Tuesday, November 26, 2013

Kisah Muhajiddin yang menyayat hati

        Muhajiddin duduk di tepi tangga rumah usangnya, dengan wajahnya sayu dan hampa. Umpama wajah seekor monyet yang kehilangan arah tuju. Umpama wajah seorang cikgu disiplin yang kereta myvinya dicalar. Umpama wajah seorang penjawat awam yang dimarahi majikannya kerana bermain candy crush pada waktu kerja. Air mata Muhajiddin jatuh mengalir. Menitis masuk kedalam cawan nescafenya.

      Muhajiddin kusut. Jiwa beliau memberontak, berkecamuk. Habis semua lagu Shila Hamzah didengarinya untuk hilangkan semua kekusutan dalam jiwa, namun tiada guna. Patah seribu hati beliau. Remuk. Beliau tidak percaya. Sudah sekian lama Muhajiddin memasang niat untuk memikat hati Alia. Setelah digagahi, dikumpul segala tenaga serta hasil bacaan buku-buku motivasi, Muhajiddin telahpun membuat langkah pertama.

   Namun kini semua usaha dan impian Muhajiddin musnah. Beliau tak sangka akan berlaku perkara sebegini.

"AHH BANGANGNYA AKU!!!" jerit Muhajiddin sambil membaling cawan nescafenya ke dinding.

Muhajiddin buntu. Beliau terduduk dan menjerit berulangkali umpama pejuang taliban. Beliau lihat kearah jam. Tepat pukul 10 malam. Beliau cuba gagahkan jiwa. Beliau buka laptop. Beliau memandang ke arah skrin komputernya.






Hai awak. Saya Jidin. Boleh berkenalan? :):):)

                                                                 Seen at 17:30


Saturday, September 21, 2013

Kepulangan Musalman Tempe

Hari ni bukan hari biasa bagi penduduk kampung Sekangkang Kera.

Hari ni adalah hari kepulangan seorang legend

Siapa yang tak kenal dengan Musalman Tempe

Pemuda berseluar jean dan bersinglet putih yang dah mengharumkan nama Sekangkang Kera. Sekali tengok muka si Musalman tak ubah macam mat pitt. Rambut ala-ala kerinting busuk macam rockers 80-an. Muka penuh jerawat batu. Mata sepet. Hidung kembang sikit. Dan bibir terjuih tebal mengalahkan Angelina Jolie.

(dinasihatkan adik-adik bawah 18 tahun tidak membayangkan rupa Musalman. Bimbang termasuk dalam mimpi nanti)

Tapi rupa bukan pengukur untuk menghalang Musalman dari menjadi wira kampung Sekangkang Kera dan kisahnya menjadi sebutan hingga anak cucu

20 tahun lepas. Musalman Tempe mengayuh basikalnya. Menuju megah ke Old Trafford kerana fanatiknya beliau terhadap kehebatan pasukan  EPL tersebut ketika itu. (ketika itu je lah)

Dan beliau menjual tempe buatannya kepada pemain-pemain Mencester United.

Tempe beliau menjadi fenomena.

Bukan kerana kesedapannya

Tapi kerana berjaya membuatkan pemain-pemain kelab itu cirit birit selama seminggu



tahniah Musalman Tempe



Saturday, September 14, 2013

Perkembangan terbaru para author

Sekarang ni para author banyak komitmen lain. Tu pasal tak ada sangat orang nak update. Tak apa. Meh aku update sikit.

Encik atan sekarang ni dalam bilik pembedahan. Kesian dia. Kemaruk sangat nak handsome macam aaron aziz sampai buat plastik surgeri. Dengar cerita dulu dia dah try semua jenis produk kecantikan. Haram tak bagi kesan katanya.

Cik ungu sekarang tengah picit-picit kepala dia. Sebab pening sangat nak buat family planning. Baru kahwin ye dak. Mana nak pikir bila dapat anak la, mana nak pikir nak masak lauk apa la kat laki lunch time dengan dinner time. Mana nak pilih tie untuk laki la. Walaupun cik ungu suka kaler ungu, percayalah dia takkan pilih kaler ungu hari-hari untuk laki dia. Oh, yang paling merunsingkan sekali, mana la dia letak sebelah lagi stoking laki dia.

