Tuesday, November 26, 2013

Kisah Muhajiddin yang menyayat hati

        Muhajiddin duduk di tepi tangga rumah usangnya, dengan wajahnya sayu dan hampa. Umpama wajah seekor monyet yang kehilangan arah tuju. Umpama wajah seorang cikgu disiplin yang kereta myvinya dicalar. Umpama wajah seorang penjawat awam yang dimarahi majikannya kerana bermain candy crush pada waktu kerja. Air mata Muhajiddin jatuh mengalir. Menitis masuk kedalam cawan nescafenya.

      Muhajiddin kusut. Jiwa beliau memberontak, berkecamuk. Habis semua lagu Shila Hamzah didengarinya untuk hilangkan semua kekusutan dalam jiwa, namun tiada guna. Patah seribu hati beliau. Remuk. Beliau tidak percaya. Sudah sekian lama Muhajiddin memasang niat untuk memikat hati Alia. Setelah digagahi, dikumpul segala tenaga serta hasil bacaan buku-buku motivasi, Muhajiddin telahpun membuat langkah pertama.

   Namun kini semua usaha dan impian Muhajiddin musnah. Beliau tak sangka akan berlaku perkara sebegini.

"AHH BANGANGNYA AKU!!!" jerit Muhajiddin sambil membaling cawan nescafenya ke dinding.

Muhajiddin buntu. Beliau terduduk dan menjerit berulangkali umpama pejuang taliban. Beliau lihat kearah jam. Tepat pukul 10 malam. Beliau cuba gagahkan jiwa. Beliau buka laptop. Beliau memandang ke arah skrin komputernya.






Hai awak. Saya Jidin. Boleh berkenalan? :):):)

                                                                 Seen at 17:30


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...