Friday, January 17, 2014

Zainol Arifin Bin Firdaus Hassan.

Add caption




      Zainol Arifin mencapai cermin matanya yang terletak dibahu meja berhampiran katilnya.Matanya masih kuyu.Badannya terasa lemah untuk berdiri,namun digagahi juga.Matanya terpaku pada jam dinding.Tiada reaksi kejutan pada wajahnya.Dengan wajahnya yang lesu Zainol Arifin mencapai  tuala yang tersangkut diampaian rumahnya.“Uishhh…malasnya saya nak pergi kerja.”Keluhnya menggunakan bahasa skema.





Namun,sebelum menuju keruang mandian buih-buih shokubutsu,Zainol Arifin merasakan ada ‘sesuatu’ yang memandangnya sejak daripada dia bangun dari tidurnya.Mata Zainol Arifin meliar mencari ‘pandangan misteri tersebut’.Dari gerakan bola matanya Zainol Arifin dapat mendeteksi sesuatu dari arah dapur.



           Zainol Arifin menuju kearah dapur dengan debaran dihatinya yang melonjak-lonjak.Setibanya diruang dapur Zainol Arifin menatap mata dengan sesusuk tubuh wanita berambut panjang.Zainol Arifin menutup matanya perlahan-lahan kerana wanita berambut panjang itu cuba menghampirinya.



Zainol Arifin berdiri tegak.Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.













“Kau hina mak ye?”.Suara jelas datang dari arah wanita tersebut.








“Eh,mana ada mak!”.Balas Zainol Aripin sambil membuka matanya secara berhemah.






“Habis mulut kau terkumat kamit,apesal?Kenapa kau tak paku je kepala mak?”.Soal wanita itu dengan nada marah.




“baca sifir tadi….mak jangan salah faham,hihi…”Jawab Zainol Arifin diselangi ketawa comel.





“Mak masak apa hari ini?”.Persoalan secara tiba-tiba terpacul dari bibir Zainol Arifin dengan sebutan skema sebagai tanda hormat kepada ibunya.





“Kau jangan nak ubah topik jenol!”.Jerkah wanita tersebut sambil membaling pinggan kearah rumah sebelah.





Zainol segera mendapatkan telefon bimbitnya dari dalam bilik tidurnya.Jari jemarinya bergerak pantas menekan butang yang melekat ditelefon itu.






“Nah!ambilah”.Zainol menghulurkan telefon bimbit kepada ibunya.






Ibunya kehairanan lalu bersuara.”kau nak tunjuk apa ni syaituuuun?”.
“Mak dah tak reti baca ke?tulah nombor  taufik…”.Balas Zainol tenang.



“Aku cakap topik,bukannya taufik.Bangang!”.Ibu Zainol menggelengkan kepala berkali-kali.



“Alah orang melawak jer pun..”.Balas Zainol lagi.


“Kau rasa bende tu lawak ke?”.Pertanyaan dilontarkan kepada anaknya dengan muka keji.





“Sudahlah mak!kalau mak tak suka dengan lawak saya,mak kawinkan saya dengan Nora denis!”.Zainol mencebik bibir sambil meninggalkan ibunya didapur keseorangan menuju ke bilik air.









bersambung….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...