Peah pula sekarang dah jadi dak-dak siswa. Mana pikir nak buang masa dah, Yang dia pikir nak jaga pointer. Heh. Kau tunggu la dah 2 3 tahun belajar nanti. Tak adanya kau hirau pasal pointer dah. Mengikut firasat aku, peah sekarang ni tengah calling-calling abu. Melepas rindu dandam. Dan untuk pengetahuan semua, abu tu boipreng peah. Dah, lupakan hasrat kau nak ngorat baby dinosour tu.

Aqim pula sekarang dah jadi pelukis. Kau tunggulah dia buka exhibition 2 3 tahun lagi. Kalau tak ada juga 2 3 tahun lagi tu maknanya kau kena tunggu lebih lama. Dan juga dengar cerita dia luahkan cinta kat yuna. Hasilnya? Tak payah tanya.

Sudin dengan Juno aku tak tahu apa cerita. Mungkin dah jadi orang kaya. Mungkin dah dapat kawin artis.

El tengah mengalami masalah keguguran rambut yang sangat kritikal. Sampaikan bila orang tegur apasal dia makin botak sekarang, dia jawab " aku menuntut kat shoulin sekarang. belajar kung fu. Kau apa tau?" Ya kawan-kawan. Tu bahasa sarkastik je. Jangan lah percaya sangat dia nak belajar kung fu. Badan kering macam tu, angin pun tak sampai hati nak tiup kencang-kencang.

Dan akhir sekali aku punya perkembangan macam biasalah. Makin comel dan cerah berseri dengan bantuan pencuci muka olay total white. Juga makin langsing, sexy dan menarik ibarat angelina jolie. Dan alhamdullilah, rezeki juga bertambah dengan paycheck 5 angka tiap-tiap bulan. Bulan depan aku juga bakal dirisik ank raja. Tiada apa yang lebih baik dari ini.

Oh, aku juga nak bagitahu, skill menipu aku makin power la sejak akhir-akhir ni.  

Sunday, September 1, 2013

Setapak ke arah kedewasaan (tajuk buat gempak)

Salam. Saya sebagai one of the author di blog cikai ini sukacitanya memaklumkan, bahawa majlis perkahwinan one of our friend sudah selamat berjalan dengan lancar. Dia seorang kawan, kenalan, kakak, dan power bab adjust-adjust berkaitan cari kerja (praktikal) or cari..ehem-ehem.

Untuk Farah aka Cik Ungu, selamat menempuh alam baru. Suami balik dari kerja nanti boleh tolong tanggalkan stokin. Baru romantis gitu. Haha






Lelaki tu bukan pengantin lelaki ye, Harap maklum.

   
P/S: thanks pada behalf diorang for the great wedding (makan sedap). And sorry. Hadiah tak dapat bawa sebab tak sempat balut. Muehehe



    


Saturday, August 24, 2013

Saya dah balik dari bertapa di gunung Himalaya. Dan saya sihat.

Yo!

Aku tengah down sekarang ni.

Bila aku down aku suka menyemak kat sini.

Sebab blog ni pun sama down dengan aku.

Nampak tak permainan porno dia kat situ?

Oh, Aku cakap porno sebab guna perkataan kotor sangat lame.

Macam

"Natang Sudin Mat Lempeng. Suka hati je dia main kotor," rungut Abu Kaki Kencing

Nampak? Nampak lame dia kat situ? Tengok nama pun dah tau lame.

Aku bukan nak cerita pasal porno. Atau Sudin Mat Lempeng. Atau Abu Kaki Kencing.

Aku cuma nak bagitau aku down.

Jom down bersama aku.



