Friday, December 2, 2011

aku sayang kau gila babi lah sial!

ehem ehem. first of all, abang nak mintak maaf lah kalau tajuk entri nie nampak terlalu ganas sangat. abang saja nak buat macam tu. baru menarik. tak gitu?

ehem. sebagai seorang kaki online, abang selalu jugak perhatikan gelagat kapel-kapel kat facebook. ewah ewah. kalau tengah bercinta tu, ayat kemain jiwang. semua nak sweet aje. ada satu perkataan yang selalu abang jumpa. biasanya diungkapkan oleh si wanita. "love u so fucking damn much baby!". amboi. teruk sangat bunyinya tu dik. kalau dalam bm, bunyinya lebih kurang macam nie, "aku sayang kau gila babi lah sial!" ish ish ish. kesian pasangan adik tu. tak pasal-pasal kena maki free.

nie abang nak cakap. kalau boleh, ucapan sayang tu tak payah lah nak over sangat ye dik. cukup sekadar "i love u" je. kesian pasangan adik tu asyik kena maki je. lagi satu, tak payah nak berfucking bagai lah dik. walaupun abang nie lelaki, tapi abang tak nafikan, lelaki nie bukan boleh percaya sangat. adik berlove fucking bagai, sekali kena betul-betul, baru adik tau. abang nasihatkan je. abang tak cakap semua lelaki. ada segelintir je. bukan semua.

ingat tau dik. jangan over dalam bercinta. bila dah kena, kelak diri sendiri yang merana. kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, mana nak sama cik adik seorang. okeh, chow.


sekadar gambar hiasan.

Maafkan aku

Assalamualaikum.

Firstly nak minta maaf kat El sebab aku tak dapat perform sepenuhnya setelah masuk ke blog ni secara berkumpulan, aku punya masalah tertentu.

Minta maaf juga kepada semua.

Maafkan aku! Hihik

Darah HIV dalam Pepsi?

Semalam member aku dapat SMS forward, katanya buat masa ni jangan minum Pepsi, Tropicana Twister, and apa lagi tah jenama air yang company sebumbung dengannya. Reason? Katanya ada pekerja kilang minuman tu ada HIV, then dia inject darah dia yang najis mutawasittah tu kedalam minuman. So, bila korang minum korang akan dapat HIV. 





Member aku yang baru lepas minum pepsi terus kata nak buat medical checkup.





Whaddehel? 








Kini Pepsi datang dengan 3 persia:, Perisa HIV, perisa Denggi,
atau perisa angin ahmar. Buat pilihan yang tepat.



Thursday, December 1, 2011

Segmen : Abang Tanya Adik Jawab

hai. bertemu lagi kita dalam segmen Abang Tanya Adik Jawab. okeh soalan yang sebelum nie, tak ramai yang dapat jawab. hurm. tu lah kan, nampak macam senang. tapi sebenarnya susah kan? kan?

okeh kali nie abang nak tanya lagi. tapi sebelum tu, abang sebenarnya tak kisah kalau tak ramai orang yang nak jawab soalan abang. pedulik hape. janji abang dah update blog nie. tak update kang, brade EL tu banyak tanya pulokk. HAHA

soalan untuk hari nie,


kenapa bila kita kita baca perkataan 'boooooo'  ,  bunyinya mesti 'buuuuuu'..
kenapa?
kenapa tak bo?
kenapa bunyinya mesti bu?


tu jelah abang nak tanya. eh faham tak nie? kalau tak faham, errr.. lantaklah. abang pedulik hape. HOHOHO. okbaiii.


Hasan Nawawi. (sequel drama Niki)

(click sini untuk episod sebelumnya)



Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa negro.

Daun masih berguguran. Semalam daun getah, hari ini daun rambutan. Hasan Nawawi mengangak kemungkinan esok daun ketum pula yang gugur.


Hasan Nawawi sampai ke kedai Pak Harun. Hanya kedai Pak Harun sahaja yang selalu dikunjungi kerana disitu air kosongnya percuma dan nasi putih campur telur dadar baru dua ringgit.   



Hasan Nawawi menyeluk sakunya. Dia cuma ada seringgit. Dia sedar sekarang dia perlu memilih sama ada mahu nasi putih atau telur dadar sahaja kerana salah satunya bernilai seringgit.



Anak perempuan Pak Harun mendekati Hasan Nawawi. 



" Abang nak apa?"


Hasan Nawawi tersentak dari lamunannya yang membayangkan dirinya sedang naik Ferrari kat Paris. Selepas ditegur baru dia sedar seringgit tadi masih tergulung rapi dicelah jarinya.



"Bagi saya........" Hasan Nawawi sengaja tak habiskan ayat untuk menambah effect dramatik, sambil menoleh kearah wanita yang meneegurnya tadi.



Dihadapan Hasan Nawawi, berdirinya seorang gadis comel bertubuh kecil memandangnya dengan mata yang bercahaya dan penuh dengan sinar harian.



"Ye, bagi apa bang?" tanya anak Pak Harun. Suaranya sangat ayu umpama suara Mila AF. Badan pun hampir sama. Muka pun sama dengan Mila. Oh ye, nama dia pun Mila.



Hasan Nawawi terpesona dengan kecantikan dan keayuan Mila yang sedang tersenyum sambil memegang pen dan kertas, siap sedia mengambil order. 



Hasan Nawawi berasa malu ingin order nasi putih sahaja. Nampak sangat dirinya miskin dan hina depan Mila.
Dia berfikir bagaimana dia mahu menarik Mila dengan cara menunjukkan dirinya kaya dan berduit, dan juga mahu melambatkan proses menempah makanan itu kerana dia mahu berbual mesra dengan Mila.



"Bagi abang....nasi putih lapan, tom yam lapan belas orang makan, paprik satu mangkuk perek and......jus oren satu jag!"



Kata Hasan Nawawi dengan muka penuh bangga. Dia memandang Mila yang berlalu pergi masuk ke dapur. 


Tiba-tiba dia terdengar bunyi kecoh di belakangnya. 5 orang lelaki tough membelasah seorang lelaki boroi. Lelaki boroi itu patah riuk, dan ambulans datang.


Dua orang paramedik mengangkat lelaki boroi itu menggunakan stretcher. Seorang lagi memberi bantuan oksigen, manakala seorang lagi cuma memandang sambil menggeleng-geleng kepala.


5 lelaki itu berbadan tough ala-ala Stone Cold, botak seperti Stone Cold. Oh ye,  nama mereka memang Stone Cold. Kelima-limanya nama sama. Ia satu kebetulan.


Mereka adalah bodyguard Pak Harun.


Hasan Nawawi mencuri dengar perbualan seorang mamat di kedai itu.



"Kedai Pak Harun ni sekarang ketat sikit. Sape makan tak bayar, macam tu lah jadinya."



Hasan Nawawi menelan air liur sambil memandang duit seringgit miliknya.

   

 Angin masih bertiup sepoi-sepoi bahasa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...