Monday, May 28, 2012

Karangan SPM- Bincangkan tentang gejala rasuah

Nama: Mohamad Tajuluddin Bin Ayob  (panggil tajul saja)
Kelas: 5 B 8
Tajuk: Gejala Rasuah



Dewasa kini banyak benda buruk berlaku zaman sekarang. Perangai manusia sekarang pun semakin lama semakin buruk, macam muka cikgu BM saya juga. Dengan arus modenisasi yang bergerak pantas, kita semakin lupa dan alpa tentang perihal kemanusiaan dan tatasusila.

Saya juga sudah lupa apa nak tulis tadi.


Zaman sekarang, keuntungan dan wang ringgit serta duit syiling baru selalu menjadi keutamaan pada manusia. Sehinggakan gejala rasuah berleluasa dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan, dan kadang-kadang atas sikit dari itu.

Kita tidak sedar sebenarnya gejala rasuah sudah lama bertapak di Malaysia. Bukan hanya di Setapak sahaja, malah di sekolah lagi, amalan rasuah sudah dilakukan. Sebagai contoh, baru semalam saya rasuah pengawas yang jaga pintu pagar tu sebab saya tak pakai tali leher. Saya bagi seringgit, sekali dengan air tebu yang saya baru beli di kedai Mak Timah tepi traffic light tu, dan sebagai balasan dia lepas kan saya. Nama yang dicatat  dalam buku dipadam semula.

Lihatlah betapa mudah rasuah boleh berlaku. Gejala rasuah boleh mengundang kebinasaan umat manusia itu sendiri. Peribahasa Urdhu ada menyebut, "Ney sap piyar betha ho doste hai karengge" yang bermaksud, "celakalah kamu syaitan!"

 Lebih menyedihkan, para pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat juga mengamalkan rasuah. Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan rasuah. Jika pagar itu tidak makan rasuah, nescaya para pemimpin juga tak memakan rasuah. Jadi diharapkan agar para-para pemimpin tidak membina pagar rumah supaya gejala rasuah dapat dikurangkan.

Akhir kata, gejala rasuah adalah amalan mulia  syaitan. justin Bieber yang tidak baik. Jangan lakukan rasuah. Dan majulah Misbun Sidek untuk negara.




p/s: Disini saya lampirkan wang RM50 untuk cikgu buat belanja makan anak-anak disamping memberikan saya markah penuh untuk karangan ini. Sekian terima kasih


     
   
 

Saturday, May 26, 2012

apa masalah hang?!

Cuti semester sudah bermula. Atan berasa sangat gembira. Dengan segera dia pulang ke rumah sewanya dan terus memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg dan kemudiannya terus ke lapangan terbang untuk melihat kapal terbang berlepas. Cuti semester kali ini, Atan berhasrat untuk pulang ke kampung hanya dengan berjalan kaki sahaja. Exercise katanya.

Nak dijadikan cerita, akhirnya Atan berjaya juga sampai ke kampung halamannya setelah penat berjalan kaki dalam masa seminggu. Sampai di kampung beliau, Atan bertemu dengan Pak Abu. Lalu Atan menegur Pak Abu, "hai pak abu! long time no see! apa kabor?". Pak Abu merenung Atan dan kemudian menjawab, "apa masalah hang?!". Atan terkejut lalu meneruskan perjalanannya.

Atan berjalan lagi. Kemudian tekaknya terasa haus. Lalu dia berhenti di kedai makan Mak Leha. Atan memesan segelas air, "mak leha, bagi saya tongkat ali ais satuuuu!". Mak Leha kemudiannya datang kepada Atan dan merenung Atan dan berkata, "apa masalah hang?!". Atan terkejut lagi. Lalu Atan terus blah dari kedai tersebut.

Atan meneruskan perjalannya. Kemudian dia terlihat sekumpulan budak sedang bemain bola di padang. Atan menegur mereka, "oi budak-budak! aku nak main boleh tak?". Kesemua budak yang sedang bermain bola itu kemudiannya merenung Atan dan serentak berkata, "apa masalah hang?!". Kali ini Atan mula berang. Dia meneruskan perjalanannya.

Semasa dia sedang berjalan sambil marah, Atan terjumpa dengan Siti, gadis ayu yang menjadi pujaan hati Atan. Belum sempat Atan menegur, Siti berkata, "apa masalah hang?!". Serentak dengan itu Atan terus berlari tanpa henti dan akhirnya dia sampai ke rumah. Sampai di halaman rumah, jiran Atan menegurnya, "hai Atan, baru balik ke?". Atan berasa sangat gembira lalu menjawab, "hai makcik, ye saya baru sampai ni. hehe. makcik apa kabor?". Makcik itu kemudiannya merenung Atan dan berkata,

"apa masalah hang?!"

Wednesday, May 23, 2012

Roti perisa oren dan keburukannya

Tadi petang aku singgah si sebuah kedai bakery atau dalam bahasa Melayunya, kedai roti. Setelah fikir empat lima kali, aku bersepakat dengan perut aku untuk beli roti potong yang banyak tu so that boleh dibuat breakfast and makanan emergency.

Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.

So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.



  1. Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
  2. Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
  3. Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
  4. Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
  5. Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
  6. Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
  7. Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
  8. Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
  9. Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
  10.  Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
  11. Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
  12. Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
  13. Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
  14. Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
  15. Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
  16. Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.



Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,





Senjata merbahaya.




   

Sunday, May 20, 2012

Perbualan mangkuk di restoren bersama Hamdan Kasimin

Waiter Alexander Alioto (C) serves lunch customers at Alioto's Seafood Restaurant December 3, 2008 in San Francisco, California. A report by The Institute for Supply Management says that its services sector index dropped in November to 37.3, down from 44.4 in October as the service industry struggles through the weak economy.




Waiter: Encik nak makan apa?
Hamdan Kasimin: Apa makanan yang paling mahal kat sini?
Waiter: Siakap tiga rasa, chicken chop, steak. Setiap satu harganya RM30
Hamdan Kasimin: Mahal sangat. Kalau macam tu bagi saya air kosong jelah.


Waiter: Maaf encik, saya tak sengaja tumpahkan kari ke baju encik.
Hamdan Kasimin: Kari yang awak tumpahkan ni saya kena bayar tak?
Waiter: Tak perlu. Biar kami yang tanggung.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu, lepas ni awak tolong tumpahkan sup gearbox, daging masak merah, sambal belacan, sekali dengan nasi putih sekali ke baju saya ok? Saya nak bawa balik.


Waiter: Encik nak set makanan untuk berapa orang?
Hamdan Kasimin: Saya, dua orang anak saya, isteri saya. 
Waiter: Set untuk empat orang ye?
Hamdan Kasimin: Tak. Set untuk seorang makan. Tapi bahagi empat.


Waiter: Semua harga RM10. Encik nak bayar guna kad kredit atau tunai?
Hamdan Kasimin: Saya nak basuh pinggan.


Waiter: Encik nak makan atau bawa balik?
Hamdan Kasimin: Mana lebih murah?
Waiter: Harga sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih banyak?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih cepat?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu saya pergi tempat lain lah.



    

Friday, May 18, 2012

Baharom Alien Puaka








Baharom berasal dari Planet Atanius.Planet tuh tak terkenal.Jadik,tak payah bersengkang mater sepanjang malam nak search kat Google tentang Planet ajaib tu.Korang takkan jumpa.Okey,biar aku teruskan.Baharom merupakan alien yang paling terkenal di Planet beliau.Beliau sangat hensem,kuat,kaya dan rajin.Oleh kerana beliau mempunyai sifat-sifat demikian,jadi haruslah beliau amat terkenal dan digilai alien-alien betina.




Namun,suatu hari Planet Atanius diserang.Diserang puak ape entah aku pun tak tau.Sebab aku bukan alien.






Planet Atanius kerugian berbilion-bilion biskut Marie.Biskut Marie adelah makanan asasi alien di planet Baharom.Kini,Planet Baharom kehilangan sumber makanan utama.Dia harus melakukan sesuatu.Ketua Planetnya mengarahkan Baharom mencari stok biskut Marie yang baru.Tapi sayangnya takde satu Planet pun yang menjual biskut Marie kecuali bumi.Jarak bumi dengan Planet Baharom sangat jauh.Dia perlu menaiki pesawat untuk ke bumi.Biasanya,kalau Baharom ke Planet-planet lain untuk membeli karipap,dia akan berjalan kaki sahaja.Sebab dekat.



Tapi oleh kerana beliau patuh dengan arahan ketua,beliau pun pergi ke bumi dengan pesawat peribadi.Pesawat itu dibeli menggunakan duitnya sendiri.Itu semua hasil titik peluhnya menjual petai.






Setibanya dibumi setelah 9 tahun perjalanan,dia singgah dikedai mamak untuk makan mee goreng.Mee goreng yang dia bantai tuh memang sedap.Aku tak tipu.Selesai saja makan,dia terus menuju ke kedai runcit Pak Bakar untuk mencari stok biskut Marie.Tapi sayangnya hanya tinggal 2 paket sahaja.Begitu juga di kedai-kedai runcit lain,semuanya habis.Baharom semakin buntu.Dia ingin menghubungi ketua Planetnya tapi kreditnya habis.Betri hensetnyer pulak dah nak menemui ajal.






Baharom semakin buntu.Pernah juga dia cuba terjun atas tilam sebab nak bunuh diri.Tapi tak mati.Toreh tangan guna kapak pun tak berkesan.Liat jugak nyawa dia.Dia berfikir,dan terus berfikir.






Setelah 15 tahun berfikir,akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal dibumi.Penduduk Planetnya sumer dah mati kelaparan.Setelah mengetahui berita tentang kematian penduduk Planetnya,dia buntu & bingung.




Akhirnya dibumi…..








Baharom jadi playboy.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...