Saturday, April 27, 2013

Hasan Nawawi dan surat cinta

Hasan Nawawi terlihat seorang gadis dari jauh. Gadis yang selalu diangan-angankan jadi awek beliau. Dulu awek comel dan kecil molek tu single, namun akibat lambat membuka langkah, hati gadis tu dah dipunyai seorang lelaki. Yang tinggal cuma limpa, paru-paru, hempedal, buah pinggang dan organ-organ lain yang tak ada kena mengena dengan cerita ini. Mereka berdua nampak mesra bergurau senda. Hasan Nawawi terasa pilu. Sayu. Jika hidupnya adalah filem muzikal, akan beliau nyanyikan lagu Siti Nurhaliza,

"Sayuuu.......hati ini...makin sayuuu....Rinduuu.....terkenangkan desa permai.."

Namun itu adalah lagu raya. Beliau capai gitar untuk menyanyikan sebuah lagu yang lain untuk memujuk hati yang patah. Selepas memetik dua tiga tali gitar, baru Hasan Nawawi teringat bahawa beliau tak pandai main gitar. Beliau letak semula gitar dengan hampa. Entah gitar siapa beliau pun tak tahu.

Hasan Nawawi tak berputus asa. Jiwanya terasa membuak-buak, tidak tenteram. Beliau capai sehelai kertas, beliau tulis puisi cinta berdasarkan apa yang dirasakan dalam hatinya.

"Kau bagaikan bintang berkelipan, 
Masak ranum di kayangan,
Wajahmu bagaikan buah mempelam,
Bercahaya di waktu malam"

Lebih kurang macam tu lah intro puisi beliau. Hasan Nawawi melipat kertas itu menjadi bentuk kapal terbang. Beliau terbangkan keluar dari tingkap dengan harapan gadis comel itu akan terjumpa dan membaca luahan hatinya. Entah kemana kapal terbang tu pergi tak ada siapa pun tahu.

Esok pagi Hasan Nawawi didenda oleh pejabat pengurusan kolej kerana membuang sampah merata-rata.



   

Harga Sebuah Ketenangan







Firdaus Mustaqim merenung pantai.Alunan ombak memecah kesunyian petang itu.Burung-burung berarak seperti awan.Debu-debu pasir berterbangan ditiup entah kemana.Firdaus Mustaqim bersandar pada sebuah pohon.Kerutan didahinya menunjukan dirinya sedang dirundung masalah.






“Aku benci semua orang!”.Firdaus Mustaqim tiba-tiba bersuara.


Firdaus Mustaqim memandang semut-semut yang berkeliaran berhampiran dengan kakinya.

“Nasib baik ada kau semut,kau nak kawan dengan aku tak?”.


Mendengar suaranya semut-semut berpusu-pusu masuk kedalam laut.Bunuh diri.

“Ha!baguslah bunuh diri,masuk neraka tau..”.Firdaus Mustaqim memarahi semut tersebut.


Firdaus Mustaqim benar-benar kecewa.Bukan saja manusia,malah semut pun tidak mahu berkawan dengannya hanya kerana jerawat memenuhi mukanya.Ada yang menggelarnya ‘Mus Pontianak Moden’, ‘Mus Pengundang Jin Masuk Kerumah’dan‘Daus Perosak Bangsa’.



Semua panggilan-panggilan itu menghantui dirinya.Daus berdiri dipesisir pantai dan berteriak.


“Arghhh!!!!!”.





Selang dua saat Firdaus Mustaqim menjerit,muncul seorang lelaki tua berjubah putih disebelahnya.




 “Anak ni ada masalah ya?”.Suara serak menusuk ke telinga Firdaus Mustaqim.Firdaus Mustaqim tersentak.Wajahnya berpaling pada lelaki tua itu.



Pakcik tua pun tersentak juga melihat wajah Firdaus Mustaqim.Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.


“Pakcik,saya bukan hantu”.Firdaus Mustaqim bersuara setelah melihat gelagat pakcik tua.
Lelaki tua itu berkata dengan wajah yang pucat. “Pakcik tahu anak ni bukan hantu,jangan buatkan pakcik ni seolah-olah bodoh ye nak?”.



Firdaus Mustaqim tercengang.


