah.


"Apa maksud Siti tak sesuai? Ni, nampak ni?? Baju Metallica. Ni, apa? Spect Ray Ban. Seluar jeans abang Man ni, ingat masa abang Man beli memang dah siap koyak kat lutut ke? Abang Man dah sehabis rock dah ni, apa maksud Siti abang Man tak sesuai hah? Cuba cakap sikit!" kini giliran Sulaiman Bakri pula naik angin. Dia pantang bila jiwa rocknya dicabar.


"Itulah maksud Siti. Abang Man ni memang rock, pakai baju tengkorak, kasut ada paku, rambut macam slash, pakai Ray Ban pasar malam sepuluh ringgit, tapi....tapi...."


"Tapi apa??" bentak Sulaiman Bakri.


"Tapi pertandingan yang abang Man masuk ni Masterchef!!! Abang Man mana tahu masak!! Masak megi pun abang Man letak gula merah, setan mana pulak tiba-tiba ajar abang suruh masuk Masterchef hahhh??" bentak Siti dengan nada marah yang amat. Dia terus beredar meninggalkan Sulaiman Bakri, tidak tahan dengan kebodohan pakwenya itu. Balik rumah tengok cerita Geng Bas Sekolah lebih menarik katanya.





"Eh, Masterchef tu bukan Battle of the Band ke?" bisik hati kecil Sulaiman Bakri.



   
           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...