Saturday, November 3, 2012

Mana Semua Orang?


Nak kaki!!!!


Assalamualaikum...cinta.



puih!puih!






Lame benar rasenyer aku tak menulis kt sini.Aku segan sebenarnyer.Sebab pemalu tu sifat semulajadi aku.Sekarang,sumer penulis-penulis blog ni busy.El pun makin sibuk menguruskan hal  anak dan isteri di kampung.Cik Ungu pulak dengan kerjaya dia.Peah pulak menyebarkan cerita palsu kat sekolah.Aqim lagi lar.Kadang wujud,kadang tidak.Hubungan kami dah tak macam dulu.Dulu,kami umpama lutut dan hidung.Itu dulu, tapi sekarang?hmm……(mencebik bibir )





Niki masih wujud,cuma dia malas.Haha.





Dah lama aku tak tengok Abang Sudin menaip guna siku.Mana agaknya abang Sudin ye?.Rindu pulak aku pada dia…






Aku tak nak cakap pape,cuma nak bagi tau…




sebenarnyer aku hensem.Ok tu jer.bai.




Thursday, October 11, 2012

Bukan M. Nasir

Antara pujian paling sweet aku pernah dapat, 

" Eh rambut kau macam.. rambut M Nasir."

Aku sure tu pujian.

..kot.

Seprais. Ni entri pertama aku kat sini.

Eh bodohnya aku.  Aku pasti impaknya tak sampai kat kau orang.

SEPRAIS!!!

Hmm barulah berkesan.

Hai semua orang. 
Semua orang, hai.
Orang hai semua.

Ok dahlah tu penat gua taip.
Bai.


Ha'ah, aku setuju apa korang rasa.
Betul la tu, entri sikit ciput kemut kemut bontot ayam macam ni memang babi.



Tuesday, September 4, 2012

Kisah Amalina mencari cinta - kembar Aaron Aziz

Aaron Aziz seorang pelakon drama dan filem yang kacak. Sudahlah kacak, tampan, bergaya, body pun boleh tahan berketul. Sampaikan Malek Noor tengok pun boleh merajuk balik rumah mak. Seorang gadis biasa yang tidak glamorous minat pada Aaron Aziz. Namanya Amalina. Setiap hari ditatap gambar Aaron yang ditampal di dinding biliknya yang berlubang akibat ditebuk tikus.

Sayangnya Aaron Aziz sudah berkahwin. Dah anak pun. Amalina kecewa. Dia sudah fed up google gambar Aaron setiap hari, selepas terbaca dalam majalah Mangga bahawa Aaron sudah berkahwin.

Suatu hari, ketika Amalina tidor siang didalam kuliah, dia bermimpi. Mimpinya bercampur aduk dengan mimpi lain. Contohnya mimpi dapat kereta Mercedes hasil peraduan gores dan menang, mimpi dikejar hantu berpakaian pengakap, dan sebagainya. Tapi satu lagi mimpi menerangkan bahawa Aaron Aziz ada seorang kembar yang terpisah dari kecil akibat tertinggal dalam keretapi ketika ibunya dalam perjalanan pulang kekampung. Namanya Harun. No telefon tak pula diberitahu.

Amalina mencari Harun di seluruh negara, siang dan malam. Maghrib dan Subuh. Kadang-kadang solat Subuh pun terlepas. Apa nak buat, musafir. Setelah lima bulan mencari, Amalina masih tak jumpa Harun yang disebut dalam mimpinya. Paling dekat dia jumpa pun Harun Salim Bachik. Beliau hampa dan pulang ke rumah.

Ketika Amalina singgah di kedai goreng pisang di depan rumahnya, dia ditegur seorang lelaki kacak.

 "Awak, awak tertinggal dompet didalam bas tadi"

Dipendekkan cerita, nama lelaki kacak itu adalah Harun. Rupanya mirip Aaron Aziz. Amalina berkenalan dengannya selama lima bulan dan akhirnya dia berkahwin. Maksud saya Harun itu yang kahwin. Kahwin dengan janda jiran sebelah rumah Amalina.

Amalina masih lagi single.


     
   

Sunday, August 26, 2012

Datang membawa lemang

Bismillah

Seperti yang dikatakan Cik Ungu, saya author MTYB yang masih muda, bergaya, tak banyak jerawat, tak ada lesung pipit, tapi kalau jalan depan orang tua selalu tunduk, nak mengucapkan selamat hari raya pada readers and other authors.

Ye aku tau ini dah hari raya kelapan belas ke berapa entah. But still dikira hari raya. Bak kata legend, raya tu sebulan. Tapi kalau beraya hari ke 28 29 hujung-hujung, kebarangkalian untuk dapat duit raya tersangat tipis. Boleh jadi kena halau pulak dengan tuan rumah sebab dia ingat kau datang rumah dia nak jual penapis air. Tak ke naya kau jah?


Ok, saya mewakili blog mangkuk yang tak seberapa ni, menyusun dua puluh jari, termasuk jari kaki, memohon maaf if ada post-post or ayat kami yang menyinggung secara sengaja atau tak sengaja.

Oh ye, mintak maaf juga Abam Ben sebab saya selalu kutuk abam ben. Abam tak marah kan? Tak baik marah-marah, nanti kecut pulak muscle tu. Ha ha ha ha hak tuih.


Jemput datang rumah, nanti aku hidang sirap sorang segelas.

   


   

Datang Membawa Ketupat



Bismillah





Maaf.
Belum berselera nak tulis entri.
Selera masih pada ketupat-rendang-sila-nikmati-kawan.


Namun begitu, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada author2 blog ni.
Yang masih muda macam aku,

dan yang tua-tua macam author2 yang lain.




Taknak mintak maaf.



*lari







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...