“Mungkin U boleh tipu kawan-kawan U,tapi bukan I okey?”.Pakcik tua itu tiba-tiba bersuara lembut.



Firdaus Mustaqim masih lagi tercengang.


Lelaki tua itu duduk bersila tidak semena-mena.Dihadapannya ada sebuah mangkuk yang sedang berasap.Limau diperah.


“Jangan kau ganggu anak cucu adam!berambus kau syaitan!”.Lelaki tua tadi bersuara lantang.


“Durjana kau pakcik!sanggup engkau menggelarku syaitan..aku manusia lar pakcik.”.Firdaus Mustaqim mula marah.


“Bukan eh?tengok muka macam ye jer..hihihi”.Lelaki tua itu membalas sambil diselangi ketawa manja yang tak kelakar.


Firdaus merenung tajam.


“Alah,pakcik bergurau jer…”.Kata lelaki tua itu sambil membuat gerak tari ‘gwiyomi’.


“Sudah lar pakcik…aku malas nak layan kau pakcik…”.Marah Firdaus Mustaqim.



Firdaus Mustaqim berlari gerak perlahan ditepi pantai sambil menitiskan airmata.Kali ini dia benar-benar terasa.

Kerana merasa diri bersalah,lelaki tua itu turut berlari sama.Dia mengejar Firdaus Mustaqim.


“Anak larilah!nanti pakcik tangkap!”.


Setelah mendengar dialog manja tersebut,Firdaus Mustaqim yang sedang berlari menoleh kebelakang.Kerana takut ditangkap,dia berlari sepantas mungkin.Namun,larian lelaki tua itu begitu pantas dan dia berjaya menangkap Firdaus Mustaqim.



“Jom kita main kejar-kejar nak?”.Ajak lelaki tua berjubah putih itu setelah memijak kepala Firdaus Mustaqim berkali-kali.



 Firdaus Mustaqim tidak menolak.Dan mereka bermain dengan riang ditepi pantai itu selama sebulan.Akhirnya Firdaus Mustaqim dan lelaki tua itu menjadi gila.




Monday, March 25, 2013

Kerana kau Jamaliah

Mereka tak sukakan aku. Jamaliah tak suka berkawan dengan aku. Jamaliah punya kawan pun tak nak kawan dengan aku. Adik Jamaliah selisih dengan aku, jeling pada aku sambil jelir lidah. Kakak beliau, minggu lepas baru unfriend aku di facebook lepas aku like status beliau. Ayah beliau, ah usah cerita. Pedih. Betapa bencinya beliau padaku. Itu hari kereta yang dipandu beliau lalu atas lopak air, hampir menyimbah air lecak pada aku yang berjalan kaki, tapi aku sempat elak. Beliau sanggup turun dari kereta dengan gayung, cedok air lecak tu dan simbah pada aku. Sebegitu bencinya kaum kerabat Jamaliah padaku.

Ini semua disebabkan kisah lama. Kisah 2 tahun lepas. Aku dan Jamaliah bercinta monyet di bangku sekolah. Walaupun muka ku hampir serupa monyet, namun kami bukan monyet yang sedang bercinta. Itu hanya simpulan bahasa. Usahlah aku terangkan lagi apa itu simpulan bahasa. Cukuplah kamu tahu aku bukan monyet.

Hujung tahun tingkatan 5, semua orang sibuk study di rumah, dipusat tuisyen atau di balai raya kerana SPM semakin hampir .Jamaliah juga sibuk belajar dirumah. Tapi aku, ye aku steady di cyber cafe, bermain counter strike dengan kawan-kawan. Kali ni aku main 5 jam straight. Puas hati. Walaupun mati enam belas kali setiap round.

Tiba waktu exam SPM, waktu tu paper matematik tambahan. Jamaliah berada selang semeja denganku. Beliau senyum dan tunjukkan penumbuk. Maaf, beliau tunjukkan isyarat bagus tanda 'all the best'. Sweet betul Jamaliah.

(bersambung....)

