Wednesday, July 11, 2012

Muhyidin si lipan berani part 2

Kebiasaan diwaktu pagi, Ahmad Tarmizi pergi dari reban ke reban mengejut lipan-lipannya bangun pagi dan ajak makan pagi. Nak diajak semayang subuh berjemaah tak boleh pulak. Beliau perasan seekor lipannya yang berkaliber dan berkeyakinan diri telah hilang. Muhyidin telah hilang dari tempat tidurnya. Biasanya kalau beliau tak ada ditempat tidur beliau akan berada di reban lipan betina untuk mengendap. Namun telah diperiksa di reban betina, termasuk tandas, tak ada kelibat Muhyidin.

Ahmad Tarmizi gusar. Beliau mundar mandir sambil rokok daun masih tidak berganjak dari bibirnya dari malam semalam. Tabiat beliau memang suka tidur sambil hisap rokok. Umpama bayi yang tidur dengan botol susu. Mengikut kenyataan isterinya, kalai beliau tidur tanpa rokok, esok pagi beliau akan jadi sawan dan meracau-racau dan membaling semua peralatan rumah, termasuk membaling bini beliau sekali.

Sementara itu Muhyidin yang lari melalui lubang cacing yang diubahsuai, nampak satu cahaya dihujung terowong itu. "Dah nak sampai dah ni" bisik hati Muhyidin. Namun semakin beliau menghampiri cahaya itu, beliau semakin kecewa.


"Lah kau rupanya, Khairuddin"

Khairuddin, seekor kunang-kunang jantan berada didepan Muhyidin sambil tersengih-sengih minta penampar. Biasanya setiap kali Khairuddin sengih begitu, Muhyidin terus menampar selaju mungkin. Namun mungkin kali ini bukan masa yang sesuai.


"Lu apa cer der? Apa bikin sini? Heh heh heh" tegur Khairuddin sambil tersengih-sengih.


"PAPPP!"

Muhyidin tak dapat menahan perasaan jengkel, terus memberi penampar kemuka Khairuddin. Khairuddin masih tersengih walaupun sesungutnya tercabut sebelah akibat impak penamparan tersebut. Khairuddin memandang beg baju Muhyidin yang dipikul.

"Lu nak pergi mana ni Muhyidin? Heheheheh" 


"Aku nak pergi ke hutan sana. Cari asam keping" jawab Khairuddin cuba menipu Khairuddin.

"Lu ingat gua bodoh sangat ke Muhyidin?"  bentak Khairuddin. Muhyidin tergamam. Tak menyangka Khairuddin boleh tahu dia menipu.

"Lu cakap betul-betul! Gua tahu sebenarnya lu bukan nak pergi hutan cari asam keping. Tapi lu nak cari biskut meri kan? Lu ingat gua tak tahu ke dalam hutan tu mana ada asam keping? Gua tak bodoh. Heheheh"

Muhyidin tersenyum, sambil menahan tangannya dari menampar Khairuddin untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya Khairuddin tak tahu tujuan dia keluar.

"Betul la tu Khairudin. Ok lah aku nak chow dah ni. Biskut merri tu bukan selalu ada dalam hutan tu. Kejap ada kejap takde. Macam biskut."

"Ok babai Muhyidin. Gua pun nak chow balik ni. Nak tengok cerita Spongebob. Hehehehe"




"PAPPP!!"




 To be continued...


4 comments:

nurshamila said...

apa kes dia asik kena sepak ja?

Nizam Ijam said...

sian.. mesti sakit..haha

RastaMat said...

baca dengan tenang dan anda akan mendapati kesalahan pada cerita tersebut..

El said...

apa salahanya mat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...