Tuesday, January 21, 2014

Razman si pematah semangat kini dipatahkan

Razman melihat jam tangannya. Sudah 40 minit beliau menunggu dalam bank untuk membayar bil. Razman mula hilang sabar. Kertas slip nombor giliran dilipat lipat berulang kali.

''1101. Kaunter 4''

Razman menjeling nombor gilirannya. 1105. Kaunter yang ada 4, tapi yang dibuka cuma dua. 'Sama macam sesetengah menteri. Otak ada dua side. Tapi bila fikir guna punggung' rungut hati Razman.

''1102. Kaunter 3''

Razman tenang. Slip nombor giliran digenggam. Sebelah beliau adalah seorang gadis. Cantik. Razman menjeling kearah nombor giliran yang dipegang gadis itu. 1120. Lama lagi. Niat Razman mahu curi nombor giliran beliau tak menjadi.
Razman meneruskan niat lain. Selepas membetulkan rambut, Razman menegur.

'Hai. Ada urusan apa?'

Tanpa sebarang kata, gadis itu terus bangun dan berpindah tempat duduk.

'Kurang ajar betul'

Begitulah patahnya semangat si pematah semangat, Razman Bin Talib



 

1 comment:

NoorBieLover said...

jgn patah hati dah ler..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...