 

Sunday, March 3, 2013

Kekejaman Doktor Saiful


Dollah demam panas dan beliau dimasukkan ke wad. Doktor Saiful Buhaimin, iaitu doktor muda yang baru saje graduate dari universiti tempatan ditugaskan menjaga beliau.

'Ok Dollah, masukkan thermometer ni dalam mulut. Lepas tu letakkan diatas lidah. '

Dollah mengikut perintah tanpa banyak soal. Doktor sukar melihat suhu yang dipapar thermometer sebab thermometer itu bergerak-gerak. Mungkin Dollah excited sangat sampai dimain-mainnya thermometer tu dalam mulut.

'Cuba kemam rapat sikit dengan lidah'

Dollah mengemaskan lagi pegangan thermometer. Doktor mencatat suhu yang tertera dan beredar. Sebelum sempat dia keluar dari wad itu, seorang nurse masuk dan bertanya pada doktor Saiful Buhaimin.

'Doktor, erm doktor dah sterilize thermometer yang patient doktor pakai tu?' soal nurse comel berasal dari Sungai Petani itu.

'Dah kot. Kenapa eh?'

'Sebab tadi saya guna thermometer ni ukur suhu pakcik Kasim tu. Kami ukur suhu melalui punggung beliau.'

Dollah tersedak mendengarnya.Thermometer tadi tercampak dari mulutnya. Kejijikan fakta bahawasanya thermometer itu pernah berada dalam punggung seorang lelaki warga tua mengganggu jiwa beliau. Namun, beliau pujuk hati beliau. Kalau benda tu dah sterilize, dah bunuh bakteria apa yang beliau gelikan lagi.

Nurse itu beredar. Doktor itu datang pada Dollah. Beliau keluarkan satu lagi thermometer dan hulurkan pada Dollah.

'Maaf ye. Awak pakai thermometer yang ni boleh?'

'Erm boleh. Tapi kenapa ye doktor' soal Dollah hairan.

'Yang tu sebenarnya tadi saya lupa nak sterilize' balas Doktor Saiful Buhaimin sambil tersengih.

   
   
 

Wednesday, February 27, 2013

Kau Marah Siapa?





Cahaya memancar dari ruang angkasa tepat menuju kemuka Huzaifah yang sedang tidur.“Argh….”.Keluh Huzaifah kerana terasa diganggu dengan kehadiran cahaya tersebut .



Untuk mencapai ketenangan yang sementara,Huzaifah menutup mukanya dengan tangan kanannya dan berhasrat dapat menyemai kembali benih-benih cintanya bersama Emma Maembong yang terputus ditengah jalan.




Sebelum melelapkan mata,Huzaifah sempat tersenyum kerana teringatkan mimpinya tadi. “Haha..bangkai betul!berani Emma Maembong add fesbuk aku…ingat aku nak approve?phuui!”.



“Baik aku sambung,mimpi indah nih!”.Huzaifah tiba-tiba bersemangat.



15 minit berlalu.Huzaifah masih tidak dapat melelapkan matanya sejak dari tadi.Untuk minit yang keenam belas Huzaifah cuba melelapkan mata.Berjaya!




Huzaifah terus menerokai dunia mimpinya.“Tidaakkkk!”.Huzaifah menjerit dan terjaga dari lena.


“Mana mimpi Emma Maembong tadi?arghhh…!!!”.Huzaifah yang menyedari mimpinya berbeza dari mimpi yang pertamanya membuatkan dirinya kecewa.Dia juga menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.Konon kecewa.




“Abang,mak panggil!”.

Kedengaran sisi halus suara dari dapur rumah Huzaifah.


Matanya masih pejam.Tapi dia sudah sedar dari tidurnya.



“Abang!bangunlah!mak panggil tu..!”



Suara itu menusuk pada gegendang telinganya dan menghasilkan kesakitan.Bukan telinganya sahaja yang sakit mendengar suara itu,malah hatinya turut merasa sakit.


Kelopak mata Huzaifah bergerak.Didepannya wujud susuk tubuh seorang kanak-kanak.Siapa lagi kalau bukan adiknya,Salleh.



“Engkau jangan masuk campur urusan abang Salleh,kang bang santau kau nanti!”.Huzaifah mengugut.




Salleh terdiam.Tak faham agaknya.




“Kau tunggu abang!nanti kalau aku dah besar aku nak jadi doktor!”.Tiba-tiba Salleh naik berang.
“Mengapa kau amat mencintai Emma Maembong hah?”.Salleh bersuara sopan secara tiba-tiba.



“Malaslah layan kau ni…macam budak-budak!”.Huzaifah menyilangkan kakinya.


Salleh menangis dan menuju ke dapur selepas mendengar dialog terakhir abangnya sebentar tadi.


“Abang!kau dah siap kerja sekolah ke?”.Suara ibu Huzaifah tiba-tiba muncul.


“Abang malas.Abang dah fikir masak-masak,abang taknak belajar lagi…abang nak tolong ayah kat ofis..”.Huzaifah masih tidak berganjak dari katil.



“Engkau tu baru darjah dua.Aku datang kejap lagi,engkau tak siapkan kerja sekolah kau…siap!”.Kata ibunya sambil menghayunkan rotan yang berada ditangannya.


“Yelah…yelah…orang gurau jer…”.



Huzaifah tersengih.Dia bangun dari katilnya perlahan-lahan.



 Kerja sekolah dikeluarkan dari beg.Helaian demi helaian diselak. “huishh…banyaknyer…”.Huzaifah mengeluh.Buku tulis ditutup.Kali ini Huzaifah benar-benar marah.Oleh kerana dia tidak dapat menahan kemarahannya yang datang secara tiba-tiba,Huzaifah berlari keluar rumah dan menjerit.






“Celakaaaa punya botak!!!”.





Friday, February 22, 2013

Kisah Shark Haji Murad

Shark adalah seorang guitarist yang handal, berkaliber, tampan dan Rayban warna perang adalah feveretnya. Shark, atau nama sebenarnya Ishak Haji Murad bertekad untuk meninggalkan kumpulan kugiran beliau yang beliau lihat tak ada masa depan. Balik-balik menyanyi kat kenduri kawin kat kampung kelahirannya, Kampung Seri Kudis.

Shark miss call rakan sekugirannya iaitu Man Kijang, drummer, bekas penolong ketua kelas darjah lima, dan merupakan anak kepada ketua persatuan rukun tetangga, Wak Rukiman. Hanya miss call mampu beliau lakukan kerana kredit RM2 baginya tak berbaloi dihabiskan untuk manusia yang takde masa depan macam Man Kijang. Dua belas minit kemudian Man Kijang miss call balik Shark. Disusuli dengan credit request seringgit. 'Kepala hotak dia' bisik hati kecil Shark.

Shark menyusup masuk kebilik adik perempuannya, Tipah dan dan mengambil henfonnya secara senyap-senyap. Celaka, kalau ambil barang mestilah senyap senyap kan. Takkan nak jerit pulak, 'Woi woi! Aku amik henpon adik aku ni woi!'

Shark menaip mesej. 'Kehadapan saudaraku yang jauh dimata dan jauh dihati. Seseungguhnya tuan hamba mahu menarik diri dari menyertai kugiran kita, iaitu kumpulan Comebang Guroon. Sekian terima kasih, Yours Truly, Shark.'

Shark keluar dari bilik adiknya dan terus kedapur mencari nasi.



(Akan bersambung sebab aku dah takde idea nak mengarut apa.)

Monday, January 21, 2013

Indahnya Jika Dapat Dikongsi Bersama Orang Tersayang





     Selesai solat jumaat,Salimin pulang kerumah.Kegelisahan terzahir pada airmukanya.Dicapainya remote tv yang berada didepannya.Butang On dipicit,tapi tiada satu pun rancangan tv yang memikat hatinya.Dari satu channel kesatu channel dia beralih. “Aduhh,takde citer pulak….”.Kata Salimin dengan nada kesal.Butang Off pula ditekan sebagai tanda penyelesaian.



Dia buntu.Tidak tahu apa hendak dibuat.Pelbagai aktiviti dia dah lakukan.Semua tak menepati citarasanya.Menjahit,memburu cicak,jilat dinding,buat lawak depan cermin semua telah dia lakukan.Cuma makan saja belum.









Sebenarnya dia lapar.Tapi yang menjadi masalahnya,duit.Salimin mengeluarkan dompet berjenama Hello Kitty miliknya.Diselaknya dari ruang wang kertas hingga ke kawasan syiling dalam dompetnya,ada Rm2.Itupun duit syiling. “Keluar kejap lah ambik duit kat bank…”.Hati Salimin membuat kata putus.








Tanpa berfikir berhari-hari,akhirnya Salimin menyarung helmet  milik adik perempuannya dan keluar menuju luar rumahnya. “Cantik jugak helmet fifi ni…”.Salimin tiba-tiba memuji.Enjin motor dihidupkan.Wajahnya bersemangat.Motornya dipecut laju kerana dia sudah terlalu lapar.Perjalanan yang biasanya mengambil masa 15 minit,dia singkatkan menjadi  14 minit 59 saat.Muka bangga.




“Huh,laju betol aku bawak…”.Kata Salimin sambil menangkap gambar  bank dari jarak 50 meter dari tempat dia berdiri dengan menggunakan telefon bimbit beliau yang canggih.



Dia terus mengupload gambar yang baru disnap tadi dengan menggunakan akaun Facebook milik rakannya,Ramlan Darus. “Bangang punyer Ramlan ni tak logout fesbuk dia….”.Salimin tersalah upload. “ah!keluar duit dululah…”.Kata beliau sambil berjalan menuju kepintu masuk.




 Pintu kaca ditolak perlahan.Tanpa menanggalkan helmet,dia menghampiri mesin Atm yang  teletak tidak jauh dari sisi kanannya.Kad bank ditarik keluar dari dompetnya.Tanpa melihat baki simpanan,dia terus menekan angka 700.00 dengan penuh keyakinan,keadilan dan kejujuran.Salimin menunggu duitnya keluar dari mesin tersebut selama lima minit.Namun,pada minit keenam,bukan wang kertas yang keluar tetapi,air tin Pepsi.Salimin pelik.Aku pun sama.




“Dah bangang apa mesin ni keluar air tin pulak?”.Marah Salimin dalam hati setelah mencarut dalam bahasa urdu.Salimin tak tentu arah.Dia membuka helmetnya.Perutnya dah meraung kelaparan tapi mesin Atm itu pula bergurau senda dengannya.Peluh membasahi bajunya.Air liurnya meleleh-leleh jatuh kebumi.Dek kerana terlalu marah,Salimin menghantukkan kepalanya berkali-kali pada mesin Atm tersebut.





Untuk menamatkan cerita ini perlu ada kebetulan.Kebetulan,seorang polis yang lalu dikawasan itu datang menghampiri Salimin.Setelah memerhati gerak-geri Salimin yang mencurigakan,polis tersebut menangkap Salimin.








Salimin akhirnya dimasukkan kedalam penjara atas tuduhan merogol mesin Atm.






                                                     

                                                           -the end-


Friday, January 11, 2013

Kisah di Abdol dan kucing dan anak-anaknya dan anak-anak Sidek

Pada suatu petang, Amran Suhaimi bersiar-siar sekitar kampungnya. Sedang elok beliau berjalan-jalan, beliau terlihat seorang budak lelaki nampak gelisah sambil menghalang seekor kucing betina yang mara kearahnya. Marilah sama-sama kita buang fikiran kotor kita dengan menganggap kucing betina itu tak ada taste lain macam.


Amran Suhaimi bertanya: Adik buat apa halau kucing ni? Dah buang tebiat ke adik?

Budak : Kucing ni jahat. Dia dera anak dia. (sambil menunjuk kearah anak anak kucing dibelakangnya)

Amran Suhaimi: Dia buat apa kat anak dia?

Budak : Dia nak makan anak dia. Jahat betul dia ni.

Amran Suhaimi : Mana adik tahu dia nak makan anak dia?

(Ok, sekarang ni apa kata namakan je budak kecik ni Abdol. Yang Amran ni bagi nama Amran je sudahlah. Malas pulak aku nak menaip panjang-panjang)

 Abdol : Tadi saya nampak dia gigit anak dia. Sakit anak dia sampai menangis-nangis sampai sekarang.

Amran: Adik, kau tahu tak kucing kalau nak bawa atau nak angkat anak dia memang macam tu?

Abdol : Ish mana ada. Kalau betul dia nak bawa anak dia pergi tempat lain kenapa tak bawak je macam biasa? Mak Abdol pegang baby adik Abdol tak pun pergi gigit dia?

Amran: Adik, adik. Kalau bukan sebab kau ada akak comel tingkatan empat tu dah lama aku campak kau masuk kolam kasi ikan jerung makan kau tau? Ok lah, kalau adik taknak bagi anak dia kat ibu dia, adik nak bawa kemana anak kucing ni?

Abdol: Bagi kat kawan Abdol.

Amran: Bagi kawan suruh jaga?

Abdol: Tak. Kawan abdol tu dia keturunan Kemungkit Parangskeper, kaum asli yang betul-betul asli punya. Yang kat rumah takde astro. Baru je tiga bulan keluar dari hutan. Katanya dia kempunan nak makan anak kucing panggang. Tu yang adik nak bagi dia.


Tanpa berbual lebih panjang, Amran mencampak Abdol kedalam kolam berdekatan. Dan untuk elakkan post ni untuk jadi terlalu brutal dan tak sesuai untuk tontonan umum, mari assume kolam tu cetek sedalam lima puluh sentimeter dan airnya tidak mengandungi sebarang unsur kimia berbahaya.


Dan cerita ini menggambarkan keadaan politik dinegara kita.


Saturday, January 5, 2013

Empat sahabat tengok bola

Rosman, Hasbuddin, Khairulnizam dan Tarmizi adalah kawan baik. Mereka ketiga tiganya kongsi minat yang sama, iaitu minat bola sepak. Rosman adalah peminat Liverpool, Hasbuddin adalah peminat Man Utd, Khairulnizam adalah peminat Arsenal dan kadang-kadang minat Man City. Manakala Tarmizi adalah peminat Chelsea.

Hasbuddin : Weh malam ni kita nak tengok bola kat mana?
Khairulnizam : Kat mamak mesti tak buka match Arsenal, sebab Kelantan FA lawan Darul Takzim malam ni.
Tarmizi : Ha'ah, mesti match chelsea pun tak buka malam ni. Sebab malam ni ada Vokal Bukan sekadar rupa.

Rosman : Rilek rilek. Korang semua tengok je bola kat rumah aku. Semua boleh tengok.
Hasbuddin : Weh serious ke? Bila masa kau ada Astro?
Khairulnizam : Ini HD ke tak?
Rosman : Lagi power, 3D.
Tarmizi : Peh power kau ni Rosman. Sama power dengan team feveret kau.
Rosman : Mestilah. Dah jom pergi rumah aku. Jap lagi dah lewat pulak.

Sampai dirumah Rosman, ketiga-tiga sekawan tadi duduk di ruang tamu sambil tercengang.

Hasbuddin : Mana TV kau rosman? Kata nak ajak tengok bola?
Tarmizi: Entahnya, Astro beyond mana?
Khairulnizam : Sedap pulak biskut kering kau ni man. (melahap biskut atas meja rosman)
Rosman: Rilek-rilek. Tenang. Tunggu jap. Nanti aku bawa keluar.

Rosman datang bawa satu raga penuh dengan bola futsal.

Rosman : Nah aku letak semua bola ni atas meja. Korang tengok lah bola ni sampai puas. Kah kah kah kah!






Rosman masuk hospital dua minggu akibat tercekik kasut.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...